Thursday, May 20, 2010

Cikgu, Sayang Cikgu Sangat-Sangat. Esok Cikgu Masuk Kelas Kita Kan?


Salam semua.
Buat mereka yang mengikuti Twitter aku sepanjang tengah hari tadi, terima kasih sebab sama-sama berkongsi ketawa.
Menjaga peperiksaan Bahasa Inggeris memang boleh jadi gila.
Dengan disoal makna perkataan oleh murid, dengan murid meniru, macam-macam lagi.
Oh, kamu boleh baca GarisMasa (baca : timeline) Twitter aku kalau mahu tahu apa yang berlaku.

Tadi di dalam kelas Tingkatan Satu.
Ada empat orang yang terpaksa berzapin lagi.
Tak termasuk empat orang pelajar Tingkatan Dua yang perlu berzapin pagi tadi.
Murid dengan pelbagai alasan lapuk, buku tertinggal, malam tadi saya jaga adik dan sebagainya.
Kalau setiap hari alasan serupa, aku pun boleh muak dan jelak.


Ceria gila aku. Ketawa.

Murid : Cikgu, esok cikgu masuk kelas kita?
Aku : Kenapa?
Murid : Tak nak cikgu lagi satu masuk.
Aku : Kenapa pula?
Murid : Nanti dia bagi kerja banyak.
Aku : Saya pun selalu bagi banyak kan?
Murid : Tapi dia suruh siapkan di dalam kelas.
Aku : *ketawa* Padan muka. Kalau saya masuk awak malas-malas lagi.
Murid : Sekarang tak lagi.
Aku : Kenapa?
Murid : Takut kena menari zapin cikgu.
Aku : Ada je yang berani tak buat kerja saya lagi.
Murid : Cikgu masuk la cikgu. Sayang cikgu ni.
Aku : Tiba-tiba je sayang saya kan?
Murid : Memang sayang cikgu, sayang sangat-sangat.
Aku : Sanggup menari zapin kalau kerja tak siap?
Murid : Sanggup! Masuk ya cikgu?
Aku : Tengoklah dulu.

Aku ketawa perlahan selepas keluar dari kelas. Pernah menjadi cikgu praktikal dahulu dan aku memahami memberikan pelajar tugasan sekolah itu perlu juga. Dan, aku suka dengan guru praktikal yang masuk berselang seli dengan aku. Pendekatan yang baik dilakukan pada pelajar. Suka melihat muka budak-budak Tingkatan Satu itu semua yang ketakutan dengan kerja sekolah. Eh, macam keji pula bunyinya. Ketawa.

Nota kaki :
1. Esok perlu ke klinik. Mendapatkan suntikan pencegahan H1N1. 
2. Pagi tadi makan bubur yang enak. Oh, aku suka kangkung.
3. Si pengesat air mata, terima kasih muncul seawal pagi dengan ketawa ceria. Suara awal pagi memang romantik kan kawan?
4. Bersedia untuk pulang ke rumah. Hoyeah!

Zara : Dan bila penipuan itu terlalu asyik didendangkan, ketabahan dan keyakinan bukan lagi satu manifestasi kekuatan diri. Laungkan berjuta rasa, tapi satu pun tidak hinggap menyentuh rasa. Sayu dan sendu sudah jadi alunan di hujung tangan.

[Pertandingan] Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat penyertaan. Terbuka hingga 31 Mei.

10 comments:

saya_arief said...

merindui zaman persekolahan..

CIKGU NAMAN said...

banyak warna-warni kat sekolah kan? ;)

Nadia Dizarch said...

Oh...teringat cikgu kesayangan saya. :( rindu dia...

btw, dear..i love your header! :D

Nadia-ism: Colitis-Inflammation of the Colon. Bahayakah?

HEMY said...

teringat time aku jadi cikgu

NAZ said...

cikgu wanita paling popular :)

Rabia Sensei said...

"Murid : Memang sayang cikgu, sayang sangat-sangat."

Tersentuhkan bila murid kita dengan ikhlas cakap begitu. Kadang-kadang nak marah pun tak jadi. Hehe =D

Ucapan untuk semua para guru

Hizami Li said...

ahha.
sayang cikgu.
wah.
ramai betul sayang cikgu.
;)

hans said...

hahahah
lawak weih twitter tengahari tadi
wakkakaka

rizputra7 said...

cikgu main teropong yer...hehehe

Mrs Nurul said...

klakar gile anak buah ko ni haha