Tuesday, May 25, 2010

Hidup, Payung, Cinta Dan Pelancongan. Apa Kau Rasa Penawar Di Sebalik Tingkah Laku Kita?


Sedih.
Gembira.
Suka.
Duka.
Tulis, luapan rasa.
Muntahan tinta.
Sulaman bicara.

"Gembira, sedih, cinta dan benci adalah asam garam kehidupan. Kesempurnaan adalah kelemahan, kelemahan hidup dalam kesempurnaan. Selepas malam ada siang, selepas hujan timbul pelangi. Kegembiraan dan kesedihan sentiasa ada dalam kehidupan kita. Masa kesusahan jangan cepat mengalah. Kehidupan terlalu indah..."


Cinta itu penawar!

Benar barangkali cinta itu penawar. Kerana asakan cinta, manusia menjadi kuat, menjadi lebih tabah dalam menjalani kehidupan. Sesuatu yang indah, apa perlu lagi kita merosakkan dengan sikap yang tiada ertinya dalam kehidupan kita sendiri?. Hidup ini bukan hanya ada kita, tetapi, masyarakat serta semua komponen yang tidak harus kita lupakan. Ampuh sekali kata-kata masyarakat terhadap nilai kehidupan seseorang itu. Itu sikap manusia, yang paling penting, bagi diriku, ambil sahaja yang membina, yang positif. Yang meruntuhkan itu, tidak perlu walaupun sedikit...Sikap yang negatif akan meracuni diri, itu adalah pasti.

Pernah aku menyatakan, aku bukan manusia yang dianugerahi kecantikan tetapi dibidas oleh seorang sahabat. Dia menyatakan aku cantik, dalam apa yang Tuhan telah jadikan. Nah! Aku terpempan dengan kata-kata itu, benar katanya...Manusia ini dijadikan dengan sebaik-baiknya, mengapa aku harus merungut lagi?



Berasa runsing jika melihat langit sebelum keluar setiap pagi? Terfikir sama ada nak bawa payung atau tidak?  Sebenarnya, sudah lama tahu perlu untuk membawa payung. Manusia belajar melalui pengalaman yang telah berlalu, kekalahan boleh dielakkan jika dapat bertahan dengan beban ketika itu. Mungkin kerana inilah, payung yang kita ada adalah beban yang lebih berat dalam sangkaan kita.

Terdapat sejenis orang yang tidak sesuai dengan pelancongan. Selalu sahaja tidak tahu untuk membawa apa, benci untuk membuat pilihan, benci untuk membawa bagasi yang berat dan benci juga pada diri yang dipaksa keluar bercuti ini. Rasanya bagaikan melancong kerana kebencian. Akibatnya, tenaga untuk mengemaskan bagasi pun tiada lagi akhirnya.

Kadang-kadang perkara yang dikehendaki pula tiada disisi. Tetapi adakah kita sebegitu? Akan cepat mengalah di dalam hidup ini?

Tidak.
Sebab aku manusia yang percaya pada takdir.

Nota Kaki
1. Menunggu dia pulang.
2. Esok perlu menghadiri kursus di Batu Pahat esok pagi.
3. Malas mahu memakai pakaian seragam PBSM esok. Cuaca membunuh.
4. Ternampak kelibat tudung aku sahaja di dalam kaca televisyen tadi. Sedih.

Zara : Kadangkala, kita akan tersenyum sendirian. Tanpa sebarang alasan, tanpa sebarang tanda. Hanya kerana kita memerlukannya. Benar bukan? Dan aku, sedang tersenyum.

7 comments:

Adziim said...

Masuk tv?

Cik Zara kuatkan? So mesti takkan cepat mengalah.
Usaha!

miss zahidah said...

sik da apa-apa nak?
semua ok kan?
hal twitter ya bukan kitak la...kamek padah orang lain...kitak ada reply kmk ari ya....

Epul Azimi said...

tak pernah merasa bercinta dan tak mahu lagi untuk bercinta dan dicintai.....:)

sediakan payung sebelom hujan......hehehe

semangat kena kuat maa.....hehe

Munsyi said...

sediakan payung sblm hujan..sediakn diri sebelum bertemu dgnNya

Hellioz said...

cinta?

gwa akan blog pasal mende tu bile keadaan dah aman...
lu rilek je k babe...

gwa ade banyak jawapan nak sental kat lu....
gyahahahahhahah~

[z@ck] said...

kat sini kalau hujan tak applicable pakai payung..angin kuat..silap2 payung sekali terbang

Anonymous said...

manusia yang ercaya pada takdir pun ramai yang mengalah

Latest Entri : Taktik menewaskan Abdul Rahman dengan sebelah tangan atau sebelah mata (PES)