Sunday, November 11, 2012

Kecewa Gila.


01.

Susah juga nak faham bila khabar angin yang tak berapa nak betul boleh tersebar daripada mulut seorang lelaki. Aneh sebab yang selalu dikatakan kepoh tak tentu hala adalah perempuan. Hmm. Nak pula berita yang tersebar kencang melibatkan isu keluarga dan boleh dikatakan maruah juga. Barangkali si pencerita hanya mahu orang tahu tentang dia - tetapi mengenangkan tiada siapa bertanya, maka adalah lebih baik dia buka cerita yang tiada kaitan dengan dia terlebih dahulu, dan akhirnya, apabila umpan mengena - boleh terus masukkan cerita tentang dia.

Mungkin itu yang menyebabkan sedikit sebanyak kau mengundang rasa aneh dikalangan yang mengenali. Kami memahami niat baik kau mahu berkongsi berita gembira sendiri - tetapi bukankah lebih baik kau ceritakan hal sendiri tanpa perlu melibatkan cerita orang lain sehingga sanggup menghantar pesanan lewat jam satu hingga dua pagi?

Aneh.

http://farm3.staticflickr.com/2134/2393745065_92569ac43c.jpg
[Sumber gambar]

02.

Ucapan demi satu ucapan sudah didengari, walaupun suasana sekitarnya amat berbeza dan tidak mampu diterjemah fikiran. Barangkali dengan apa yang berlaku dalam perbincangan meja bulat lewat siang tadi, menjadikan mereka-mereka yang hadir antara orang yang tidak boleh diketepikan dalam hidup walaupun ternyata ada yang lain pun penting juga. Jujurnya, terselit rasa kecewa dengan sikap segelintir yang melupakan mereka yang berjuang bersama - sama, tapi bila difikirkan, setiap dari kita punya kekangan yang tidak boleh dikira.

Mungkin saat anda bergembira, mereka datang meraikan cinta. Tetapi bila tiba saat mereka menyambut hari bahagia, di manakah anda yang dahulunya berjanji penuh berbunga? Ya, mereka mungkin faham, mereka mungkin mengerti, tetapi jangan lupa, anda sudah semestinya khabarkan mengapa tidak hadir ke sisi. Jangan sampai ada yang rabak hati.

Pendekatan menghadiri majlis yang dipelawa, dijemput seikhlas hati adalah sangat baik daripada mengenangkan tidak dijemput (entah atas sebab tidak diketahui) - tetap pergi juga demi menemani seseorang yang terlampau baik mahu ditolak permintaannya. Redhakan sahaja demi senyuman yang entah bila boleh dilihat lagi.

http://farm3.staticflickr.com/2692/4463944861_ea68591edb.jpg
[Sumber gambar]

03.

Sejak kebelakangan ini muncul cerita-cerita lawak yang sebagai tuan punya badan langsung tidak ketahui. Itulah, aneh bila mengenangkan ramai pula yang lebih kenal diri daripada yang mengusung badan berkati-kati. Banyak cerita yang disampaikan dan peliknya, semuanya menjurus kepada perlakuan mahu minta kaki. Wah wah wah, ada yang lupa sental daki sendiri?

Tiba-tiba muncul cerita mengatakan ada yang kecewa, patah hati tak ingat dunia apabila mengenangkan perempuan yang dia suka sudah berpunya. Si perempuan terpinga-pinga mendengarkan cerita daripada mulut ayahnya - yang mendapat perkhabaran daripada kenalannya. Balik rumah, si ibu bertanya sambil bercerita.

(susun cerita ala drama purbakala)

Si Ibu : Tadi di majlis kahwin, ayahmu terjumpa kawan dia.
Gadis : Lantas?
Si Ibu : Katanya mendengarkan kamu sudah berpunya, ada yang kecewa.
Gadis : Siapa pula?
Si Ibu : Tidak dinyatakan siapa, tapi khabarnya kenalan kamu juga.
Gadis : (ketawa) Sejak bila aku punya kenalan yang suka padaku?
Si Ibu : Mana mungkin ibu tahu?
Gadis : Aku tidak punya kenalan bujang, ibu. Kalau ada sekalipun, semuanya sudah tunangan orang.
Si Ibu : Jadi dari mana datang cerita begini?
Gadis : Bahkan aku sendiri mahu tahu.
Si Ibu : Itulah, ibu juga tak faham. Bila ditanya, mengelak pula berikan jawapan.
Gadis : Itu aneh sekali.

(tamat drama purbakala)

Anehnya manusia.

04.

Cubaan manusia menjadi Tuhan barangkali tidak akan pernah berhenti. Merasakan mereka yang menguasai Bumi dan segala isi, makanya, semuanya harus ikut apa mereka kehendaki walaupun ternyata, celaka menguasai diri. Bagaimana mahu tahu semua benda tatkala kau juga manusia biasa. Apakah mampu menimbal balik, tahu semua benda dengan kononnya ikut gerak rasa?

Dunia sudah semakin tua. Tapi itu bukan bermakna kau boleh lenjan semua perkara. Ya, manusia ini ada yang aneh belaka, tapi kau tidak perlu rebut untuk jadi kayu bakar api neraka. Tidak perlu apabila kau sendiri meletakkan manusia lain ada hadnya, tapi kau boleh belasah semua. Apa yang menjadikan kau sangat istimewa berbanding yang lainnya?

Dapat pencerahan di bawah pohon kelapa tatkala kau sedang kira berapa banyak bintang yang bertaburan di dada langit ataupun melunaskan isi perut di ruang sempit di bilik termenung? Manalah tahu kan? Sebab ilham itu datang tanpa kau undang. Tapi jangan kau lupa satu perkara, itu menjadikan kau yang Maha Berkuasa kerana Dia Maha Mengetahui semua benda.

http://farm9.staticflickr.com/8487/8173788319_e7f501da38.jpg
[Flickr aku]

05.

Sedang menelaah sesuatu. Proses yang cuba diselesaikan nampaknya menemui laluan mudah. Moganya, ketibaan itu akan berlaku seperti yang dijadualkan. Barangkali sudah benci mahu menanti.

Nota Kaki :
Rindukan hujan - minum kopi panas - kira rintik hujan.

3 comments:

Unknown said...

sabolah kak, mulut manusia...

saifudin said...

salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)

saifudin said...

salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)