Macam puding karamel hangus.
Berbelang tapi tak cantik walaupun jalurannya kelihatan sempurna. Cantik ikut bentuk tudung yang aku pakai. Cantik betul bila tengok warna kulit sudah dapat mengalahkan warga asal Trinidad dan Tobago. Kalah artis macam Rihanna tahu? Bila nak hilang agaknya, tapi memandangkan murid-murid aku dah biasa lihat aku bertukar warna beberapa bulan sekali, mungkin tidak akan berapa terkejut. Mungkinlah.
Senyum pahit.
Ada masin sedikit.
Gambar : Angkat gelas tinggi-tinggi dan nikmati hidup sambil menikmati pemandangan indah. Oh, dua benda di sebelah kanan itu aku ada. (sambil angkat-angkat kening) |
Sudah empat malam memang aku terbongkang tanpa dapat bertahan lebih setengah jam di hadapan Sean. Jadi kalau aku terjaga awal disebabkan apabila otot dan urat aku terjejas (pagi ini bertambah dengan tekak pula), tidur aku memang tidak lena. Kepala melayang dan entah bagaimana, beberapa panggilan telefon dijawab dengan mamai. Bangun pagi dan berderet pesanan ringkas di telefon yang lucu masuk. Ya, aku memang merapu apabila mamai. Maaf.
Cuma, pagi tadi, panggilan telefon yang aku terima selepas ejaan di Twitter aku semakin merapu, membuatkan aku jaga sepenuhnya. Dari seorang kawan lama yang aku kenal baik budinya. Memang dari dulu aku panggil dia Unni sebagai tanda hormat aku pada dia.
Unni : Tidur semula ke?
Aku : Dah lama bangun. Cuma mamai sebab sakit. Apa khabar Unni?
Unni : Tak berapa nak baik. Rancangan tak berjalan lancar.
Aku : Rancangan mana Unni?
Unni : Nak bertunang masa cuti sekolah nanti.
Aku : Kenapa pula Unni?
Unni : Entah kenapa keluarga tak beri. Sebelum ni kawan boleh sahaja. Bila nak serius begini, tiba-tiba kata tak boleh.
Aku : Bukan sejak dulu tiada masalah ke Unni?
Unni : Itulah. Tiba-tiba keluarga kata nak bakal suami lulusan sama macam Unni.
Aku : Sarjana (baca : Masters) juga?
Unni : Itulah. Abang kamu tu kan cuma diploma.
Aku : Unni pula macam mana?
Unni : Sijil ke diploma semua tu bukan satu masalah. Lagipun dia dah lama kerja, pendapatan dah stabil, rumah ada, kereta ada. Sekarang ni pun dia sedang sambung belajar lagi.
Aku : Bagus apa sedang sambung belajar kan?
Unni : Itulah. Dah cakap juga pada keluarga, tapi entah kenapa mereka berkeras tak nak bagi juga. Unni siap cakap, kalau nak suruh kahwin lepas dia habis belajar juga pun Unni boleh tunggu. Tapi keluarga kata tak nak. Umur Unni bukannya muda lagi, dah nak masuk 30 tahun depan. Abang pun dah 30 tahun ni.
Aku : Cubalah cakap baik-baik Unni.
Unni : Dah lama kawan, dah kenal sangat. Keluarga pun dah kenal.
Aku : Entah-entah ada calon pilihan keluarga Unni tak?
Unni : Hish. Tak nak. Lagipun bukan keluarga tak tahu yang Unni kawan dengan Abang sejak diploma dulu.
Aku : Manalah tahu kan?
Unni : Dah tak tahu nak cakap apa. Unni asyik menangis. Tiba-tiba teringat kamu, tu yang telefon.
Aku : Janganlah menangis Unni.
Unni : Dengan kamu lagilah Unni tak boleh menangis. Sebab Unni tahu, kamu akan menangis bila ada orang lain menangis. Kalau tak, hati kental. Tahan macam batu.
Aku : (ketawa) Pernah menangis juga Unni. Tak adalah batu sangat.
Unni : Menangis mesti sebab tak tahan marah, bukan sedih kan?
Aku : (ketawa) Unni memang pandai.
Unni : Ini pun Unni dah tangguh nak sambung belajar lagi.
Aku : Nak pergi sambung PhD pula?
Unni : Ya. Sebab Unni nak fokus pada kerja dulu. PhD kalau buat pun secara sambilan.
Aku : Sebab itu keluarga tak beri agaknya. Sebab nak suruh Unni habiskan belajar.
Unni : Bukan. Sebab Unni dah tanya, tapi mereka kata itu bukan sebabnya. Lagipun selama ini pun, mereka suruh Unni lebihkan tumpuan pada kerja.
Aku : Pelik betul.
Unni : Kalau kamu rasa begitu, Unni lagilah.
Aku : Banyakkan doa ya Unni? Pujuklah lagi.
Unni : Itulah yang Unni buat. Cuma Unni dah berhenti pujuk. Unni nak berikan mereka masa.
Aku : Bagus juga. Mungkin ada sesuatu yang menganggu mereka. Jadi dengan berikan mereka masa, mereka akan buat keputusan yang bagus untuk Unni dan Abang.
Unni : Harapnyalah. Kalau tak, memang menangis tak berlagu nanti.
Aku : Letaklah lagu Unni.
Unni : Budak kecil ni, babap karang.
