Monday, April 25, 2011

Kalau Kau Tak Bergerak, Kau Akan Tetap Di Situ.


Salam.
Ah, masih belum habis lagi ke dengan penulisan 10 Ciri Kononnya Perempuan Terakhir Dunia? Anehnya, menimbun penulisan lelaki yang mengutuk perempuan di luar sana, tulisan aku juga dihentam kononnya perempuan pun kutuk perempuan. Ala, comelnya. Perempuan kena sokong perempuan sahaja ya? Perempuan mestilah menghentam lelaki? Begitu?
Ketawa.

Lelaki mengutuk perempuan, kau kata biarkan sebab itu sifat semulajadi mereka.
Perempuan mengusik sedikit perempuan, melenting kau ya?
Aneh amat tahu?
Angkat-angkat kening.

Ceh! Kau yang sedang diskriminasi sekarang ini dan kau kata penulisan aku penuh dengan sampah. Tidak mengapa, sampah yang kau baca sudah melekatkan bau pada kau. Sebab itu kau rasa marah yang amat bila baca kan? Ala, mengaku sahajalah. Kalau mengaku, awak comel. Betul.
Ketawa.

Gambar : Alamak! Ada salah cakap sampai ada orang terasa ke? Maaf ya? Awak jangan merajuk, jangan nak emo lebih. Nanti kalau muka awak berkedut siapa susah? Awak juga tahu? Saya tak tolong bayar Botox dan pembedahan plastik semua tu.

Dan ya, aku sebenarnya ketawa besar membaca satu komentar daripada seorang manusia tanpa nama di satu blog yang mengutarakan pendapatnya yang langsung tidak matang tentang isu yang aku ketengahkan. Aku tak salahkan orang yang membalas balik tulisan aku, dia pun punya pendapat yang mahu dikongsi, tetapi ada satu komentar lain tanpa nama (baca : anonymous) amat menggelikan hati.

Komentar yang dia nyatakan pastilah menjadi bahan ketawa penulis-penulis blog yang selama ini sinikal dalam menulis, cuma mungkin dia baru membaca di blog-blog berkenaan. Sudah lama ya untuk pengetahuan saudara atau saudari tersebut, bahawa penulisan berbaur sinikal serta sarkastik diamalkan oleh penulis blog di Malaysia. Cuma kalau saudara atau saudari lebih banyak membaca blog yang tidak mempunyai genre seperti dinyatakan, janganlah sampai terkejut dan menuduh ramai pula yang mahu jadi sinikal secara tiba-tiba.
Ini bukan tiba-tiba.
Dah lama.
Ketawa sinis.

Pemutusnya, setelah menghadiri majlis perkahwinan seorang kawan lama dan pertemuan yang dijanjikan bersama seorang kenalan maya tidak berkesempatan atas kesilapan teknikal teknologi, maka aku duduk melunaskan tugasan seperti yang diminta oleh Puan Mulia sambil menulis di Twitter. Ya, di situ medan berbahasa dengan penulis blog lain serta sesiapa sahaja yang menegur aku. Telefon genggam berbunyi mengalunkan lagu, terus aku capai tanpa melihat nama pemanggil. Sudah menjadi kebiasaan sebab boleh dibilang siapa sahaja yang membuat panggilan pada manusia beku ini.

