Rentetan dari tulisan panjang sebelum ini.
Awak sayang dia.
Awak sayang dia sepenuh jiwa.
Awak sayang dia kalah awak sayang nyawa.
Awak sayang dia sebab pada awak dialah segalanya.
Awak cinta dia.
Awak cinta dia sampai tahap buang manusia.
Awak cinta dia hingga lupa segala benda termasuk kerja.
Awak cinta dia tanpa gentar halangan termasuk bantahan keluarga.
Awak suka dia.
Awak suka dia sangat hingga tidak tidur lena.
Awak suka dia tiada tolok banding kegilaannya.
Awak suka dia walaupun dia mungkin punya perasaan berbeza.
Tapi, awak bukan pilihan dia.
Pedih bukan rasa?
[Sumber gambar] |
Awak ambil berat tentang dia.
Awak habiskan masa mengingati dia.
Awak tunggu dia.
Tapi akhirnya?
Awak sebenarnya sedang buang masa.
Awak hakikatnya membunuh setiap detikan berharga.
Awak secara dangkalnya membazirkan nilai tidak tertakrif nyawa.
Hanya kerana dia.
Menjadi seorang berfikiran terbuka itu bagus buat semua.
Tapi, menjadi positif haruslah kena pada tempatnya.
Dia sudah kata tidak suka.
Dia sudah nyatakan dia berpunya.
Dia sudah laungkan awak bukan pilihannya.
Nah, apa yang awak mahu tunggu lagi sebenarnya?
Awak tetap mahu menunggu dia.
Walaupun masih banyak pilihan di hadapan mata.
Dengan alasan sama.
Awak tetap sayang dia.
Awak tetap cinta dia.
Awak tetap suka dia.
[Sumber gambar] |
Dia jatuh sakit selsema.
Awak berkejar bagaikan awak ahli keluarga.
Setiap perkembangannya awak pantau bagaikan sudah diberikan peluang kedua.
Awak jaga sehingga dia kembali ceria.
Dengan sekelumit harapan agar dia buka mata.
Tetapi malangnya pandangannya bukan pada awak yang setia.
Bukan awak yang setiap malam berjaga.
Dia jatuh tangga.
Awak datang tolong paut sepenuh tenaga.
Awak rawat supaya hilang segala duka.
Awak balut kemas agar tidak tertinggal kesedihan tersisa.
Dia bangkit gembira.
Awak ditinggalkan begitu sahaja.
Awak, sedarlah dan buka minda.
Bukan awak yang dia suka.
Bukan awak pilihan hati dia.
Awak langsung tidak diberi peluang walaupun ingin hadir sebagai kawan sahaja.
Cukuplah awak derita.
Setiap benda ada batasannya.
Sampai bila awak mahu biarkan diri awak sengsara?
Dengan alasan hanya sebab awak tak boleh hidup tanpa dia.
Awak tetap sayang dia.
Awak tetap cinta dia.
Awak tetap suka dia.
Tapi sampai bila?
Kadangkala awak, daripada kita mencari apa yang kita mahukan, kita sepatutnya mencari apa yang kita perlukan. Kerana bila kita terjumpa apa yang kita perlukan, apa yang kita mahukan akan datang kepada kita.
Nota Kaki :
Malam sahaja berkesempatan untuk meneruskan kehidupan gila.
Zara : Percayakan diri sendiri lebih daripada manusia yang tegar mengkhianati.
25 comments:
kisah tragis insan yang tidak tahu dirinya tak diperlukan....
sy sayang dye hingga buta segalanya. tp dlm ati dye tetap insan lain yg utama.
tapi smpai bile perasaan ini akan terbiar? ;(
lebih baik memberi kepada orang yg menyukai kita kerana dia gembira dia suka kita akan ketawa...
baru start baca entry ni, mungkin kena baca yang part sebelum ni jugak! heheh.
sayang sayang juga tapi jangan biar diri sendiri pun terabai~ sedihnya :(
zara: mendalam sungguh kata-kata kamu itu...
bila dah cinta dan sayang, kita sanggup buat apa shj untuk dia..
tp kdg2 cinta dan sayang kita ni tak dibalas..
memang perit.. ;(
sangat menyentuh hati...kak zara..sile tulis lagi ye..:)
loveynea
thanks zara. 1 entri y sgt menarik. farah tersentap bila bc entri nih. memang sama dengan apa y blaku pd farah smalam. terima kasih zara, entri ni bg semangat & kekuatan utk farah :))
cinta kdgkala buatkan seseorang itu jadi gila ..
lepaskan orang yang bukan pilihan kita
gua tetap sayang dia
cinta dia
suka dia
sampai dia dah kawin
sebelum itu
rasa itu mesti terus
sayang dia
cinta dia
suka dia
kita tak tahu apa jadi esok
tapi bila dia dah kawin
cukuplah tunggu dia
walau tetap sayang
tetap cinta
tetap suka
'dalam hidup seorang lelaki,ada seorang perempuan yang pastinya tidak pernah dapat dia miliki'
kan..kan...
kena berpijak pada bumi yang nyata, menyintai tidak semestinya dibalas dengan cinta. Tiada rezekilah tu
lagipun..
biar aku suka-chenta-sayang tapi tidak memiliki dia
dari
aku memilikinya tapi suka-chenta-sayang dia bukan untuk aku
kene ats batang idung..dapat lak bila di beri jnji n harapan mengunung..lagi rasa sakit...haihhh...
Dia mencintai org lain setelah berputus asa utk mendapatkan cinta sy. tapi napa sy rasa salah satu organ penting dlm diri sy rasa sakit sgt. xpelah..kebahagian dia kebahagian sy jugak
zara - x tpu..sungguh aku terasa..lagi2 part "dia jatuh sakit selsema"
kak zara, i love love love this. (;
aku bukan pilihan dia dan keluarga dia lagi. dia dah ada pilihan baru. tiap masa aku dok risaukan dia. rindu dia. sayang dia. tapi dia tetap tak boleh bersama aku. tapi aku tau, dia pun masih sayang aku jugak. full stop. :')
mmg aku la y xdiperlukan.. ):
terkaku terdiam tersentap!
terasa dan tersentap sebab pernah terjadi.. but life must move on rite.. its happenning now!! ta perlu igt pada dia yg ta igt pada kita..
mmg terasa abis laa ..dy da ade org baru , tp dy ckp dy syg lg kt aku, tp mustahil kn tok dy kembali kt aku
berhenti buang masa adalah pilihan terbaik..
jgn terlebih syg, nnti cinta gila
awak oh awak..kenapa awak jadi awak..lebih baik jadi saya..
puisi ini seolah2 menggambarkan apa yg pernah jadi kat sy. sy syg dia, n dia pn sama. then dia berubah. dia kejar girl lain, tp sy tetap tggu dia kat sini. dia susah ht mak dia sakit, sy teman dia depan webcam skype sampai pagi. esoknya bila tau mak dah sehat, dia tinggalkan sy, bermesra dgn girl lain. & skg dia dh ada awek, dia tanya kwn sy, sy xnak kawan ngn dia dah ke. sy cakap kat kawan, suh dia cermin dulu perangai dia.
zara, nk copy boleh? serius sama macam dunia sebelah saya.
cinta itu memang sulit :)
so truuuuuueeeeeeee
Post a Comment