Saturday, June 19, 2010

Bila Kamu Kata Kamu Rindu Aku, Aku Hanya Mampu Senyum Sendirian.


Salam.
Bila kamu tiba-tiba kata merindui aku, aku hanya mampu senyum. Senyum sendirian sebab aku sendiri disebabkan aku rasa benda itu sesuatu yang sangat unik. Kerinduan yang kamu gambarkan selepas beberapa ketika menghabiskan masa, buat kenangan itu sesuatu yang sangat berharga. Tetapi, rindu dengan semua itu berbanding rindu kepada aku, adalah sesuatu yang sungguh di luar jangka. Ketawa.

Jahatkah aku ketawa dengan perasaan yang manusia lain rasa? Entahlah. Kebolehan aku mempercayai orang semakin terhakis apabila sering dikhianati. Aku takut, bila kamu kata kamu rindu aku, tapi ada benda lain yang kamu mahu dari aku, mendapatkan balasan atas mungkin kelalaian aku kalau terbuai dengan mainan yang menakutkan seperti yang pernah dialami dulu. Ah, kejikah hati? Tidak.

Aku percaya manusia sekeliling aku. Percaya hingga kadangkala aku sanggup menutup mata aku melihat kebenaran disebabkan asas kepercayaan yang aku pegang. Tetapi ditikam dari belakang bukanlah sesuatu yang menyeronokkan, lebih-lebih lagi, hati aku bukanlah sempurna lagi. Pernah dirobek, dikhianati dan dilukai, hati aku rapuh bagaikan serpihan kaca yang sudah calar balar. Tidak sempurna dan tidak menarik langsung.


Sekadar gambar hiasan : Peneman aku selain dari Sean di dalam kamar ini.

Kenangan itu membunuh.
Mimpi itu memburu setiap jejak yang pernah ditinggalkan.
Pautan ukhuwah itu lebih baik dipelihara dengan asas yang lebih sempurna.
Sekurang-kurangnya itu bakal buat semua orang gembira dan menikmati bahagia.
Benar, itu apa yang aku rasa.

Sudah puas mendengar mulut-mulut meminjam lidah iblis menghina aku.
Sudah jelak dengan jelingan mata yang mencemuh.
Sudah tepu dengan apa jua yang orang lemparkan pada aku.
Maka, aku lebih rela mengubat badan lenguh.
Lebih senang mengesat peluh.
Dari membiarkan hati melepuh.

Nota Kaki :
1. Masih menyudahkan proses penandaan kertas.
2. Keadaan kesihatan lebih baik hari ini.
3. Aku kekang perasaan yang membunuh disebabkan aku masih sayang diri sendiri.
4. Benar apa yang aku luahkan pada seorang teman sebelum ini.

Zara : Hatinya masih rumah yang terbaik.

6 comments:

Sharinginfoz said...

memang tak suka ditikam, sama ada from belakang atau depan

No Thanks, Mangga Online!

hanis aleeya aka gadis sepi said...

masih menunggu alisia...

PuanPepel said...

da siap tanda ketas...tp belum buat analisis..uhuk

joegrimjow said...

jaga kesiahatan leklok.. dengan herbalife
hehehee

intanurulfateha said...

.sape yg rindu zara tu ek? ;p

anith said...

kakak sayang!!!!