Kawan : Sibuk?
Aku : Sedang menaip kerja untuk Puan Mulia.
Kawan : Nak pinjam masa kau boleh?
Aku : Pinjam kena pulangkan balik.
Kawan : Dengan aku berkira ke?
Aku : (ketawa) Sebab kau kata pinjam. Pinjam kena pulang. Kalau mahu aku luangkan masa, langsung tiada bayaran.
Kawan : Ya, luangkan masa boleh?
Aku : Boleh. Ada apa mahu dikongsi?
Kawan : Aku langsung tidak boleh bergerak dan tinggalkan kisah lama.
Aku : Maksudnya?
Kawan : Sejarah silam terlampau menghantui aku. Mengekori aku dan aku tak boleh lepaskan bayang-bayang kewujudan kekasih aku dari dalam diri.
Aku : Kan dah lama? Masa untuk kau bergerak ke hadapan dan tinggalkan semua benda yang menyakitkan.
Kawan : Dia kadangkala hubungi aku. Kalau dia perlukan orang untuk berbual, dia akan cari aku. Dengan aku sahajalah dia meluahkan segalanya, menangis kalau dia terlalu penat dengan hidup dia dan sebagainya. Macam mana aku nak lupakan dia?
Aku : Kalau ada jodoh kau lagi dengan dia?
Kawan : Malangnya kelihatan mustahil. Dia dah ada teman lelaki lain. Aku dah bukan sesiapa lagi.
Aku : Tetapi kenapa dia cari kau lagi?
Kawan : Itulah. Aku pun tak tahu. Bila aku tanya dia, dia kata dia pun tak tahu. Cuma mungkin dah terbiasa buat begitu dahulu, dia tetap teruskan walaupun dia dah ada teman lelaki lain.
Aku : Tak adil untuk teman lelaki dia aku rasa.
Kawan : Tapi bukan aku yang cari dia. Dia cari aku.
Aku : Kau ada lagi perasaan pada dia?
Kawan : Tipulah kalau aku kata tiada. Dia cinta pertama aku dan bukan sebab dia cinta pertama sahaja, bahkan dia dah lama bersama aku sebelum ini.
Aku : Kau kena bergerak. Ni kau tetap di tempat yang sama, mengabadikan rasa cinta kau pada dia, padahal dia bukan bersama kau lagi. Janganlah buang masa, banyak lagi benda yang boleh kau kejar.
Kawan : Aku tahu, cuma aku tak boleh buang dia dari hati aku. Dia sentiasa muncul kalau dia perlukan aku.
Aku : Dia muncul bila kau perlukan dia?
Kawan : (diam)
Aku : Kenapa diam?
Kawan : Aku faham kalau dia tak muncul bila aku perlukan dia sebab dia bukan hak aku lagi.
Aku : Kau baik sangat.
Kawan : Bukan baik. Aku pun tak nak terseksa begini cuma aku langsung tak mampu bergerak. Mengingati dia sudah jadi rutin yang aku tak mampu untuk lepaskan.
Aku : Kau boleh. Berusaha lagi.
Kawan : Aku dah mencuba berjuta kali.
Aku : Mungkin perlu mencuba lagi.
Kawan : Kau cuba dua kali pun mahu berhenti kalau kali ketiga tidak berhasil.
Aku : (ketawa) Sebab situasi lain. Itu aku cuma mahu menghubungi kawan aku.
Kawan : Ye ke?
Aku : Ya.
Gambar : Bila melepaskan lebih mudah dan menyenangkan daripada terus berpaut dan mengingati, sudah tiba masanya kau melangkah pergi dan menjauhi. Mungkinkah yang lebih menarik menunggu dalam peluang baru.
Tidak mudah.
Kadangkala manusia perlu belajar untuk melupakan sesuatu perkara yang sudah menjadi kebiasaan apabila tiba saat dan ketika kita memerlukan untuk berbuat demikian. Anehnya ia bukanlah mudah, tetapi kebiasaan itu boleh dibuang dan dilupakan. Sebagai contoh kalau setiap pagi kita bangun setelah mendengar bunyi telefon ataupun pesanan ringkas si dia, bukankah kita boleh menggantikan dengan penggera telefon? Bunyinya tidaklah sama, tetapi bukankah fungsinya serupa? Mengejutkan dari tidur? Nah! Kalau mahu bunyi yang serupa dengan si dia, tetapkan bunyi ataupun lagu yang serupa dengan muzik untuk si dia dulu itu.

Kebiasaan itu tabiat.
Tabiat boleh dibuang, tetapi ia bukanlah bermaksud buang tabiat yang dicurigai oleh orang. Kalau kehadiran dia sentiasa kau rasa dalam setiap helaan nafas dan pergerakan, jadikan ia sebagai satu semangat untuk kau terus hidup. Kalaulah selama bersama dia, kau adalah manusia yang positif, maka, walaupun sudah kehilangan si dia, jadikan bayangannya sebagai salah satu pencetus semangat untuk kau jadi lebih baik daripada keadaan dia ada di sisi.
Boleh?

Tapi, kalau kau masih tegar mahu menunggu sesuatu yang tidak pasti sehingga memakan diri, aku sebagai seorang kawan tidak mampu untuk melihat kau terus tenggelam dalam kenangan dan hidup menyendiri membiarkan kehadiran si dia kau menghantui setiap jejak langkah. Masa hadapan kau masih terlalu cerah dan aku ternyata hanya mampu mendoakan semoga kau akan sedikit berubah daripada terus mengingati si dia tersebut. Bukanlah bermaksud kau buang kenangan bersama, kerana aku pasti mesti ada pernah terselit bahagia, cuma, bahagian yang pahit itu kau lupakan sahaja.

Nota Kaki :
1. Sesiapa yang masih mahu mengundi untuk hari ini, boleh tekan pautan ini.
2. Cuaca tidak menentu dan pastinya tugasan aku memerlukan aku hilang lagi.
3. Oh, jangan jadi pencuri di laman peribadi aku. Pastinya akan ku hidu setiap jejak langkahmu.

