Salam semua.
Sekarang semua lepasan SPM yang menerima tawaran untuk menghadiri temuduga sibuk mencari maklumat bagi membuat persediaan duduk berdepan dengan siri soalan yang menimbun serta mungkin sedikit menakutkan, walaupun sebenarnya tidak ada apa yang perlu ditakutkan. Jawapan semua dah boleh dibaca, tapi soalan apa yang akan ditanya sahaja yang tidak akan diketahui sehinggalah duduk di kerusi panas itu kan?
Ketawa.
Kerjaya.
Setiap orang mengimpikan kerjaya pilihan masing-masing. Tipulah kalau manusia tiada impian dalam hidup. Tiada hala tuju dan sentiasa mengikut ke mana ara angin bertiup. Kendatipun, benda itu akan membuatkan manusia sedemikian tersentak apabila angin yang bertiup, bayu yang menghembus, terberhenti dan menyebabkan mereka terjatuh ke bawah. Kesakitan itu bahkan akan menyedarkan mereka bahawa manusia tanpa arah hanya akan menjadi penunggang atau penumpang yang tidak diperlukan.
Sakit?
Gambar : Pernahkah kita luangkan sedikit masa, sejenak barangkali untuk memikirkan apa kehendak dan keperluan kita? |
Bila melihatkan ada dikalangan manusia yang aku kenal sedang bertungkus lumus mahu meneruskan pengajian dan memilih bidang yang mereka mahukan, aku ketawa riang melihatkan suatu ketika dahulu aku pernah berhadapan dengan perkara sedemikian. Berbincang kononnya dengan kaunselor (yang mana aku tidak bersetuju langsung), dengan keluarga dan melihat kepada beberapa faktor lain yang membawa kepada siapa aku hari ini.
Siapa yang dapat menyangkal, memenuhi impian dan membuat pilihan berdasarkan apa yang dimahukan adalah yang menjadi kehendak setiap manusia. Kita memilih untuk melunaskan apa yang kita mahukan, maka, semoga diakhirnya kita akan menemui apa yang dipanggil kepuasan. Minat dalam bidang Kimia, dapat belajar tentang Kimia dan menjadi ahli kimia, itu akan menjadi kepuasan dan kegembiraan manusia yang mempunyai minat sedemikian rupa. Tapi bagaimana kalau kemahuan kita mendapat tentangan manusia disekeliling kita? Keluarga contohnya?
Aku adalah anak yang pernah melalui sebahagian daripada itu. Tamat SPM, aku ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan dan mendapatkan khidmat kaunselor seperti yang disyorkan oleh beberapa orang dan berakhir dengan aku buat keputusan mengikut permintaan keluarga. Aneh kan?
Aku : Saya nak ambil pendidikan (masa ni nak isi BPG)
Kaunselor : Tak payahlah.
Aku : Eh, kenapa cikgu?
Kaunselor : Tak payah ambil pendidikan. Dengan keputusan yang awak dapat, membazir jadi cikgu. Ambil benda lain.
Aku : Saya ada isi matrikulasi juga hari tu.
Kaunselor : Kalau dapat UPU atau matrikulasi, pergi sahaja. Tak payah ambil pendidikan. Jadi cikgu, membazirkan masa depan awak sahaja.
Aku : Eh?
Satu pendapat yang aku rasa kurang sesuai. Sampai sekarang aku kalau ternampak kaunselor tersebut, aku akan tersenyum sinis dan nipis. Ya, aku sekarang seorang guru dan aku merasakan, hidup aku lebih baik daripada apa yang sepatutnya. Seorang guru bahkan patut memartabatkan profesion keguruan, tetapi dengan ayat yang pernah dia lontarkan pada tahun 2004, aku ternyata merasakan aneh, masih ada manusia yang sedemikian rupa. Ah, mungkinlah masa itu pendapat dia masih kurang matang.
Ya, aku cuba positifkan diri.
Eh?
Masuk ke matrikulasi dan menjalani kehidupan di sana. Bila hampir ke penghujungnya, tiba masa untuk menentukan hala tuju kerjaya. Sebagai budak yang entah kenapa tersampuk dengan kehebatan UTM sejak daripada Tingkatan 5, aku menetapkan, aku mesti mengambil bidang kejuruteraan di sana. Tidak kira, aku mesti mengabulkan impian aku masuk ke UTM. Tapi ternyata, Bonda lebih mahukan aku menjadi pendidik dengan sasaran, perempuan yang mengambil kejuruteraan akan sukar bersaing dalam pasaran kerja, lebih-lebih lagi yang aku mahukan adalah kejuruteraan kimia gas dan petroleum. Perbualan antara aku dan Bonda boleh dilihat di sini. Ala, masa Abah berikan ayat makan dalam pada aku dulu.
