Thursday, August 04, 2011

#04 #Ramadhan : #ST #05 - Tiada Lagi Teman Bermain


Dalam perjalanan ke sekolah, mendengar lagu "Cuba" dendangan abang kesayangan, Faizal Tahir membuatkan aku terfikir sesuatu. Kenapa lagu yang diputarkan di radio selalu ada kena mengena dengan mainan perasaan tidak selesa yang sedang dihadapi? Baiklah, itu kebetulan sebenarnya. Kebetulan, tapi selepas itu semua lagu mendayu-dayu, puitis dan entah apa-apa lagi. Mata tiba-tiba nak panas. Boleh?

Ketawa.
Aneh-aneh perasaan sekarang ini. Bukannya ada hal besar mana pun yang boleh menyebabkan mahu rasa tertekan dan kecewa, tetapi peliknya, ia sedikit sebanyak mengganggu tumpuan aku menulis. Ah, itu kan atas dasar persahabatan, maka aku memang banyak memikirkannya. Sengal.

[Sumber gambar]

Lebih sakit daripada putus cinta awal tahun hari itu.
Ketawa.
Gila.

Buat Perut, maaf atas segala rama-rama yang muncul.
Buat Bantal, maaf atas air mata (dan air liur mungkin sebab tidak menangis).
 Buat Hati, maaf atas kerosakan yang tidak disengajakan.
Buat Otak, anda sangatlah tepat.

Dan begitulah hidup yang pelik.
Pecahan dan kepingan manusia beku yang diatur satu demi satu.
Bukan atas kehendak mana-mana atau impian gila sesiapa.

Dan buat yang tertanya-tanya kenapa aku rasa lagu Faizal Tahir itu entah mengapa buat otak aku rasa nak hentak kepala ke stereng kereta, aku tolong salinkan lagu itu buat semua.

coba kau dengar
coba kau coba
diam bila ku coba
tuk berbicara dengan kamu

pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk meluahkan rasa hati

dan bila kau bersuara
setia ku mendengar
agar tenang kau merasa

siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku...padamu

coba kau lihat
coba kau coba
renung ke mata aku
bila ku kaku melihatmu

pernahkah kau ada
bila ku perlu
tuk menyatakan rasa sakit
dalam diri

dan bila kau perlu
setia ku menunggu
agar senang kau merasa

siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku...padamu

maafkan kerana aku tak pernah
terlintas tuk menulis pada mu
salahkan ku
tak mungkin lagi aku meminta
untuk kau mendengar..
untuk kau melihat ke mataku

siapa
sebenarnya aku padamu
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang tuk dapatkan aku
itulah aku...padamu

Ditujukan buat siapa yang rasa suka lagu ini.

Nota Kaki :
Badan rasa tak berapa nak sihat.

Zara : Bila rasa tak sihat, aku mula merepek. Maaflah ya?

10 comments:

Hizami Li said...

lagu feveret ku!
:B

Pink said...

trima kasih utk lagu itu ;)

asnizaziz said...

mana ada cikgu zara merepek..bermadah indah la tu..take care ya ^^

Angah said...

Selamat menjalani Ramadhan zara...semoga melalui jalan yang indah dalam kehidupan..

JunAina said...

itulah namanya mainan perasaan, kita cepat tersentuh dengan keadaan disekeliling...

apapun bait2 lagu ini memang menyentuh kalbu...sekali sahaja membaca dihati pasti terasa...

PENCONTENG said...

saya doa kak zara sihat selalu okayyyyyyyy! semoga perut hati dan otak mampu berfungsi dengan baik!
be good sister! ;p

takky said...

akak, jgn la sedih2....
risau plak saya...

Zaujah Miqdad said...

kak zara jangan sedih2 yer:)
selamat menjalani ibadah puasa:)

Unknown said...

lagu ni mmg ade kena mengena dgn kisah hidupku sekarang,terima kasih ! :)

PuanPepel said...

penah jadi lagu yang memanah tepat ke hati