Ketawa.
Kelakar sebenarnya apabila melihatkan diri yang pernah jatuh dan rapuh boleh bangun kembali atas dasar kasih sayang kepada diri. Kasihan melihatkan diri yang tidak akan dijaga oleh makhluk bernama manusia menyebabkan diri menarik dan memungut sisa kekuatan terakhir untuk membina sesuatu yang baru, lebih kental, lebih jitu daripada apa yang didendangkan oleh manusia lain seluruhnya.
Aneh.
Dia merasakan anehnya manusia lain yang tidak tahu tersenyum kepada manusia lain. Masam mencuka sepanjang masa tanpa ada segaris aktiviti otot di wajah, kecuali wajah dan bibir yang melengkung. Tidak kira dengan kedutan di wajah tentunya, berlapis-lapis bagaikan satu manifestasi manusia yang langsung tiada rasa. Dia yang kenal hidup haruslah ceria dan penuh warna duduk mengira satu demi satu garisan di muka manusia yang tidak kenal erti senyuman dan berwajah marah sentiasa.
Bukankah senyuman sesuatu yang berjangkit?
Bila kita senyum dengan orang, orang akan senyum balik dengan kita?
Dia pelik bila terjumpa ramai manusia yang kebal dengan virus senyuman.
Kadangkala rasa mahu menjerit ketakutan.
Eh?
Orang dewasa kadangkala terlampau angkuh.
Mungkin tidak semua, tetapi ramai yang ego dan lebih banyak yang gemar menikam dari belakang. Kita tidak boleh salahkan kanak-kanak yang membenci golongan dewasa yang mempunyai sifat dan sikap sebegini, kerana akuilah, kita pernah melalui zaman kanak-kanak yang sedikit kurang menyenangi tindak tanduk mereka yang lebih tua, walaupun acapkali kita mengulangi kesalahan kecil itu dengan sandaran, ah, aku lagi dewasa, lebih hidup lama, sudah makan banyak garam (yang mengakibatkan kena darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya).
Senyum.

Gambar : Kadangkala orang yang kuat dan gagah di waktu siang adalah orang yang menangis sendirian di atas katil pada waktu malamnya. Ironi? Manusia perlukan ruang untuk diri sendiri. |
Perbualan dengan seorang teman yang pernah berkongsi suka dan duka bersama sepanjang tahun akhir pengajian di kampus selatan menyebabkan diri tertanya-tanya, apa lagi yang manusia mahukan dalam hidup mereka tanpa menyakitkan orang yang pernah memberikan sesuatu dalam hidup mereka. Tidak, bukanlah mahukan penghormatan atau penghargaan, tetapi sekadar ucapan terima kasih sudah cukup barangkali.
Aneh bukan bila orang dewasa tidak pandai mengucapkan terima kasih, tatkala anak kecil berusia 3 tahun tertunduk-tunduk mengucapkan terima kasih walaupun hanya diberikan sebiji gula-gula.
Manusia memang aneh.
Kan?
Orang dewasa kadangkala terlampau angkuh.
Mungkin tidak semua, tetapi ramai yang ego dan lebih banyak yang gemar menikam dari belakang. Kita tidak boleh salahkan kanak-kanak yang membenci golongan dewasa yang mempunyai sifat dan sikap sebegini, kerana akuilah, kita pernah melalui zaman kanak-kanak yang sedikit kurang menyenangi tindak tanduk mereka yang lebih tua, walaupun acapkali kita mengulangi kesalahan kecil itu dengan sandaran, ah, aku lagi dewasa, lebih hidup lama, sudah makan banyak garam (yang mengakibatkan kena darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya).
Senyum.
Kawan : Apa khabar kau?
Aku : Baik. Maaf aku tak balas pesanan kau, aku baru tengok telefon.
Kawan : Tak mengapa.
Aku : Kau kenapa?
Kawan : Kenapa apa?
Aku : Cara kau cakap macam sedih, ayat kau pun macam sedih.
Kawan : Tiada benda.
Aku : Cakaplah.
Kawan : Aku ni jahat sangat ke?
Aku : Eh, kenapa cakap macam tu?
Kawan : Kau rasa aku orang yang macam mana?
Aku : Setakat yang aku kenal kau, kau baik orangnya. Tiada masalah. Kenapa?
