Salam pagi semua.
Hari ini hari Rabu - lagi 2 hari sebelum cuti sekolah bermula.
Hujan sangat lebat tatkala aku menulis ini, oh, betapa diri bencinta mahu gerak ke sekolah.
Eh, jangan nakal Zara.
Sila bersiap dengan cepat.
Ketawa.
Ada orang kata suka sangat dengan gambar ini. Aku pun tidak mengerti mengapa.
Setiap hari jam 4.30 pagi.
Telefon aku akan mengalunkan iramanya tepat jam 4.30 pagi setiap hari. Sudah jadi kebiasaan terjaga dalam lingkungan waktu 4 pagi hingga 4.30 pagi. Maka, aku punya waktu untuk melakukan pelbagai perkara sebelum bersiap untuk ke sekolah.
Rutin pagi.
1. Menggosok pakaian yang mahu digunakan.
2. Menyiapkan minuman pagi atau sarapan buat semua.
3. Masak nasi untuk Bonda (dan keluarga). Bonda memang akan makan nasi setiap pagi.
4. Menulis novel, blog dan sebagainya.
5. Menyiapkan tugasan (kalau ada)
6. Membaca surat khabar (ini mesti)
Teman Pagi Hari.
Yang menariknya, kalau bangun pagi setiap hari adalah di Twitter. Ada teman yang bangun pagi atau teman yang belum tidur pun lagi. Contohnya, teman-teman yang masih bergelar pelajar di luar negara (dan kebanyakannya penulis blog juga). Selain Malaysia, ini antara sebab kenapa aku punya jam waktu negara lain di dalam telefon genggam.[Rujuk ini]
- London.
- Plymouth.
- Moscow
- Wellington
Berbual di Twitter adalah salah satu agenda menarik setiap pagi. Sekurang-kurangnya, sebelum ke sekolah, aku sudah terisi dengan sedikit maklumat atau berita gembira yang dikongsi.
Isnin hingga Jumaat.
Ini memang harus bangkit bila telefon berbunyi penggeranya.
Wajib, kalau tidak mahu terlewat.
Sabtu dan Ahad.
Walaupun bangkit jam 4.30 pagi, aku kadangkala memilih untuk berguling-guling dan menunggu waktu Subuh. Eh, cuti kan? Pantang di rumah aku adalah jangan tidur lagi selepas Subuh. Selalunya anak lelaki akan terlepas, tetapi anak gadis macam aku? Berani nak tidur lepas Subuh? Panjang tazkirah Bonda nanti, tak sanggup aku.
Ketawa.
Soalan Terkumpul.
-Jam berapa kalian bangun setiap hari?
-Apa aktiviti kalian?
Ada banyak lagi yang aku mahu titipkan sebenarnya, tetapi lain kali sahaja.
Sudah mahu ke sekolah.
Senyum mesra.
Nota Kaki :
1. Menonton berita malam tadi hanya dirundung duka. Kenapa mesti manusia kejam hingga begitu sekali?
2. Penipuan demi penipuan disajikan kepada dunia, apakah mereka ingat kita akan menelan begitu sahaja?
3. Moga-moga semua tawanan dibebaskan dengan selamat.
4. Mengikuti perkembangan setiap masa.
5. Doakan keselamatan mereka semua.
Zara : Malam tadi ada sesuatu yang menggeletek hati berlaku. Ah, kalau dikenang, betapa cepatnya masa berlalu dan membentuk manusia ini menjadi semakin beku.
14 comments:
okaylah..biar aku yang first comment ko..
aku orang London..
tu jer..haha
haha.. sama ngan my mom. kalau anak dara tido lg lpas subuh tu tggu lah. smpai ke tgh hari pon x abes lg bebelnya. hikhik~
^o^
pg nie bngun awal nk joging!!
saya bangun pagi jam berapa? ah tapi masih pagi haha
haha
sy bangun pagi agak 'awal'
solat subuh dan terus hantar adik ke sekolah
boleh agak pukul berapa kan
hehe
saya akan bangun kul 5.45 stiap pagi waktu cuti ni...smyg dan tgk tv....
pastu kemas2 umah dan online..
hahahah
sng tak hati saye?=p
KEMPEN SUDAH BERMULA....
AYUH KITA BERSAMA - SAMA MENGERAKKANNYA!!!
TERIMA KASIH KAMI MAMPU UCAPKAN DENGAN PERTOLONGAN DARI ANDA..
PERGI KE SINI
http://mofasad.blogspot.com/2010/06/kempen-kami-blogger-picisan-menentang.html
ku paling lewat bangun kot
ha ha
Adik nak tanya..bangun pukul 4.00 pagi ..tidor malam pukul berapa..?? kagum juga orang muda bangun seawal 4 .00 pagi ni...
hye hye zaraaa :) ku bangun ikut suka. hehe. kalau lmbt, lmbt laa. kalau awal, awal. sebab ku tak kerja :)
aku macam naz
hahaha
ah..malu pulak nak cerita pasal pagi aku..maklumlah orang lelaki..masak memasak..kemas mengemas ni bukan rutin harian.kui3.
anyway..pagi kau nampak sibuk.
Latest Entri : Cerita Panas
awalnya bangun..
ok le 2...
=D
bangun pagi tiap2 hari pukul 6.30 am. tapi semayang subuh kol 6.00 am. :)
Adalah dalam 5am something.
Kadang2 tidur balik n bngun kul 6am plak.
Post a Comment