Awak sayang dia.
Awak sayang dia sepenuh jiwa.
Awak sayang dia kalah awak sayang nyawa.
Awak sayang dia sebab pada awak dialah segalanya.
Awak cinta dia.
Awak cinta dia sampai tahap buang manusia.
Awak cinta dia hingga lupa segala benda termasuk kerja.
Awak cinta dia tanpa gentar halangan termasuk bantahan keluarga.
Awak suka dia.
Awak suka dia sangat hingga tidak tidur lena.
Awak suka dia tiada tolok banding kegilaannya.
Awak suka dia walaupun dia mungkin punya perasaan berbeza.
[Sumber gambar] |
Tapi itulah dia manusia.
Manusia yang sering mengejar bahagia.
Manusia yang sentiasa mahukan gembira.
Manusia yang tidak pernah menginginkan istilah duka.
Anehnya benda yang dipanggil sebagai rasa.
Kita boleh mengingati berbaris serta beratus lirik lagu yang kita dengar biasanya.
Tetapi malangnya, sesetengah dari kita sukar mengeluarkan ingatan apabila kertas ujian di hadapan mata.
Sama seperti perasaan, kita simpan dalam ruang atma.
Sesuatu yang sangat pelik sebenarnya sering dilakukan oleh manusia. Benda yang manusia lupa, apabila mereka jatuh tersungkur dalam hidup, apa yang mereka perlu lakukan.
Bangun. Ya, bangun. Macam kita terjatuh di atas tanah merah selepas main kejar-kejar dengan kawan sewaktu kecil. Walaupun mungkin kita menangis sebab sakit ataupun malu diejek oleh kawan-kawan lain, tetapi kita tetap bangun dan bangkit dengan bingkas bukan? Jadi, kenapa apabila sudah dewasa, sudah tegar untuk marah orang lain yang ketawa pada kita, kita enggan bangun apabila terjatuh?
Kenapa mahu terus kekal duduk di tempat itu?
Perlukah duduk dan tidak mahu bergerak langsung macam batu?
Sebab mahu mengikut pepatah yang menyatakan "Tempat jatuh lagikan dikenang, apatah lagi tempat bermain?" - Begitu?
Jangan pernah memberikan sebab kepada sesuatu untuk menjatuhkan kita. Setiap sesuatu yang berlaku pastinya ada hikmah, ada sebab yang tersembunyi di sebaliknya, cuma kita sebagai manusia dangkal untuk mencari apa sebenarnya yang tersirat. Kalaupun kita mencari dan tidak terjumpa sekalipun, pastinya sesuatu yang terjadi itu menjadikan kita manusia yang lebih baik, lebih berguna.
Bukan sebaliknya.
[Sumber gambar] |
Awak tetap sayang dia.
Awak tetap cinta dia.
Awak tetap suka dia.
Dalam hidup setiap perempuan, ada seorang lelaki yang pastinya yang dia tidak dapat lupakan. Dalam hidup seorang lelaki, ada seorang perempuan yang pastinya dia tidak pernah dapat memiliki.
Sekurang-kurangnya mungkin itulah yang sesetengah daripada kita hadapi.
Tetapi adakah kita mahukan waktu berhenti dan kita menangisi nasib yang terjadi?
Sudahlah, jangan pernah menolak untuk terus berdiri.
Kenapa mesti enggan mahu berlari?
Setiap kali kita menghadapi masalah, kenal apa itu masalah dengan cara sendiri.
Ingatkan kepada diri sendiri bahawa setiap masalah itu ada laluan keluarnya yang kita boleh cari.
Setiap musibah dilalui ada senyuman di penghujung hari.
Dan kita kena sentiasa bersedia untuk menghadapi.
Awak tetap sayang dia.
Awak tetap cinta dia.
Awak tetap suka dia.
Tapi sampai bila?
Kenapa awak tidak mahu untuk belajar sayang diri awak sendiri?
Kenapa awak tidak mahu kenal diri sendiri?
Kenapa awak tidak mahu kenal hati sendiri?
Awak tidak akan rugi.
Nota Kaki :
Ambil peluang yang terbentang dalam hidup. Hidup itu sendiri merupakan suatu peluang. Kenapa mesti dipersiakan dan enggan mahu menyahut cabaran demi masa hadapan yang kita impikan?
Zara : Kita mampu untuk menterjemahkan semua benda yang buruk kepada benda lebih baik dalam hidup ini supaya kita boleh terlepas dari belenggu hidup sebagai banduan dalam kehidupan sendiri. Jadilah arkitek membina masa hadapan dan impian peribadi. (Shafaza Zara, 2011)
14 comments:
:)
cikgu Zara , mohon share ye. . .salam ramadhan. . .
:')
Tersedar dan mahu bangkit..trime kasih Cik Zara..
Dalam hidup setiap perempuan, ada seorang lelaki yang pastinya yang dia tidak dapat lupakan.
Dalam hidup seorang lelaki, ada seorang perempuan yang pastinya dia tidak pernah dapat memiliki.
pehh gilos! aku tak pernah jumpa ayat 'manis' macam ni!aku copy ek.tq.
@starzieti
:)
@suaraheaRty
silakan :)
@Sidratul Muntaha
:')
@Aku Syah
Sama2 Syah :)
@kueh bakar
Boleh sahaja.
Jangan lupa pautan semula.
:)
terima kasih untuk post dan kata2 nasihat yg sungguh menusuk kalbu ini.kebetulan sy tengah terjatuh sekarang..dan ini telah menguatkan semangat sy! :') terasa ada keikhlasan dalam post ini..
sgt menyentuh kalbu..mohon share ye Lord Zara..selamat berpuase
mohon share jugak . sangat puitis dan berinspirasi . i suka you Lord Zara. i suka blogPost you .
Terima kasih zara.. setiap kata yg penuh makna.. seperti tahu apa yg aku rasa.. seperti mengerti apa yg aku sedang alami..
Post a Comment