Ketawa.
Gambar : Sukar juga mahu mencapai cita-cita. Banyak menempuh onak dan ranjau kan? Eh! |
Melihatkan apa yang aku lalui, aku ketawa besar apabila ada orang yang menjadikan sasaran impian menggunung sebagai salah satu sebab mahu mengikuti jurusan yang mereka mahukan. Ya, itu ketawa ikhlas sebab mereka tahu dan berjaya memburu apa yang mereka mahukan dalam hidup. Yang mahu menjadi doktor, mengambil jurusan perubatan dan kini kalau mahu bertemu mereka, haruslah ke hospital disebabkan kekangan waktu untuk berjumpa dan sebagainya. Kawan-kawan lain yang berjaya mencapai apa mereka mahukan juga ada.
Senyum.
Cuma, ada juga yang tidak dapat apa yang mereka mahukan. Atas dasar pasaran kerja yang menghimpit, ternyata, jurusan yang mereka ambil dengan membanting nyawa sewaktu di pusat pengajian tidak dapat digunakan. Salah satu pilihan yang ada adalah dengan menyambung pengajian dan cuba mendapatkan yang lebih baik tentunya. Tetapi, akibat pasaran kerja, ada yang terpaksa kerja dengan apa sahaja yang mereka terpaksa dapatkan demi kelangsungan hidup. Ah, bukan aku tak bisa dengar orang kata, "Tak boleh memilih kerja sekarang ni. Asalkan ada kerja dah cukup".
Kan?
Ada sahaja.
Tetapi yang menyakitkan apabila ada orang yang memasuki bidang perguruan sebagai langkah terakhir selepas mereka tidak dapat apa-apa pekerjaan. Kerjaya sebagai guru dipilih sebagai kononnya paling senang mahu mendapatkan pekerjaan dan kerjanya konon mudah. Tiada hati mahu bekerja sebagai seorang guru, tetapi memilih kerjaya ini hanya disebabkan sudah tidak dapat apa yang dimahukan. Kerja hanya disebabkan duit, bukan impian ataupun keinginan mahu mendidik anak bangsa.
Getir.
Sakit melihatkan senario sedemikian berlaku di hadapan mata. Jadi apabila aku lihat perbualan mengenai pemilihan menjadi guru di hadapan mata aku, aku hanya kulum kata-kata dan paparkan senyuman penuh pura-pura di hadapan semua orang.
Budak : Tak nak jadi cikgu.
Orang tua : Jadilah. Senang dapat kerja.
Budak : Jadi cikgu bukan impian saya.
Orang tua : Sekarang bukan kira impian, sekarang pasal kerja.
Budak : Kawan-kawan lain semua ambil akaun, ekonomi, perniagaan, kejuruteraan.
Orang tua : Jangan degil. Nanti habis belajar tiada kerja.
Budak : Jadi cikgu nanti terkongkong.
Orang tua : Kenapa?
Budak : Jadi cikgu semua tak boleh buat. Jadi skema.
Orang tua : Mana ada?
Budak : Jadi cikgu mana boleh pakai seluar jeans semua.
Orang tua : Itu yang kau fikir?
Apa yang aku fikir?
Tak payahlah jadi cikgu kalau berfikiran jumud begitu.
Noktah.
Nota Kaki :
Ada orang kata aku dah jadi hamba kerja. Macam betul pula sebab aku sekarang bekerja dari Isnin hingga Ahad. Gila kan?
Zara : Belum jumpa apa yang aku mahukan. Tunggu sahaja masa yang sesuai.
23 comments:
zaman sekarang memang banyak persaingan nak cari pekerjaan..
persiapkan diri dengan segala bekalan dari pelbagai aspek untuk menghadapi dunia pekerjaan yang mencabar...cuak pulak baca entri ni..camne la nanti time dah hbs blajar dan nak cari kerja...huhuhu
dulu ingat nak amek IT technition @ lebih tepat lagi bidang dlm animasi...
sebab cita2 dlm bidang IT...
tapi disebabkan kelayakan x mencukupi, terpaksa lupakan niat 2...
apa2 pun, tahniah pada mereka yg dpt kerja dlm bidang yg mereka minat...
