Salam pagi semua.
Hari ini hari Rabu - lagi 2 hari sebelum cuti sekolah bermula.
Hujan sangat lebat tatkala aku menulis ini, oh, betapa diri bencinta mahu gerak ke sekolah.
Eh, jangan nakal Zara.
Sila bersiap dengan cepat.
Ketawa.
Ada orang kata suka sangat dengan gambar ini. Aku pun tidak mengerti mengapa.
Setiap hari jam 4.30 pagi.
Telefon aku akan mengalunkan iramanya tepat jam 4.30 pagi setiap hari. Sudah jadi kebiasaan terjaga dalam lingkungan waktu 4 pagi hingga 4.30 pagi. Maka, aku punya waktu untuk melakukan pelbagai perkara sebelum bersiap untuk ke sekolah.
Rutin pagi.
1. Menggosok pakaian yang mahu digunakan.
2. Menyiapkan minuman pagi atau sarapan buat semua.
3. Masak nasi untuk Bonda (dan keluarga). Bonda memang akan makan nasi setiap pagi.
4. Menulis novel, blog dan sebagainya.
5. Menyiapkan tugasan (kalau ada)
6. Membaca surat khabar (ini mesti)
Teman Pagi Hari.
Yang menariknya, kalau bangun pagi setiap hari adalah di Twitter. Ada teman yang bangun pagi atau teman yang belum tidur pun lagi. Contohnya, teman-teman yang masih bergelar pelajar di luar negara (dan kebanyakannya penulis blog juga). Selain Malaysia, ini antara sebab kenapa aku punya jam waktu negara lain di dalam telefon genggam.[Rujuk ini]
- London.
- Plymouth.
- Moscow
- Wellington
Berbual di Twitter adalah salah satu agenda menarik setiap pagi. Sekurang-kurangnya, sebelum ke sekolah, aku sudah terisi dengan sedikit maklumat atau berita gembira yang dikongsi.
Isnin hingga Jumaat.
Ini memang harus bangkit bila telefon berbunyi penggeranya.
Wajib, kalau tidak mahu terlewat.
Sabtu dan Ahad.
Walaupun bangkit jam 4.30 pagi, aku kadangkala memilih untuk berguling-guling dan menunggu waktu Subuh. Eh, cuti kan? Pantang di rumah aku adalah jangan tidur lagi selepas Subuh. Selalunya anak lelaki akan terlepas, tetapi anak gadis macam aku? Berani nak tidur lepas Subuh? Panjang tazkirah Bonda nanti, tak sanggup aku.
Ketawa.
Soalan Terkumpul.
-Jam berapa kalian bangun setiap hari?
-Apa aktiviti kalian?
Ada banyak lagi yang aku mahu titipkan sebenarnya, tetapi lain kali sahaja.
Sudah mahu ke sekolah.
Senyum mesra.
Nota Kaki :
1. Menonton berita malam tadi hanya dirundung duka. Kenapa mesti manusia kejam hingga begitu sekali?
2. Penipuan demi penipuan disajikan kepada dunia, apakah mereka ingat kita akan menelan begitu sahaja?
3. Moga-moga semua tawanan dibebaskan dengan selamat.
4. Mengikuti perkembangan setiap masa.
5. Doakan keselamatan mereka semua.
Zara : Malam tadi ada sesuatu yang menggeletek hati berlaku. Ah, kalau dikenang, betapa cepatnya masa berlalu dan membentuk manusia ini menjadi semakin beku.
