Kawan : Kau ingat kawan aku si Z tu?
Aku : Kenapa dengan dia?
Kawan : Dia ada hantar surat mel pada aku, cakap aku macam-macam.
Aku : Eh, kenapa?
Kawan : Benda ni tiada orang tahu sebenarnya. Cuma itulah, lebih kepada peribadi.
Aku : Cakaplah.
Kawan : Dia dah kahwin. Kahwin di Thailand, tanpa pengetahuan keluarga dia. Keluarga dia ingat dia ni bujang lagi, duduk dengan aku. Dia pula tengah mengandung, jadi kalau ada apa-apa, dia memang cakap dengan aku.
Aku : Habis tu?
Kawan : Anak dia yang pertama, bukanlah anak yang sah. Itu bukan masalah dan keluarga dia jaga budak tu. Kalau dia ada masalah, dia datang cari aku. Minta tolong aku. Kalau ada masalah dengan suami ke apa, dia minta tolong aku juga. Aku sekadar tolong apa yang termampu.
Aku : Jadi, kenapa dia nak marah kau?
Kawan : Entahlah. Hari tu aku ada pinjamkan duit sedikit dan entah dia nak terasa apa dengan aku, sampai dia buang aku dari FB. Itu aku tak kisah, tapi bila dia hantar mel marah-marah aku, panggil aku macam-macam, buat aku terfikir, salahkah aku tolong dia selama ni? Aku tak pernah minta balasan pun sebab dia kawan aku. Cuma, aku sedih bila benda begini terjadi.
Aku : Sabarlah. Aku kenal kau, tahu kau macam mana.
Kawan : Aku sedih sangat. Sebenarnya aku kasihan dekat dia, kalau ada apa-apa jadi pada dia, bukan dia ada sesiapa di sini. Keluarga dia pun tak tahu yang dia dah kahwin. Aku takut kalau apa-apa jadi pada dia, dia tak boleh menuntut di mahkamah. Perkahwinan dia tak daftar lagi.
Aku : Kita fikir positif, mungkin dia punya emosi tak stabil. Mengandung kan?
Kawan : Mungkinlah. Takut dia kena pukul dengan suami dia lagi, dah la tengah mengandung.
Aku : Fikir macam ini sahajalah. Dia dah buang kau, satu-satunya orang yang akan tolong dia masa dia susah. Jadi, biarkan sahaja. Dia akan kesal nanti.
Kawan : Sebab?
Aku : Sebab dia dah lepaskan pelindung dia selama ini. Orang yang tolong dia tak kira masa, dia dah buang kau. Jadi, tunggu sahajalah. Dia akan kesal sendiri.
Kawan : Lega aku.
Aku : Sebab?
Kawan : Aku dapat luahkan pada orang. Aku ni, kena ada orang yakinkan, baru boleh nak tetapkan fikiran aku. Maaf ganggu kau.
Aku : Takpe. Aku tak kisah. Aku tak nak kau sedih. Tak nak kau rasa terganggu sebab aku kenal kau siapa.
Kawan : Terima kasih.
Sebenarnya ada beberapa perkara yang terpaksa ditapis dan tentunya aku menulis atas kebenaran kawan tersebut. Tidak pernah aku dengar kawan yang baik itu menyatakan, "biarlah kita tolong orang mana yang perlu. Susah kalau kita bersungguh menolong, sampai satu masa, dia buang kita dan marah kita balik. Macam melepaskan anjing tersepit, dia bebas, dia gigit kita semula".
Nah, sudah marah kawan itu.
Gambar : Kadangkala kita jaga, kita belai, kita tatang, berikan kasih sayang yang sepenuhnya, tetapi akhirnya apa yang kita curahkan memakan diri kita semula. Anehnya manusia. Sudah kalah haiwan pula. |
Sisi gelap seorang manusia.
Entah sejak bila ada manusia yang mahu kembali kepada diri dia yang lama. Melalui kehidupan dengan identiti yang baru serta gaya yang baru agak menyesakkan fikiran dia. Benci dengan suasana yang menghimpit, manusia itu pernah terfikir untuk menamatkan riwayat hidupnya suatu masa dahulu. Tidak. Yang selalu menganggu fikiran dan pertimbangan wajar dia bukan manusia lain, selalunya manusia yang dia sendiri sayangi, yang dia hormati dan kasihi.
