Monday, May 17, 2010

Legasi Cinta Alisia Bab 21 : Bila Jari Yang Tersepit Diganti Ciuman Tidak Langsung Pai Epal.


“Awak pernah kecewa?”

“Maafkan saya, Prof. Apa maksud Prof?”

“Garis di muka awak seperti tidak mempunyai masalah. Cuma, jaluran kening serta alis anak mata itu renungannya terlampau dalam dan bercahaya. Bening dan berkaca bak mutira mata hitam awak”

“Sebab itu saya lagi suka pakai cermin mata, Prof”

“Hakikatnya awak tidak rabun kan?”

“Tidak, saya pakai untuk berikan sepenuh tumpuan agar tidak hilang fokus bila belajar terlalu lama."

“Itu sahaja?”

“Saya tidak suka orang renung mata saya. Itu salah satu alasan juga”

    Lelaki yang menjangkau usia separuh abad itu ketawa. Antara sebab mengapa gadis itu diminta untuk menyambung Sarjana adalah disebabkan pemikirannya yang sentiasa kritis dan kreatif dalam meluahkan sesuatu. Payah menunggu dia memberikan jawapan, sampai lelaki yang sudah berpengalaman luas itu tertanya-tanya, apakah wang yang menjadi masalah bagi seorang gadis yang dahagakan ilmu pengetahuan.


[Legasi Cinta Alisia Bab 21]

“Aduh!”

Alisia menoleh ke tepi. Jari runcing milik Chia Hau sedang memegang erat pintu keretanya, tersepit antara tingkap dan rangka kereta. Pantas dia menolak semula pintu keluar dan bergegas melihat tangan Chia Hau.

“Chia Hau, awak tak apa-apa?”

“Makan ya Alisia?”

“Takkan sebab makan awak sanggup buat begini?”

 
“Saya takkan benarkan awak pergi dengan perasaan yang kacau bilau dan kelaparan.”
 
“Masuk dalam kereta saya, saya ambil kotak kecemasan di dalam tempat barang”
 
Chia Hau senyum sendirian. Taktiknya berjaya walaupun hakikatnya kesakitan itu mencengkam setiap inci tangannya. Rasa seperti hampir kebas. Masuk ke tempat duduk sebelah pemandu. Haruman lavender menusuk hidung tatkala punggung direbahkan di tempat duduk. Menenangkan jiwa.
Telefon genggam Alisia berbunyi Satu pesanan ringkas diterima. Matanya mengerling ke arah paparan skrin. Pemilik Jiwa A.H. muncul. Chia Hau menghulurkan tangan mahu mencapai telefon tetapi tersentak apabila pintu pemandu dibuka. Alisia masuk dengan segaris penyesalan muncul di wajah.
 
“Mari, saya tengok tangan awak”
 
“Awak kena makan pai epal dulu.”
 
“Awak yang sakit lebih penting.”
 
“Buka mulut. Sambil awak ubatkan saya, awak boleh makan. Jimat masa kan? Saya suap.”
 
Alisia menggerutu kegeraman. Mulut dibuka dan Chia Hau menghulurkan pai epal itu ke mulut gadis itu. Gadis itu mengunyah perlahan sambil menyapu ubat di jari lelaki itu yang sudah semakin membiru. Rasa kesal yang teramat sangat memenuhi hatinya. Kegilaan apa yang merasuk sebentar tadi hingga membuatkan diri enggan melayani teman ini.
 
“Sedap?”
 
“Macam biasa”
 
Pai epal berganti mulut. Chia Hau menggigit hujung yang sudah dimamah oleh gadis itu. Buntang mata Alisia melihat aksi lelaki Serani di hadapannya. Kening Chia Hau terangkat melihatkan Alisia berhenti membalut jari yang tersepit pintu sebentar tadi.
 
“Kenapa?”
 
“Saya dah gigit bahagian itu tadi”
 
“Jadi?”
 
“Kenapa awak makan bahagian yang sama?”
 
“Oh, rasanya lebih enak. Bagaikan bercium secara tidak langsung”
 
“Gila.”
 
“Awak nak kena cium terus ke?”
 
Chia Hau mendekatkan wajahnya ke arah Alisia. Ketapan bibir gadis itu semakin ketat. Sungguh mencabar kesabaran diri jejaka ini. Tangan dikepal dan dihayun kuat.
 
“Dapat!”

*******

Nota Kaki :
1. Ini antara sebahagian isi yang terkandung di dalam Legasi Cinta Alisia Bab 21.
2. Selamat membaca semua.
3. Tinggalkanlah komen di situ atau di Halaman Peribadi Legasi Cinta Alisia di Mukabuku.
4. Ada sesiapa mahu baca cerita Hari Guru aku?

Zara : Sedang sibuk membuka hadiah yang diberikan oleh para pelajar. Eh, kalau kamu kawan Zara di Mukabuku, gambar-gambar sepanjang hari ini sudah aku muat naik. 

[Pertandingan] Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat penyertaan.  

3 comments:

Hizami Li said...

hehe.
dah baca.
;)

My Life said...

salam

dear zara..

alhamdulillah

Nurul said...

bestnye!!! itu je y dapat komen! teruskan..