Tidur pun tak lena. Entah berapa kali terjaga, berpusing-pusing, guling-guling atas ranjang merah sambil perhatikan dinding biru. Apa yang aku risaukan pun aku kurang pasti. Satu demi satu keperluan aku senaraikan dalam kepala. Mungkin senarai yang aku jengah semalam buat aku jadi separuh gila. Mungkinlah juga - walaupun bukan senarai aku. Tumpang tengok senarai orang pun boleh jadi seriau. Merepek sungguh perangai.
Banyak benda ganggu kepala. Semalam bukanlah hari yang terlampau baik - walaupun aku rasa menjelang petang suasana bertambah gembira. Rasa disebabkan suntikan kafein dalam badan - membuatkan apa yang dihadapi sejak pagi beransur hilang dengan sendirinya. Tak tahu mengapa, satu demi satu dugaan muncul. Manusia yang tak dikenali muncul dengan tidak diketahui niat. Tapi maaflah, aku tak dapat melunaskan permintaan kalian (kecuali seorang terlepas tapi aku terpaksa potong kembali). Sebab, kalau niat kalian baik, sewajarnya kalian hulur dahulu salam perkenalan - dan bukan muncul secara diam. Aneh barangkali buat aku.
(tekan kepala nak bagi tune)
Perut sakit bila mengenangkan adakah apa yang dilalui semua ini adalah mainan atau mimpi. Tapi bagai apa yang dinyatakan oleh seseorang, ini semua adalah magis. Magis yang sendiri tidak akan sangka tetapi melaluinya dengan senyuman sahaja. Mungkin betul, langkah yang tepat adalah bukan sendirian sahaja. Pastinya ada lagi tangan yang membantu, kaki yang melangkah bersama. Seorang diri mungkin baik, tetapi dengan bantuan sesekali sekala, apa yang dimahukan mungkin menjadi lebih jelas daripada sendirian tanpa mampu difikirkan sebab dan akibat.
(perut sakit, tangan sejuk)
Pernahkah kau jumpa seseorang yang duduk meraikan majlis seorang diri? Menghabiskan masa minum sendirian tanpa sedar bahawa dirinya bukan lagi seperti dahulunya?
[Flickr aku] : Kegembiraan aku. |
Zara : Sudah tiba waktu melangkah jauh.
2 comments:
hyee.. yuyu singgah sini dan follow sini.. nice to meet u.. come visit my site http://www.sayeshukepink.com/
penah3.slalu brada dlm dunia sendri.tgn kiri memegang tgn kanan.tapi tngn kiri tdk dpt mrasa ksejukannya krn tgn kiri turut sma sjuk beku.melangkah lbh jauh itu hasrat diri.tapi hati msh kaku tuk mrubah diri :)
Post a Comment