Friday, April 29, 2011

Kadangkala Perlu Walaupun Sakit.


Senyum.
Bertalu-talu pesanan masuk mendendangkan satu tujuan - duit dan duit serta duit. Manusia aneh yang berkiblatkan duit entah sejak bila mula menjalinkan benang takdir watikah hidup dalam garapan pelik bagaikan mahu menjerat menemankan ke neraka. Cuba dijauhi dan sudah dibisikkan bahawa duit bukan segalanya, tetapi bahkan manusia demikian ternyata degil dan lebih mahu mendengar kata sendiri. Aneh, kedegilan berkadar langsung dengan sifat mazmumah dalam diri bagi makhluk-makhluk yang semakin banyak bergelendangan.
Celaka.

Itu cerita lain.
Sebahagian daripada fragmen hidup yang bercantum-cantum, berpecah mahu membentuk apa itu kehidupan. Kehidupan yang penuh warna hingga kecelakaan sudah hampir memusnahkan kebahagiaan. Mungkinlah juga. Tiada siapa mahu mencampurkan fragmen hidup mereka walaupun itu semua menjadikan mereka lebih manusia. 

http://farm6.static.flickr.com/5138/5419094694_200b3846ee.jpg
Gambar : Maaf mungkin suatu tanda kelemahan, tetapi punya keberanian untuk menghadapi seseorang dan menyatakan maaf adalah satu kekuatan.

Hujan sepanjang malam.
Hujan berlarutan hingga pagi.
Hujan mengiringi dia ke tempat kerja.
Hujan adalah cuaca yang aku sukai.
Bahagia dan kesejukkan yang dibawa untuk menari.
Dan dia manusia yang sukakan ulitan kasih sayang begitu.
Kadangkala tubuh tidak mengerti jiwa yang kita salurkan. Semangat yang kita terapkan di dalam diri terbuai begitu sahaja sedangkan hati meronta mahukan sesuatu yang lebih dari sekadar apa yang terhidang dan tersedia. Kesakitan diketepikan demi mencari kebahagiaan diri. Tetapi mampukah tubuh mengikut apa yang kita semaikan di dalam marga?

Perlip yang pernah singgah hanya sekilas cuma. Demi kebaikan yang lebih utama, keburukan dipuruk di dalam lembayung dan tidak mahu lagi digembur demi diri yang semakin dewasa. Mulut-mulut yang terbuka bertanya tentang kewujudan manusia selepas pertama diabaikan begitu sahaja. Kalau yang kedua atau ketiga  hatta berapa jumlahnya wujud, biarlah dilipat kemas di dalam sejarah disebabkan kebaikan yang diberikan terlampau hingga membuatkan diri rasa terhina setiap kali diari terbuka.

Anak itu masih anak yang lemah.
Tanah yang dipijak masih lagi merah.
Jalan yang dilalui masih belum habis ditarah.
Pokok yang digantung harapan, kuat dan harapnya tidak patah.
Tapi adakah dunia ini mahukan manusia seperti dia?
Ada tempat untuk dia, si insan hina?
Matahari pagi mula memancarkan cahaya.
Langit yang cerah direnung hingga kepulan awan rasa manis bicara.
Manisan yang ditelan sudah tawar rasa.
Diam.
Enggan atur kata.

http://farm6.static.flickr.com/5095/5418492525_2b1a1e156e.jpg
Gambar : Kalau sesuatu atau seseorang itu layak dimiliki, maka seharusnya ia layak untuk ditunggu.

Dia menjadi semakin rengsa dalam menentukan sebuah ceritera.
Menelusuri sebuah karya.
Tapi yang dilihat hanya sebuah picisan hamba.
Hampa.

Dan dia seperti selalu, menghabiskan nyawa di atas ranjang merah.
Melihat ke mana dia akan diarah.
Senyuman tidak menyimpan amarah.
Kerana manusia itu sudah belajar untuk pasrah.
Tangan memegang amanah.
Hati dialuri darah.

Baru kali ini dia menikmati sesuatu yang disalut cinta lebih pada diri sendiri.
Bukan penghuni kehijauan sofa.
Bukan penggigit biskut bahagia.
Bukan penjilat kek cawan merah.
Tapi wujudnya jasad seorang manusia.
Manusia dingin seperti dia.

Kehidupan yang sepi sudah menemui lohong hitam.
Dia jengah ke dalam.
Ada rasa perasaan kelam.
Sejujurnya dia mahu melangkah dan merendam.
Tinggalkan cahaya yang semakin padam.
Menuju ke lohong hitam.
Bibir mengatup geram.

Selamat jalan hati.
Selamat tinggal jiwa yang mengkhianati.
Dia ini hanya manusia beku yang sepi.
Renggutan tangan berkuasa heret dia menjauhi.
Dia tidak akan mengogoi seorang lagi.
Sebab dia kini mati.
Mati dalam erti kata tiada lagi ruang untuk manusia celaka.
Sebab dia kini sudah tahu bagaimana untuk hapuskan segala rasa duka.
Senyum sahaja.
Nota Kaki :
Sudah pulang ke Teratak Keluarga.

Zara : Memulakan pekerjaan semula di kawasan yang disukai dengan pertambahan ilmu semula. Alhamdulillah. Terima kasih semua.

16 comments:

joegrimjow said...

ayattttt
joe klu buat camni, mau kram otak fikir bahasa cantik camni
=)

Amni said...

aku suka ko buat entri mcm gini... aku dah lama tak menulis puisi.. puisi keras sikit... untuk hati aku.. =)

p/s : rindu ko!

Cik Bambam said...

hidup di dunia memang tak akan lari dengan duit.. :)

kena fikirkan juga kan..

takky said...

miss ur entry kak z....
btw, don't be upset...
please be happy...

HEMY said...

best bahasa dan perkataan yg ko gunakan..memuah

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@joegrimjow

Masih belum boleh lawan kelantangan kamu Joe :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Amni

ha ha ha.
ni tulisan awal pagi.
penuh dengan entah apa-apa sahaja.

P/S : rindu kau juga :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@b a m b a m ' s

Tapi rasanya tak perlulah bertuhankan duit kan?

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@takky

Hey hey hey.
I'm good man.

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@HEMY

Wee.
Aku rindu kau bro.
Sungguh.

Memuah!

wanita mutalib said...

betul.
duit mungkin sesuatu namun bukan segala.

adik manisssss.
terbaeeekkk :)

Ami Manaf said...

sangat suka penulisan zara... i wish i can write like that... kalau setakat penulisan merapu tu bolehlah...

Miss Meen said...

Uh !!! dalamnya kata kata
Hihihi kena fikirkan neyh
Tersurat Tersirat hihi
Ayat !! tip t0op ^_^

MysLykeMeeh said...

Hey Zara...I love your blog. There's an English translation and I understand each and every words.

You wrote vivid reflections of life in this modern corrupt world.

freewriting said...

salam zara...itulah reality kehidupan..bait2 bahasa yg indah tp masih penuh dgn makna2 yg t'sirat..suka sgt....

Melda Mohd said...

Semoga masih teguh berdiri
walau terpijak ranting berduri.

Semoga masih cekal berlari
walau tangan bagai digari.

*Chup chup*