[Prolog]
[Episod Tiga][Episod Empat]
Perhatian : Semua karya yang disiarkan adalah hak milik penulis itu sendiri. Sebarang penyiaran semula tanpa keizinan penulis adalah salah dan melanggar hak cipta terpelihara.Tindakan akan diambil.
“Aku betul-betul rasa tak sedap badan. Macam ada orang mengata aku je”
“Jangan perasan beb. Tidurlah, jangan fikir apa-apa”
Novel berkulit jingga diambil dari Zara Zuyyin. Selimut berwarna biru dilempar ke muka gadis itu. Mesti perjalanan yang jauh membuatkan gadis itu meracau. Kepenatan dengan kejohanan hoki yang baru disertai. Sepuluh hari terakhir yang menyeksakan buat mereka sebenarnya, tetapi Zara Zuyyin pasti lebih lagi. Pemain, perancang pasukan kolej.
Gadis itu menolak selimut yang diberi tetapi pantas mencapai iPod biru milik lelaki itu. Pasang di telinga dan lagu Pujaanku bergema di dalam telinga. Pandangan ditebar merenung alam buana, dan mata mula menurut isyarat tubuh keletihan. Nafas halus mendesah keluar dan lelaki itu melirik ke arah gadis itu. Senyuman terukir di wajah.
*******
“Hadif”
“Ya Mama”
“Malam ni Hadif nak makan apa?”
“Apa-apa pun boleh Mama.”
“Betul?”
“Ala Tunjang, Mama dah tanya tu. Cakap je. Nanti kang Kak Hana je cakap apa yang Kak Hana nak makan. Chicken soup please Mama”
“Ceh, chicken soup for the soul sis?”
“Shut up kid!”
Datin Hadirah Hafiy tersenyum nipis. Anaknya hanya dua orang sahaja. Bukan tidak berusaha mahu menambah, tetapi tiada rezeki dan dia redha. Hana Hayfa dan Hadif Hafuza penyeri di dalam rumah tangga yang dirasakan semakin sirna warnanya. Hati dikuatkan dengan bersangka baik. Moga tiada apa-apa yang berlaku pada perkahwinan yang sudah dipertahankan hampir 30 tahun ini.
“Hana, tolong Mama di dapur.”
“Eh, letihlah Mama. Baru balik klinik. Boleh Hana rehat?”
“Patutlah takde orang nak kahwin dengan kak Hana. Pemalas amat kan Mama?”
Hadif Hafuza ketawa melihat Hana Hayfa menjegilkan mata melihat dia. Kakak nan seorang yang amat disayangi, cuma mungkin dia kurang menunjukkan cinta sesama saudara yang teramat sangat pada doktor gigi itu. Cubitan keras di pipi buatkan dia berpaling. Mama menyeringai melihatkan anak teruna itu terkesima. Hadif menggosok pipinya perlahan.
“Sakitlah Mama”
“Siapa suruh ketawa kuat-kuat begitu?”
“Padan muka Tunjang! Hana masuk dapur dulu Mama.”
Bingkas Hadif bangun, mahu mengejar kakaknya, tetapi Datin Hadirah Hafiy lebih bersedia. Dikekangnya anak itu dengan pelukan. Hadif senyum, senang dimanjakan begitu oleh Mama yang begitu kuat dan tabah menghadapi hidup yang bukannya mudah. Ya, mereka kaya, tetapi hakikatnya, adakah kebahagiaan itu milik mereka? Hadif Hafuza tegar menyimpan relung rahsia kemungkaran Dato’ Haidar Hail asalkan Mamanya tersenyum gembira.
“Sayang Mama”
“Sayang Hadif juga. Rehat tau?”
“Baik Mama”
*******
“Aku tak tahulah betina!”
“Takkan U tak tahu? Dia kan Papa U?”
“Dah dia takde kat rumah, mana I nak cari dia?”
“Bencilah! Tanya Mama U cepat.”
“Damn! My mom had nothing to do with this old jerk disgusting activities. Such a loyal wife to a boring old fart”
“Hey, he’s a good man”
“Yeah, to you bitch”
Ketawa mengilai Tihani Tuhfah. Setiausaha Dato’ Haidar Hail ini terpaksa menelefon anak teruna majikannya ini disebabkan sudah dua hari lelaki itu tidak muncul di pejabat. Selalunya segala aktiviti akan direkodkan oleh gadis itu, hatta ia berkenaan dengan sesuatu rahsia. Kenyataannya ada dua tempat segala perancangan harian Dato’ Haidar Hail ditulis. Satu di dalam diari untuk urusan rasmi, dan satu lagi telefon bimbit untuk peribadi.
“Kalau U tahu, beritahu I ya?”
“Pergi mati I sibuk-sibuk kisah pasal dia”
“Apa-apa pun, dia tetap Papa U”
“Oh, I rasa U pergi cari dia di Bazooka. Mungkin ada kat situ”
“Bazooka? Eksklusif tempat tu. Mana boleh senang-senang I masuk?”
“Eh, U pun tahu tempat tu?”
“Papa U pernah bawa I. So, kenapa I nak cari dia kat sana?”
“Sebab dia dah ada betina lain. Lagi muda dari kau Tihani”
“Tipu!”
Menjerit setiausaha genit itu mendengarkan perkhabaran yang disampaikan oleh Hadif Hafuza. Tidak mungkin Dato’ Haidar Hail memilih yang lain. Dia sudah cukup sempurna, malahan lelaki tua itu yang merasai perawannya untuk kali pertama. Mustahil. Pasti Hadif Hafuza menipu. Anak bongsu Dato’ Haidar itu memang cukup benci dengannya. Dia tahu itu.
