Wednesday, May 26, 2010

Kepala Blog Kelakar Gila Dan Macam Tidak Betul - Itu Memang Gambar Konvokesyen Aku


Salam semua.
Baru tiba di rumah.
Oh, terima kasih pada mereka-mereka yang melayan karenah aku yang bosan tadi.

Taklimat panjang lebar, berbelit dan HPV hanya muncul di hujung.
Aku yang selalunya sangat patuh dan taat mendengar ceramah sangat pelik dengan penceramah yang berbelit bercerita tentang perkara lain sebelum akhirnya bercakap juga tentang inti pati kenapa kami semua dari 5 daerah dihimpunkan di situ. Dan aku, seperti selalunya aku memang akan menulis apa sahaja yang dibentangkan di dalam taklimat atau ceramah. Takut juga kalau ditanya oleh Pengetua, atau membuat laporan ringkas nanti jika tiada isi. Segala bahan yang diberi aku fahamkan walaupun ada yang menyimpang dari tujuan sebenar dipanggil ke sana. Tidak mengapa, belajar sahaja.

Kesimpulannya, aku ada dapat maklumat yang aku mahu. Nasib baik. Kalau tidak?

Borang Spring kadangkala meriah terlampau.
Bila kita memberikan kelonggaran kepada semua orang, kadangkala ada yang menggemari apa yang kita lakukan. Tetapi, bak kata orang tua-tua, dalam setandan pisang pun tidak semua elok, apatah lagi manusia kan? Jadi, pendekatan aku senang, kalau terlalu buruk, maka simpan dan ketawa seorang diri sahaja. Kalau tidak, boleh gila dengan telatah orang yang sibuk menghentam aku yang terlampau biasa ini.

Kepala blog aku kelakar gila dan macam tidak betul.
Oh, aku menerima soalan begitu tadi di Borang Spring dan aku masih ketawa terbahak-bahak saat ini. Sekejap, aku mahu letakkan soalan asal di sini. Seperti biasa, orang yang bertanya lupa untuk meletakkan pengenalan diri. Sengaja mahu hiburkan hati aku agaknya.
Eh, kenapa header kau cam kelakar gila? Tu gambar konvo ke? Kenapa cam tak betul je? Orang lain pun konvo jugak lah. 
Sesungguhnya gambar konvokesyen aku boleh dibilang berapa yang berdiri tegak macam orang mahu menyanyi lagu kebangsaan. Kalau terlampau bersopan, itu pasti gambar bersama keluarga atau teman-teman di kawasan yang punya terlampau ramai orang. Yang lain?


Terbang tinggi.
Sesi bergambar peribadi bersama dengan seorang adik.


Oh, ini pernah jadi poster pertandingan satu ketika dahulu.


Ini sekadar suka-suka tatkala bersama teman.


Eh, ini ada aku guna untuk penulisan sebelum ini. Sudah lupa yang mana.

Oh, ada lagi banyak sebenarnya. Pelbagai gaya. Pelbagai cara. Maka, tidaklah perlu terkejut melihat kepala blog aku yang kelihatan sungguh menggembirakan itu. Bukankah senyuman itu pemanis wajah yang paling ampuh? Kalau ada sahaja yang melayan telatah aku yang gila bergambar walaupun sekadar suka-suka, aku sudah lebih dari gembira untuk memberikan aksi yang aku bahagia. Eh? Ketawa.

Nota Kaki :
1. Sedang berguling gembira.
2. Sedang tersenyum dan mahu ketawa.
3. Empunya Marga muncul tadi.
4. Sedang menyiapkan Legasi Cinta Alisia dan Runut Irama Jiwa Kita secara berperingkat.
5. Tidak sabar mahu ke sekolah esok.

Zara : Bila aku mencoretkan puisi, bukan bermakna aku seorang yang mahu meninggi diri. Aku cuma melampiaskan rasa hati. Maka, kalau kau benci, kau boleh pergi. Kerana hatiku hanya mahu berkongsi. Sesuatu yang lahir dari jiwa aku yang mempunyai badan berisi.

9 comments:

lomotech said...

hwooooooooo sampai terbang kau hentam kerusi tu! :D

Hazzy Ishak said...

sekali seumur hidup nak bergaya dengan jubah tu, gasak je
tu pun kalau tak sambung study dah le

Farah Ain said...

ta pe..yg pentg kite happy ;)
wlpn brbgai gaye..

Aidi-Safuan said...

adoih.. baru nak tanya soalan tuh. da ade anonymous tanya plak soalan pasal gambar konvo tuh. menci! :P

NAZ said...

kesian zara asyik kena hentam jer haha

Fiffy Hazirah said...

hhahahahhaa Arab pun terkejut...

Amir Said (dapurmalaysia.com) said...

bestnya konvo :D

Hizami Li said...

haish.
zami lagi suka aksi spontan.
daripada aksi skema.
lol~
;)

JohnJenin said...

Pakcik menyesal konvo dulu tak ambik gambar gila gila macam kamu. Nampak cun jugak! Semua gambar konvo pakcik tegak macam tiang bendera.