3 November 2012.
Terminal Bersepadu Selatan.
Si Frappu sedang duduk termenung tunggu Kopi keluar dari surau. Kopi berjalan tenang ke arah dia dan angkat beg mahu bergerak ke tempat dijanjikan dengan Sumbat. Sudah terlewat dari masa yang ditetapkan dan bas yang bakal membawa Sumbat ke selatan sudah hampir waktunya. Kopi pandang Frappu, tapi Frappu masih duduk di atas kerusi besi sejuk.
Kopi : Kenapa tak gerak?
Frappu : Ada orang suruh jaga beg (sambil tunjuk beg)
Kopi : Orangnya pergi mana?
Frappu : Entah.
(Kopi letak beg kembali, duduk)
Kopi : Apa benda yang disuruh jaga?
Frappu : Entah. Macam beg baju dan bakul susu.
Kopi : Benda camtu pun nak suruh jaga?
Frappu : Takut orang curi agaknya.
(selepas lebih 10 minit Kopi tunggu, Frappu lebih lama dari itu)
Kopi : Apa benda lama sangat ni?
Frappu : Entah.
Kopi : Pergi makan agaknya.
Frappu : Orangnya tak cakap apa-apa.
(Kopi sengih tengok beg)
Kopi : Entah - entah ada duit dalam beg tu.
Frappu : Dah tu kalau ada duit kenapa?
Kopi : Konon-konon ada duit dua juta ringgit dalam tu.
Frappu : Awak nak buat apa?
Kopi : Sejuta kita beli rumah. Sejuta lagi saya buka syarikat penerbitan.
Frappu : Untuk apa?
Kopi : Untuk awak, Sumbat dan Bisik.
Frappu : Amboi!
Kopi : Supaya senang korang menulis dan keluarkan buku.
(pandang jam)
Frappu : Geraklah jom.
Kopi : Betul. Sumbat dah lama tunggu kesian dia.
Frappu : Harap-harap barang orang ni tak hilang.
Kopi : Orang tu patut tahu orang lain ada urusan lain.
[Sumber gambar] |
Nota Kaki :
Terima kasih buat semua yang menghadirkan diri di pelancaran BOLA pada 3 November di Silverfish Books, Bangsar. Walaupun ramai yang membuat panggilan telefon kerana sesat (aku pun!) ataupun hujan lebat serta punya urusan lain, aku hanya mahu ucapkan terima kasih menyokong ini semua.
6 comments:
bahaya jaga barang org yg x kita kenal kat tempat2 terbuka nie...
takut dia saje jadikan kita kambing itam utk brg2 yg x bek...
bestnya impian nak bukak syarikat. kalau betul2 berminat, cubalah enterprise dulu. baru2 ni saya buka syarikat enterprise bermodalkan 2600 sahaja, untuk pendaftaran dengan ssm, untuk buka akaun di bank, dan untuk daftar di kementerian keewangan.
saya sokong awak buat writing dan penerbitan! :)
Huhu...nak tinggal kesian..nak jaga kita pun ada hal lain..sis tinggal je ke?
terima kasih adik.
ini bermakna sekali!
kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT. Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)
kalau ada sejuta ringgit rasanya kita banyak bazirkan pada *batuk* buku syarikat lain daripada terbitkan buku sendiri.
=)
Post a Comment