3 November 2012
Sabtu.
7.25 pagi.
Disebabkan bas aku bertolak ke TBS adalah pada jam 7.30 pagi, aku biasanya akan telefon syarikat bas untuk bertanyakan no pendaftaran bas tersebut. Kalau perjalanan ke Kuala Lumpur, memang biasanya akan aku tunggu di Sungai Mati sahaja. Untuk ke bandar sahaja sudah makan masa hampir 30 minit, jika keadaan trafik dan lampu trafik yang banyak beratur itu. Jadi, aku membuat panggilan telefon kepada syarikat bas.
Aku : Assalamualaikum. Kak, bas pergi KL, pukul 7.30 pagi ni, nombor plat dia berapa?
Kak : (entah apa nombor)
Aku : Saya naik dari Sungai Mati eh kak?
Kak : Kita dah tak ambil kat situ lagi.
Aku : Eh, sejak bila?
Kak : Daripada awal tahun.
Aku : Eh kak, saya berkali-kali naik bas ke KL tahun ni dari situ.
Kak : Takde-takde.
Aku : Tolonglah kak. Bas saya 7.30 ni.
Kak : (hempas telefon)
Jilaka!
Terus aku sambar semua beg dan keperluan, pandu keluar Adam Awraq ke stesen bas di Muar. Seperti aku nyatakan di atas, biasanya perjalanan mengambil masa 30 minit, tapi aku memandu dari rumah ke Muar pada pagi berkenaan hanya 10 minit. Ya, laju : semata-mata mahu sampai awal dan ambil bas pukul 8 pagi. Sampai di Muar, letakkan kenderaan, bayar tiket letak kereta seharian dan kejar bas. Nasib baik tak perlu beli tiket baru. Dapat bas dua tingkat lagi. Heh!
10.20 pagi.
Terminal Bersepadu Selatan.
Lepas berkejar ke tandas, pergi bertemu Syaihan Syafiq (BISIK) dan Faizal Sulaiman (SUMBAT) di Kopitiam - tempat pertama kami bertiga menggila selepas majlis pelancaran KOPI pada bulan Mac. Jadi ya, setelah beberapa lama, baru ketemu mereka yang dikasihi ini. Gembira pastinya, dan kelaparan aku lunaskan dengan makan (kononnya dengan bersungguh). Setelah menunggu, akhirnya Kopi tiba. Hoyeah!
3.03 petang.
Silverfish Books, Bangsar.
Selepas acara membeli belah sedikit keperluan bersama Kopi, minum (atau makan tengah hari) oleh lelaki-lelaki yang menemani dan ketibaan Nizam Archibald dengan Ferrari merah beliau - dicampur dengan adegan sesat, berpusing-pusing di Jalan Telawi - ya, akhirnya kami ketemu dengan kedai buku yang merupakan tempat pelancaran itu sendiri. Saat itu, hujan mulai turun dengan lebat hingga menyebabkan Amir Muhammad (ketua paling cool) menangguh majlis bermula jam 3.30 petang. Sementara itu berbual dengan kawan-kawan yang dikenali dan tidak dikenali - yang baru kali pertama berjumpa seperti Fahmi R yang sanggup datang menjengah (terima kasih!)
Jadi aku ketemu juga dengan Peddo, secara berdepan - membuatkan topik perbincangan petang itu agak berat (kononnya) - sebab selain pembaca, aku juga peminat hasil tulisan dia. Mungkin disebabkan aku tak mampu menulis sebaik, serapi, terperinci seperti mana dia, aku cuma mampu jadi pembaca dan mengulas cerita tulisannya secara berdepan. Haha - pun boleh!
3.30 petang.
Silverfish Books, Bangsar.
Majlis bermula dengan kata-kata aluan penuh comel daripada Amir Muhammad. Seterusnya, para penulis dipersilakan ke depan dengan dimulakan oleh Jejaka Anggun, Shaz Johar (KOUGAR, TABU dan terbaru, bakal keluar MENTAL) - Syaihan Syafiq, Faizal Sulaiman, Zulaikha Siz dan aku. Hahaha. Ya, aku pun ada dengan gimik (konon) berdasarkan tulisan aku dalam BOLA - Jersi Nombor 7.
[Gambar dari Twitter Fahmi Radzuan] - Macam ada pemindahan pemain kan? |
Flickr : [Gambar 3 dalam 1 - Baju Terfaktab, Beg Clubmod dan buku BOLA Fixi] |
Lagi gambar boleh dilihat di laman Mukabuku BOLA [sini]
Selain itu, ada pelancaran (awal) novel terbaru FIXI iaitu Gergasi. Ya, Gergasi ditulis oleh penulis yang sudi berkongsi pengalamannya dengan kami pada majlis petang itu. Aku rasa saudara Khairul Nizam itu, menulis dengan santai dan membuatkan kita menunggu setiap helaian. Jadi, dapatkan novel tersebut ya?
Aku dapat novel tersebut dengan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh Amir Muhammad pada petang itu. Selain aku, ada 9 naskah lain yang diberikan kepada yang menjawab soalan. Ya, kami semua suka buku.
[Ada tandatangan penulis tentunya] |
Aku sukakan sesi tandatangan buku yang membuatkan aku kenal dengan pembaca dan selera pembacaan masyarakat Malaysia secara umumnya. Ya, sebab aku senang dengan manusia yang membaca dan lebih baik jika mereka menulis kerana aku berada dalam kelompok yang sama walaupun masih lagi digelarkan penulis marhaen. Hah! Aku penulis miskin juga.
Selepas itu juga Falliq Bella tiba bersama dengan pasukannya. Begitu boleh?
[Flickr] - Terima kasih untuk gelang cantik ini Siz. :D |
Terima kasih yang banyak membantu aku semasa di sana. Ya, mereka-mereka yang ikhlas (ataupun tidak ikhlas dan terpaksa barangkali) - aku cuma mampu ucapkan terima kasih kerana sudi membantu kerana ia sangat bermakna buat aku. Barangkali aku tidak mampu untuk membayar hasil usaha kalian saat ini, dan aku hanya mampu mendoakan yang terbaik atas segalanya.
Antara penulis-penulis yang hadir. | Dari kiri : Nami, Kak Dayang Noor (JERAT, HILANG), Faizal Sulaiman, Zulaikha Sizarifalina, Syaihan Syafiq, Zara dan Shaz Johar |
10.50 malam
Tiba di Muar dan memandu pulang ke rumah.
2 comments:
zara! i dah gegel tangan nak beli buku Fixi terbaru. wawawawawa..
tiap kali de event sua muka.mst xdpt p sbb sy dduk nun jauh di kedah!haih~bila ampa nak mai kedah?jitra mungkin?hehe :)
Post a Comment