Satu.
Terhentak kepala di bucu.
Seperti ledakan picu.
Terkejut dan terpaku.
Darah menitis, mulut membisu.
Kaku.
Dua.
Dikelilingi manusia.
Yang kadangkala bikin separa gila.
Tapi tak kurang juga yang membentuk dia.
Untuk menjadi lebih dewasa.
Kalaupun bukan tubuh, tapi isi kepala.
Sekurangnya dia tidak bikin celaka.
Pada manusia lainnya.
Tiga.
Dia sedar banyak benda.
Manusia barangkali banyak cerita.
Baik, buruk, sopan, dan celaka.
Yang baik, dia lihat dan ambil rasa.
Yang buruk, ambil pengajaran katanya.
Yang sopan, dibilang suruh ikut setiap tapak pakai kepala.
Yang celaka, dia enggan mahu mencela.
Kan namanya manusia.
Empat.
Kaki disusun rapat.
Dia benci mahu dengar orang mengumpat.
Bukan kerana dia penat.
Barangkali sebab enggan subahat.
Bondanya bising lagi tentang aurat.
Katanya, beliau rasa terjerat.
Dengan pakaian yang kononnya hebat.
Tutup, balut sana sini, pusing berlipat.
Tapi hakikatnya ada bahagian yang ketat.
Makanya, bonda enggan terheret sama di akhirat.
Itu yang dibisingnya selagi anak tidak pamerkan wajah kelat.
Lima.
Hentak kepala.
Manusia hanya pandai hamburkan kata.
Cuba lihat duduk dalam situasi sama.
Apa barangkali mereka boleh terima.
Lihat apa yang diusahakan dikata nista.
Sabar manusia bukankah ada takah dan tahapnya.
Mana boleh hambur segala.
Biarkan dia bertahan dengan segala cela.
Tanam senyuman lekat di muka.
Amboi, cantiknya.
Mari sini tukar tempat dengan dia.
Jangan mengadu sakit pula.
[Sumber gambar] |
Hey!
Dia bukan perempuan gagah.
Yang kau setiap kali bersedia untuk marah.
Dia bukan selamanya tahan disergah.
Yang kau boleh ligan sampai makan tanah.
Kadangkala dia mahu juga menangis.
Mahu juga hamburkan segala rasa sadis.
Kongsi cerita dari gembira hingga tragis.
Hidup dia bukannya indah macam alam magis.
Tapi.
Dia sedar banyak waktu hatinya mati.
Kuat mana dia tahan, dia akan menangis sendiri.
Dihempas badan ke ranjang, dan tekup bantal dari tepi.
Biar bantal lencun, tapi tiada makhluk dengar esak sunyi.
Walaupun dia kadangkala tewas.
Tapi dia syukur jiwanya tidak pernah mahu sentiasa lawas.
Ya, macam perut mengamuk ganas.
Dia degil dan kadangkala buas.
Mahu kalah tidak mungkin, dia akan cuba sampai puas.
Ternyata, kadangkala dia masih tangkas.
Perempuan.
Itu orang kenal dia.
Cemuh dia.
Hina dia.
Apa sahaja pada dia yang tiada cela?
Kewujudan dia hanya mainan kata.
Hamburan nista itu makanan - penyangga nyawa.
Jatuh.
Bangun tanpa mengaduh.
Itu prinsip dia yang bikin lelaki kata dia sekuat nyatuh.
Tapi itu hanya gurauan buat gaduh.
Sekuat mana nyatuh, dilenjan orang sampai jatuh.
Jadi tiang, perabot - entah apa lagi, bodoh!
Ah, gurauan mulut, tiada hati yang tersentuh.
Dia lebih suka pulangkan segalanya pada Maha Pencipta.
Kalau hari ini orang mengata muka - dia biarkan sahaja.
Tidak perlu dia rendahkan dirinya.
Sebab dia tahu ciptaan Tuhan, Maha Sempurna.
Perempuan gagah.
Sesekali dia mahu diagah.
Dimanjakan bagai dia dibesarkan dengan kasih sayang yang mewah.
Bukan tanda dia gedik, tapi hatinya mahu juga diluah.
Dilamar dengan penuh maruah.
Perempuan namanya.
Bila dewasa digelar wanita.
Dari yang bujang hingga sudah digelar bonda.
Mereka punya tangan yang menggoncang dunia.
Ataupun kadangkala hanya dengan senyuman bahagia.
Ya.
Tuhan itu ada.
Jahat macam mana pun dia.
Dia tahu Tuhan adalah tempat kembalinya.
Kalau manusia buang dia, bukankah Maha Besar itu juga Maha Kaya?
Tidak mungkin dia akan dipersia.Ujian yang datang pasti mampu ditanggungnya.
Bukankah itu janji Yang Maha Esa?
[Sumber gambar] |
Nota kaki :
Salam Awal Muharam 1434H.
8 comments:
Perempuan aku kira macam ada dua jiwa dalam dirinya. Suka :)
|Andika
salam maal hijrah..lama x stg sini..
Nice poem..:-)
salam maal hijrah :) semoga sentiasa gagah dan tabah apa saja perkara yang akan datang
:'( crying. Masa yangggg amat tepat you update this post. Indeed.
Semoga terus dalam keadaan gagah hendaknyaa :D http://captaindybo.blogspot.com/
gurindam ke nih?
wanita gagah di dalam...rohani
kalau tidak macam mana nak mengandungkan anak 9 bulan...
lepas tu menjaga dan mendidik pula..
salam maal hijrah
kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)
Perempuan Gagah title yang menarik ! Ayatnya kalau dibacakan dengan laju mampu dijadikan sebagai RAP ! papepun best ! hee :D
Post a Comment