“U jerit kat telinga I pun tak guna. U pergi Bazooka, cari betina jalang nama Adriana. Pasti sedang dihempap oleh si tua tak sedar diri tu”
“Tak guna U Hadif! Kalau U tipu, U siap!”
“Bye bitch. Enjoy your day with that slut. Let me know if both of you kick each other ass”
Talian diputuskan dan Hadif Hafuza ketawa sambil mendengus nafas penuh amarah. Apa yang wanita ini semua memandang kepada bapanya yang hampir reput dan tua itu? Kesal dengan sikapnya yang pernah menjejaki Papa suatu ketika dulu. Alhamdulillah, syukur dia dipertemukan dengan gadis bernama Afrina Afnan. Banyak yang telah dipelajari dalam masa yang singkat walaupun dia tahu, hatinya masih berkeladak dengan dosa. Sekurang-kurangnya, dia nampak pintu taubat. Tetapi Papa?
Argh! Rindu pada Afrina, apa yang sedang dibuat oleh gadis pujaan itu agaknya? Tingkap bilik ditolak dan bulan penuh direnung penuh kasih sayang. Remang malam meniupkan bayu dingin dan awan gelap mula berarak melitupi bulan yang sebentar tadi bersinar megah. Hadif Hafuza mencapai gitar dan bersenandung, sendirian, perlahan.
*******
“Cik Afrina, kawan Cik dah sampai”
“Terima kasih Mak Biah. Tak payah susah ke atas, lain kali panggil atau telefon sahaja dari bawah ya makcik?”
“Rasa kurang sopan begitu Cik. Biarlah Mak Biah ke atas”
“Dengan Afrina tidak mengapa makcik”
“Sama kamu semua dalam rumah ni. Semua suruh panggil nama sahaja. Segan makcik”
“Tak mengapa makcik. Afrina turun dulu ya?”
“Cik Afrina, kenapa kawan Cik macam pelik je?”
Afrina Afnan ketawa perlahan. Siapa yang kali pertama melihat Zara Zuyyin pasti akan menyatakan sedemikian rupa. Ah, gadis itu lincah itu pasti berpakaian pelik lagi. Mak Biah menggeleng kepala melihat Afrina yang tersenyum simpul. Gadis itu dengan pantas menyarung tudung dan berjalan menuruni tangga. Kelihatan Zara Zuyyin sedang duduk di ruang tamu keluarga. Cukup bersahaja dengan penampilan kasual, laksana baru pulang dari beriadah. Terlalu ringkas gayanya, mungkin itu yang ditebak oleh Mak Biah.
“Assalamualaikum Zara”
“Waalaikummussalam Afrina. Ah, si comel Zara ini”
“Pandai memuji. Eh, datang awal nampaknya. Mengapa?”
“Baru pulang dari riadah pagi. Kebetulan semua buku ada dalam kereta, itu yang langsung ke mari”
“Belum mandi lah ni kan?”
“Dah, bilik mandi awam kan ada?”
Afrina Afnan merenung gadis itu tidak percaya. Sanggup mandi di bilik mandi awam semata-mata sebelum datang ke rumahnya. Patutlah boleh dipilih sebagai pelajar aktif hampir setiap bulan di kolej. Kekuatan fizikalnya sahaja sudah buat Afrina tahu dia tercicir di belakang. Nasib baik mereka masih dapat bersaing dalam bidang akademik. Tersenyum dia melihat Zara Zuyyin yang sudah mengeluarkan buku. Disusun di atas meja, cukup teratur. Dia mencapai buku di dalam beg yang tergeletak di atas kerusi dan duduk di hadapan Zara.
“Can we start the discussion dear?”
“As your wish Princess Zuyyin”
Ketawa kecil kedengaran dari ruang tamu dan kemudian suasana sunyi menyelubungi. Sesi perbincangan pelajaran dua gadis ini dimulakan dengan doa, dan mereka tenggelam dalam urusan mencari jalan terbaik demi masa depan.
*******
Gitar terbaring di sisi. Buku nota Fizik terjatuh dari birai katil. Debukan buku keluaran antarabangsa yang kuat itu memeranjatkan Hadif Hafuza. Dia mengeliat dan bingkas bangun dari katil. Sudah terlambat untuk bertemu dengan keluarga Afrina Afnan. Panggilan telefon yang dibuat malam tadi menjanjikan sesuatu yang membahagiakan buat diri. Tidak disangka Bonda Afrina mengajak dia sekeluarga datang ke rumah. Mama mengusik riang dan menawarkan untuk menyiapkan pakaiannya. Ketawa lihat gelagat Mama malam tadi. Ibarat mahu menerima menantu pula.
Ketukan di pintu mematikan lamunan. Pantas mencapai baju yang tercampak di hujung katil. Disarung ke badan sebelum menguak pintu. Wajah yang dipandang serta merta membuatkan dia mual dan mahu muntah hijau ke dalam baldi. Mati sudah keriangan yang dirasakan sejak malam tadi.
“Morning Hadif, my lovely son”
“Assalamualaikum Papa”

(Bersambung...)
*******
Nota Kaki :
1. Hujan sedang mencurah jatuh ke Bumi.
2. InsyaALLAH, akan meneruskan penulisan Legasi Cinta Alisia.
3. Mendengarkan lagu yang dititipkan oleh seorang teman ketika menulis ini.
Zara : Senyum bila dengar ucapan kau yang bikin hati aku berbunga-bunga. Ah, enaknya ayat yang kau tuturkan sebentar tadi. Pasti akan buat aku gembira sepanjang hari. Terima kasih Empunya Marga.
[Pertandingan] Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat penyertaan.(Tarikh Tutup : 31 Mei)
No comments:
Post a Comment