Aku : (ketawa)
Gambar : Kadangkala apa yang kita mahukan sebenarnya tidak dapat dipenuhi. Salahkah menunggu seketika dengan harapan bahagia akan menyuluh di hadapan mata setelah lama berusaha? |
Kalau sebelum ini, MD yang tidak mahu sambung belajar kerana cinta, tetapi Unni adalah yang sebaliknya. Ah, semakin lama sekeping sijil yang dinamakan sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah semakin dipandang darjat dan nilainya. Moga-moga ia tidak akan dijadikan salah satu benda yang diperlukan di dalam dulang hantaran seseorang. Kalau sampai tahap begitu, betapa kita dibutakan oleh kehidupan duniawi walaupun harus diakui taraf akademik juga penting tetapi janganlah sehingga mengorbankan diri sendiri.
Buat keluarga Unni, makcik dan pakcik yang saya kenali menerusi cerita Unni adalah keluarga terbaik dan hidup secara sederhana. Dengan harapan, halangan makcik dan pakcik kepada Unni adalah disebabkan oleh sebab yang betul-betul kukuh, kerana jika ia semata-mata disebabkan taraf pendidikan teman lelaki Unni, saya sungguh terkejut melihatkan perubahan mendadak manusia yang Unni sanjung sepenuh jiwa.
Pakcik, makcik.
Saya tak layak minta apa-apa. Cuma, saya mahu lihat Unni bahagia. Dia antara orang terbaik yang saya pernah kenal dan jumpa di atas dunia. Unni juga membuka mata saya bila seseorang lari jauh atas sebab jiwanya terbelah dua, saya harus duduk diam dan jadi diri sendiri dengan lebih bangga.
Nota Kaki :
1. Kesakitan sudah kembali menjamah tubuh aku.
2. Senyuman semakin meluas dengan gembira disebabkan momentum menulis sudah kembali semula.
3. Pencapaian kami di MSSD juga bertambah baik tahun ini.
Zara : Sendirian bukan bermaksud yang kita tidak cukup bagus untuk sesiapa, cuma belum ada sesiapa yang cukup bagus untuk kita setakat ini. Mungkinlah. Sebab kadangkala dalam proses kita menghargai seseorang, kita sebenarnya terlupa untuk menghargai diri sendiri dan tidak menyedari bahawa diri sendiri juga adalah istimewa.
Menulis sesuatu di Tumblr dan blog cinta pertama juga hari ini.
10 comments:
masih byk benda yg saya perlu belajar dalam dunia nie...
sometimes i have 2 build some brick around heart to make sure i not stress with the reality...
stupid decision rite?? ^o^
btw, kak zara ade termos bentuk lensa kamera 2?!!
jelez3...mesti bro silver yg bagi kan?...
omedeto...>o<
zara,
saya mendoakan sahabat awak itu segera direstui cinta mereka..
saya pernah rasa pedih tidak direstui. dan utk kesekian kali saya sendiri takut atau bimbang .. kiranya calon kali ini juga tidak diterima oleh mereka :/
tp saya percaya pada takdir..
macam kata zara,
'Kadangkala apa yang kita mahukan sebenarnya tidak dapat dipenuhi. Salahkah menunggu seketika dengan harapan bahagia akan menyuluh di hadapan mata setelah lama berusaha?'
kenapa mesti begitu? sijil, diploma, ijazah, sarjana dan phD tu cuma pelajaran sahaja. kalau takde sarjana tak boleh bagi anak orang makan ke? come on lah. saya pun mengalami situasi yang sama. T.T
@takky
Not a stupid decision tho.
Tak salah cuma kadangkala kita kena buka hati kita untuk sesuatu, untuk seseorang sebab kita tak tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri kan?
:)
Eh.
Bukan bro silver. Tak tahu mana dia sekarang. :'(
@Mrs.Sheikh
Dear.
Moga yang terbaik milik kamu juga.
Kadangkala kita berusaha sedaya upaya juga tak dapat, mungkin sudah ditakdirkan bukan milik kita.
Cuma, kalau masih ada ruang dan peluang, apa salahnya menunggu seketika cuma kan?
:)
untuk Unni *rasenye sy kne pggl Noona*: berdoalah kepada Allah minta dilembutkan hati kedua ibu dan bapa..sesungguhnya Dia lah pendengar yang paling setia..dan InsyaAllah dengan keikhlasan hati Unni *Noona*, Dia akan tunjukkan jalan yang seluas-luas jalan..~:)
kak zara: MSSD dpt placing ke brape?? :D
kdg2 nak merealisasikan sesuatu yg baik pun susah kan?
harap2 unni tu dapat lembutkan hati family utk terima pilihan hati dia ;)
Bg saya, memang ukuran pendidikan itu penting utk melihat apa dia akan jadi, tapi tak semestinya nilai sijil itu akan sama seperti diarapkan oleh kita..
Katakan dia pemegang sarjana, ya mungkin dia akan keja lbh elok, tapi blh jd tidak, jika dia keja elok, gaji tinggi, tapi dia tak pandai nak kawal kewangan, tak bertanggungjawab tentang keluarga, tak berusaha dgn baik utk kehidupan dunia dan akhirat.. Rasanya nilai dia sama jg dgn org yang pegang sijil diploma, yang lbh bertanggungjawab dan pandai mengawal kehidupan..
Ntahla bg saya saya lihat seseorang itu utk jangka masa panjang, kekuatan dia utk hidup berdua dgn org yang tersayang dan membina keluarga.
Apapun kebahagian,kekayaan datangnya dari Allah refer script ahmad albab p.ramlee tu hehe..
mudahmudahan terbuka hati kedua ibubapanya..AMIN
aku ingat termos kau tunjuk tu
Post a Comment