Salam buat semua.
Aku mengikuti berita ini dengan senyap.
Membaca dan berkongsi dengan mereka yang sama-sama memikirkan nasib saudara-saudara kita di Gaza. Teman-teman yang memahami erti penderitaan dan kesengsaraan di sana.
Berita yang aku terima pagi tadi dari seorang sahabat merentap jiwa aku.
Kapal yang membawa bantuan kemanusiaan itu diserang.
Terus menghubungi rakan untuk mendapatkan kepastian.
Allahu Akbar!
Kejam rejim Zionis ini.
Bumi Gaza sentiasa dibedil.
Kanak - kanak, wanita, warganya sentiasa hidup dalam ketakutan.
Kematian bagaikan sahabat terdekat mereka.
Apakah kematian itu bukan apa - apa?
Apakah kematian itu hanya satu bentuk sandiwara?
Apakah kematian itu hanyalah satu bentuk ekspresi kekuatan?
Tidak.
Kematian itu adalah bukti kekejaman Zionis.
Kekejaman yang dibuat atas dasar mereka sendiri.
Menghalalkan darah - darah anak bumi Palestin yang tidak bersalah.
Apakah yang dunia lakukan?
Apakah yang dunia lakukan?
Melihat?
Mendengar?
Menangisi?
Doa kalian adalah senjata terbaik.
Sumbangan kalian adalah senjata yang ampuh.
Mungkin sedikit, tetapi impak yang kalian berikan?
Lihatlah impak itu.
Gaza yang ditangisi...
Tidak guna menulis terlalu banyak. Aku mohon agar kawan-kawan, teman-teman mendoakan keselamatan semua yang berada di dalam kapal tersebut. Setakat aku menulis saat ini (jam 5.00 petang), 16 orang dikhabarkan telah meninggal dunia (moga mereka gugur syahid) dan lebih 30 orang cedera.
Walaupun hubungan telah terputus dari Freedom Flotilla, moga-moga doa yang kita kirimkan tidak akan putus wahai sahabat semua. Ini mungkin sahaja yang termampu di saat seperti ini, solat hajat dan doa kiriman anda semua amatlah diperlukan. Sebarkan berita yang benar, moga-moga doa akan dipanjangkan.
Nota Kaki :
1. Solat hajat.
2. Doa, baca Qunut Nazilah.
3. Khabar terbaru boleh dibaca di Twitter Sahabat Al-Aqsha
4. Moga-moga kapal Mavi Marmara dapat dihubungi dengan segera.
5. Masih menunggu perkembangan terkini.
6. Terbaca di Twitter tadi Obama mengutuk serangan ini. Betulkah?
2. Warga Malaysia di kapal Rachel Corrie dilaporkan selamat.
3. Menunggu berita tentang wartawan Astro Awani yang berada di kapal lain.
4. Bila tengok Edisi 7 dan Buletin Utama tadi, sumpah memang keji komando-komando tu semua
5. Jam 11 malam, Al-Jazeera melaporkan 19 angka korban.
Zara : Moga Allah menyelamatkan mereka semua. Moga dilindungi mereka dari segala kecelakaan yang rejim Zionis serta tentera Israel mahu kenakan kepada mereka. Moga manusia-manusia yang baik itu dalam lindungan Allah. Amin. Amin.
6. Terbaca di Twitter tadi Obama mengutuk serangan ini. Betulkah?
Perkembangan :
1. Setakat menulis jam 5.00 petang, semua media melaporkan 16 orang terbunuh dan lebih 30 orang cedera.2. Warga Malaysia di kapal Rachel Corrie dilaporkan selamat.
3. Menunggu berita tentang wartawan Astro Awani yang berada di kapal lain.
4. Bila tengok Edisi 7 dan Buletin Utama tadi, sumpah memang keji komando-komando tu semua
5. Jam 11 malam, Al-Jazeera melaporkan 19 angka korban.
Zara : Moga Allah menyelamatkan mereka semua. Moga dilindungi mereka dari segala kecelakaan yang rejim Zionis serta tentera Israel mahu kenakan kepada mereka. Moga manusia-manusia yang baik itu dalam lindungan Allah. Amin. Amin.
