Sunday, August 21, 2011

#21 #Ramadhan : Awak, Tiada Lagi Harapan Bodoh


Rentetan tulisan yang sudah berjela aku rasa.
[#14] dan [#15]
[#16] dan [#17]
[#18] dan [#19]
[#20]

Awak, masanya sudah tiba.
Untuk melangkah meninggalkan dia.
Sudah waktunya dia perlu dibiarkan selamanya.
Awak sudah lama terseksa.

[Sumber gambar]

Awak langsung tidak diingati.
Awak, silakan ketawa geli hati.
Air mata yang mengalir itu tidak beerti.
Langsung dia tidak peduli.

Awak, sudah cukup dugaan.
Sudah cukup melakukan kesilapan.
Sudah cukup menunggu orang yang langsung tidak mempedulikan.
Sudah cukup buang masa menggantung harapan.

Dia sudah menjauh.
Awak tolonglah berhenti sebelum lenguh.
Cukup juga dengan mengeluh.
Sampai berpeluh.

Awak, dia bukan untuk awak.
Bahkan dia tidak layak.
Tidak sesuai untuk awak berteriak.
Tidak sesuai untuk awak simpan bawah ketiak.

Awak, teruskan senyuman.
Kekalkan kesihatan.
Sebab itu sahaja caranya awak dapat bunuh kisah menyedihkan.
Itu sahaja yang awak dapat buat menebus kesilapan.
Menebus kebodohan.
Menunggu dia yang bukan-bukan.

Nota Kaki : 
Kalau ada seseorang yang bertanya dengan siapa aku mahu menghabiskan usia, aku akan jawab dengan bangga - "Orang yang dapat menerima aku seadanya dan mengerti bahawa aku tidak sempurna" (Shafaza Zara, 2011)

Zara : Jadi seorang yang bujang dan tidak mempunyai ikatan dengan sesiapa bukanlah satu sumpahan. Sekuran-kurangnya aku dapat mengelakkan diri daripada terus disakiti, dikecewakan dan dikhianati. 

11 comments:

-XaXao- said...

betul sgt nota kaki tu :)

Shazwan Azizan - wanblur said...

Cinta sejati itu akan datang bersama si dia yang sebenarnya..

nota kaki menarik.. :)

kueh bakar said...

biar satu dunia kata aku bodoh
biar satu dunia kata aku terseksa
biar satu dunia mentertawa
biarkan
kerana dunia tidak rasa

biar satu dunia menasihat
biar satu dunia menghalang
biar aku menunggu
biarkan
kerana dunia tidak faham

aku tahu
menunggu itu tidak pernah mudah
apatah lagi jika menunggu 'suatu yang susah'
mungkin juga menunggu 'suatu yang susah' adalah satu kesilapan
tapi
kadang dalam sebuah kesilapan wujud sebuah kebahagian

Wadi AR said...

akak sedih ye? saye ade :)

Anonymous said...

saya setuju. :)

ieda Qema said...

aku cinta aku :))

jejaka senja said...

mencari kesempurnaan adalah umpama mencari mencari gagak putih.=)

dina diana said...

Dear Zara,

dina dah lame tak online..tapi tiap kali dina online..blog kamu yang dina akan jengah tau..

untuk setiap ungkapan-ungkapan kau yang menaikkan semangat dina untuk hidup..

thank a lot..

#Hug...

AsyieqiN Rkey said...

membace sambil muhasabah diri...tulisan anda betoi2 menginsafkan sy...=)

RayRay's Mummy said...

sgt kena pd batang idung sndiri..thnx dear..~

You N Me said...

same laaa kite..!
sobs... ~ sabo je... tp Zara muda lagi.. . rileks2...