^O^
i like your post lord zara...actually kak zara saye skrang tgh tggu tawaran blaja...n memg my first choice la nak jd guru..tp saye nak jd ckg sk ...tipu la if saye ckp sye nak jd guru since dr kecik hikhikhik...saye pun pernah angan2 nak jd dokte,engineer,n bla bla yg sound best sume tue...tp last last menjadi guru tetap pilihan saye...insyaALLAH..n just like u saye giler manyampah ngan makhluk2 tuhan yg anggap kerja guru nie mudah n just sekadar satu peluang cri duit...
aku ada kenalan yang berfikiran begitu. "taknak jadi cikgu, nanti dah kawen susah nak berhenti" i was "what the heck??!!"
aku macam kau. cuma course sahaja berbeza. bercita2 menjadi architect. dan sudah pon menjadi architect. tapi atas desakan ibu dan pensyarah lain, aku kini menjadi pensyarah. walaupun sudah selesa dengan kehidupan begini, tapi architect masih satu impian. dan own an architectural company is my only solution. alhamdulillah, aku dapat kedua2nya. ya, mungkin berkeluarga lambat lagi jika kerjaya menjadi priority.
Saya berminat menjadi guru,bagi saya bukan terpaksa atau kerana gaji yang tinggi.Bagi saya ni no 2 cuma saya ada impian mendidik anak bangsa.
jika ada rezeki saya permohonan degree ke upsi dapat.Insyallah bakal jadi cikgu.
kadang2 terfikir, kenapa belajar subjek yang kita tak suka tetapi kita sebenarnya nk jaadi orang lain.contohnya belajar kejuruteraan tapi hati suka dengan kaunseling.hehehe...kadang2 nak belajar bukan sebab untuk kerjaya, tapi sekadar untuk lulus universiti.hmm...sedih betull..
er, so nak jadi cikgu ke tak ni... ehehehe.. saya suka mengajar kwn2 saya tapi selalu cpt mrh kalau diorg x phm. rasanya saya tak sesuai kot jdi cikgu..kikiki...
sy sekrg bekerja dala bidang yang tak saya minat. bekerja kerana itu kemahiran yg saya ada, kepakaran yang sy ada, ilmu yang ada.
teringin nak buat @kerja apa yg sy minat, apa yg saya nak.
Family akak majoriti cikgu. Mak pernah paksa suruh jadi cikgu tapi ku tak mahuuuuuu! Cikgu tadika mungkin ok. But not for primary school or high school. Teeheehee. :)
kerjaya itu satu tanggungjawab.
nak cari kerjaya biar kene ngan minat, tapi kuasa Allah, kdg2 kita dapat je kerjaya yang kita langsung tak suke.
tapi nak buat cemana kan?
tak kesah apa jenis kerjaya kita dpt, kite kena ingat, nanti apa nak jawab kat tuhan bila Dia tanya psl tanggungjwb kita. so, buat kerja biar elokelok..
:D=
@HAZWAN17
Janganlah cuak.
InsyaALLAH akan ada rezeki untuk kamu~
:)
@takky
Habis tu ambil apa sekarang?
@wan atikie
Tahniah!
Moga yang terbaik jadi milik kamu dear~
;)
@LUNA
pergh!
ada gak perangai gaya begitu?
tak nak jadi kahwin sebab susah nak berhenti?
Pfft~
Baik keputusan dia tak pilih langsung kerjaya begini. Kalau tak, bebankan orang sekeliling dan tahniah pada kamu sayang!
:)
@Yong
Baru nak apply ke?
@z
hahaha~
aku skang ajar subjek yang bukan bidang aku pun~
:)
@niDa
Of course I'm happy to be a teacher.
;)
@Aini
Tahniah buat kamu~
Moga kamu akan dapat memiliki kedua2 nya nanti~
;)
@Nailah Azman
takpe.
kak jadi cikgu pada mok mok eh?
XD
@ms.chicarito
Yup!
Itu betul.
:)
aku masuk bidang perguruan ni pun sebab mak aku..
padahal aku sepatotnya masuk kerja lagi 2 hari..
hala tuju aku di sini mungkin..
jadi cikgu mudah? huhuu.bukan mudah.kerja yg sgt mencabar skrg nih.pernah jadi guru ganti selama 3bulan di sekolah rendah dan sekolah menengah. penat. huhuu.
mampu nampak hala tuju x mengapa.yg x mampu, masa depan kabur macam mana?terpaksalah tunggu qadak dan qadar/pintu yg seterusnya.
Post a Comment