[Pertandingan] Tarikh Tutup : 31 Mei
Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24]
29 comments:
Semoga Allah melindungi mereka.. aminn~
ya Allah kurniakanlah keselamatan, kesejahteraan dan kekuatan kepada mujahid dan mujahidah di sana...amin
ALLAHUAKBAR
semoga konvoi LL4G dipermudahkan urusan mereka.
zara,saya nak berada disana.dan berbuat sesuatu.
tapi takut.
hinanya diri.cuma mampu melihat dan berharap.sedang tangan tak berbuat apa-apa.
semoga doa kita diterima tuhan.amin.
semoga konvoi misi bantuan kemanusian selamat hendaknya. celaka betul Israel!
langkah pertama..
buang logo MU tuh...
dok sokong setan lagi buat pa...
aku sokong maa tu.
buang la logo ni bodoh!
kata sokong Gaza, tapi pakai logo MU!
bahlul ke?!
I second maa and this anonymous!
Boo too U!
Boo to U!
Boo to U!
Spread the news but U r the supporters of MU? U just screwed up as well!
sgt keji org Israel (Yahudi) nie.. semoga Allah membalas setiap perbuatan mereka seadil-adilnya..
@maa & Anonymous
kalau nk tegur pun,, biarlah bagi beradab sket.. budi bahasa budaya kita..
and u too Zatty XOXO.. biarlah berhemah sket..
bg aku xde slh pun nk skng MU tu..
Bukan begitu cara nak menegur orang. Sila hormat dia sebagai tuan blog. Dia menyampaikan berita. Mungkin ada khilaf, dia juga manusia.
SILA TEGUR DENGAN CARA BAIK @maa, @anonymous dan @zatty xoxo
Aku ada gak ikut news ni kat tv pelik kan, boleh pulak 'si jahanam israel' tu x mengaku dia yang buat, geram betul aku. Yang 'obama hamba yahudi' tu plak konon marah n benci, padahal takut ngan orang kanan dia.
Baca entri aku pasal contest mister potato
zARA SABAR:)
and semua doakan semua selamat.
ALLAHUAKBAR!
Zatty dan MAA menunjukkan betapa bodohnya mereka. tapi kalau masih budak bawah umur, dimaafkan lah..cikgu Zara kena ajar dorang meluahkan kata-kata. kalau nak cakap sesuatu...ckaplah..bukan mengeji dan menjatuhkan.
akal dikurnia tuhan takkan pernah habis kan?insyaAllah.
anon tu...ah..takde nama nak kecoh pula, iye tak?
All the fellas that support her (The Owner of this blog who proclaimed herself as Lord Zara, Lord is only for God you screwed-ass!)
This totally annoying and really shameful! Support Gaza, Palestine, but become a-seems-loyal (wtf?!) supporters of Red Devil?
F**k off!
amboih zatty xoxo marah sungguh....ada prob ker? rileks2.....
Geram yg amat dgn Israel. Spread this news about the raid!!
btw, Rasanya kalau yg menegur dipanggil bahlul, bodoh,akan dpt terima ke nasihat/teguran tu?
ada caranya kawan nk menegur. Pikir sendiri
kejamnya tentera Israel. misi bantuan pun diserangnya. aduhaii. hanya doa dapat dikirim buat mereka yg tidak bernasib baik tuh. semuga tiada lg yg akan terkorbann. Amin
hurm.
sadis.
Allahuakhbar!!!
;)
benci aku dengan israel.
mereka memang kejam
huhu
InsyaAllah aku akan gunakan doa sebagai senjata....senjata terkuat seorang Islam.
Terima kasih Zara berkongsi perihal ini.
Ya Allah :(
Israel memang kaum laknatullah
sekarang bukan lagi isu agama tapi kemanusiaan..mereka semakin galak bertindak ibarat binatang..
semoga ALLAH S.W.T melindungi setiap orang di dalam konvoi tersebut dari sebarang bahaya dan ancaman tentera israel
ohh zara, craps. it will soon be forgotten like it used to be. kat malaysia kan camtu, hangat hangat tahi ayam jek. wait till next month, will you be talking about this again? i bet with my latest gadget that you and anyone else, wun!
pity of them..moga Allah melindungi mereka..
Dear Zara
Pada pendapat saya, Buat demo depan US Embassy sampai 8000 tahun pun tak guna
Kita kumpulkan semua tenaga Pertahanan dan askar seluruh Negara Islam dan serang Israel. Itu lebih bagus.
Dia bunuh, Negara lain meeting, dia bunuh negara lain meeting.
Apa daaa
Post a Comment