Tersepit.
Sakit.
Perit.
Menghimpit.
Jerit.
Manusia itu selalunya ketawa dengan gembira dan ukir senyuman bahagia setiap kali lensa menghala ke arahnya. Tidak pernah masalah ataupun garisan wajahnya menunjukkan duka. Tidak ada. Kalaupun terakam dek kelajuan cahaya, mungkin wajah cemberut sahaja yang pernah kelihatan. Itupun disebabkan kedukaan sepintas lalu yang tidak berjaya disembunyikan. Sekejap, jangan khuatir, dia masih ingat dengan janji Tuhan.
Sempurnakan empat perkara tuan dan puan.
Dimandikan.
Dikafankan.
Disolatkan.
Dikebumikan.
Itu yang disematkan.
Dalam fikiran.

Nota Kaki :
Diam dan hela nafas panjang. Ini bukan kali pertama. Sudah banyak kali manusia itu diuji. Dia masih percaya dengan kata-kata bahawa manusia tidak akan diuji dengan satu perkara yang tidak mampu ditanggungnya. Dia lihat diri dia masih kuat, masih mampu bertahan walaupun tanpa makanan. Ralat jiwa kerana hujung minggu dihabiskan dengan hati yang lara. Kesakitan yang menghimpit marga, dan dia tahu usaha menolak akan jadi sia-sia dan penuh celaka.
Zara : Aku manusia beku yang seringkali senyum tidak mengira dengan siapa. Mungkin aku sudah terbiasa dengan konsep, senyum dengan sesiapa sahaja dan aku biasanya menambah kenalan di mana-mana dengan dimulakan oleh senyuman. Ah, memang di saat ini aku merasakan dengan senyuman, aku lebih kuat untuk menghadapi apa sahaja. Ya, semuanya baik apabila aku senyum dan merelakan apa yang terjadi.
9 comments:
ape yg saye fikir la nie...
emel & FB girl 2 mungkin telah dicerobohi oleh org yg iri hati dgn persahabatan mereka...
2 je...
pape pun harap hubungan mereka kembali baik seperti dahulu...
aminnn...
manusia kadang-kadang baru nak tersedar bila dah kehilangan.
mungkin nanti bila dia susah, baru dia nak sedar dia dah kehilangan seorang kawayg sebenarbenar nya kawan ;D
satu.
bila baca tajuk langsung terfikir "urm, cikgu ni entah berapa kali dapat terima kasih drp anak murid satu hari masih bertajuk begini."
dua.
bagus la kawan kau tuh. meh kawan dengan aku. kalau kawan buang dia dari fb, meh aku add dia kat fb aku. cakap dengan kawan kau, orang yang bodoh kahwin lari tentu tidak teragak-agak bertindak bodoh membuang kawan sejati. buang masa je membimbangi kawan yang tidak kenal erti syukur.
wah.. blog berwajah baru. suka!!! simple dan cantik!
lelaki jarang mahu berterima kasih.
Selalunya begitu kak zara..
kita yg membantu dengan ikhlas, tidak akan mengharapkan balasan.
Cukup sekadar ungkapan terima kasih, sudah buat titik peluh dan bantuan itu dihargai.
Dalam Islam pun ada mengajar tentang ini (al-Mukafaah = erti berterima kasih)
Hanya orang yang tidak kenal erti sahabat, sanggup buat begini, menggunakan teman hanya di kala sukar.
terima kasih atas perkongsian :)
Saya pernah dapat kawan macam ni. Die ade cakap tima kasih tapi cara cakap macam takde erti je. bukan dari hati. Ikutkan saya tolong dah abis kudrat tolong. Tapi balasannya, kami dah x kwn dah sekarang.
huhu! Sedih bila terfikirkan pasal tu.
zara:
manusia selalu yer begitu.. jarang kita lihat mereka berterima kasih...:(
thanks darling...
nice writing n slps mlm tu aku da ok...
tkasih lagi sekali sbb yakinkan aku...
ramai orang cmtu , bila sedih susah dicari , kemudian lupa diri , kawan yang penah menolong dibuang begitu sahaja .
tapi seakan tidak mengerti , mengapa sukarnya manusia untuk menghargai orang lain . bukan mahu balasan tetapi mahu dihargai itu lebih penting
Post a Comment