Zara : Kadangkala ada yang bertanya, bagaimana manusia boleh menerima semua perkara dengan mudah dan menanganinya. Jawapannya, sebenarnya tidak. Mereka punya topeng yang cukup utuh untuk menyembunyikannya. Apakah kalian dan aku salah seorang daripada manusia tersebut?

28 comments:

oshinz said...

bercinta tak pernah mudah. ada saja perkara yang membuat kepala jadi pusing. haha.

Nailah Azman said...

Teruskan menulis Zara!
Budak tak matang memang akan memberikan reaksi sebegitu.
Baru sikit tu.
Lain kali, Zara kena tulis paling sarkastik!
Biar dia tahu.

Anonymous said...

haish.. dah vote rupanya.. takpe, esok ada lagi... hihihih

Anonymous said...

kadang-kadang aku rasa, orang itu sendiri yang bias kepada jantinanya.pandang ditegur oleh sejantina yang sama. payah jugakan kalau penulisan itu memanggangnya sehingga masak ranum.

maksurozana said...

hmmmm. tersentak tapi lepas tu tersenyum.

Arm_mj said...

nice..=) tidak mudah melupakan..sandarkan rindu pada Tuhan..kerana suara hati hanya Tuhan bisa menjawabnya..

Anonymous said...

perlukah kita menegur dengan nada yang sangat sinikal dan sangat sakarsti... ye mungkin ini budaya melayu... =)
tipu tak terasa... biasa lah... perempuan... emotional sikit...
tapi tu la.... setiap pendapat adalah pendapat... tipu lah kalau cik zara pun x tersa... coz, if not, tak kan buat entry secare tak lansung for the unknown girl kan... dan2... ape yang di kata kan di blog itu adalah, bukan dia tak kesah lelaki kutuk perempuan... tapi kalau, sumua nak kutuk perempuan payah lah kan... ^^ bukan bersikap bias terhadap sesiapa... but, what u feel when someone being just the way u are... for example, korang suke buat entry yang sakarstik,dan orang kutuk entry kau tu... marah bukan? =) as a conclussion, tak payah lah nak kutuk2 orang... and if u are really a senior in this matter,(blogging)
tty, be someone that a junior could follow... ade banyak je blog yang menasihat... tapi tak sakarstik pon... lelaki pulak tu.. ^^

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@0sh!Nz d' sen0r!ta

ho ho ho.
agree!

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Nailah Azman

Ha ha ha.
Tak mengapa kak. Dia tak se-butthurt Anon dalam komentar di bawah :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@niDa

Thanks dear!
:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@MATAHARI

malangnya mereka-mereka itu sendiri yang rasa terpanggang. anehnya.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@roxanne de maria

Nah!
Mahu tersentak kenapa?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Arm_mj

Ya.
Itu benar.

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Anonymous
April 24, 2011 7:43 PM

Kadangkala perlu.
Dan selalunya perlu sebab manusia ada kalanya tidak akan dengan pujian semata-mata.

Eh, budaya Melayu ke? Saya lebih suka kata budaya Malaysia. Sebab semua bangsa pun ada sarkastik dan sinikalnya. :)

Saya tak senior pun awak. Tak pernah anggap diri saya senior dalam berblogging. Dan ya, ada juga blog perempuan yang menasihat dan lelaki juga. =)

Anyway, pendekatan masing-masing berbeza. Kalau ada orang rasa tak suka, mereka boleh cari sumber bacaan lain. Saya ni blog entah apa-apa juga. :)

YUNURUL YAHYA said...

sedang cuba bergerak keluar dari kepompong :(

aduhhh...

ima said...

boleh xkata?
terima kasih kak zara atas nasihat ini. walaupun bukan dituju utk sy,tapi sy terasa. hehe.

dan sy setuju ayat kak zara last skali tue. =)

Raouf Sora said...

haters will always hate..enough said..~:)

kawan kak zara tu, die laki kan?? apa yg jadi tu perkara biasa..jika kita berserah hanya pada ALLAH dengan sebenar2 penyerahan,pasti tak akan risau tentang JODOH kita d masa hadapan..

kak zara: jgnlah berkecil hati jika org lain trsilap faham pada kita,krna Allah faham akan isi hati kita,jgn gusar jika ada yg menghakimi kita,krn tiada hakim sebaik Allah..ketika bumi mulai bergoncang,dan tanah mulai retak,ingatlah Allah brsama kita,ketika kita ditimbus tanah,ketahuilah Amal bersama kita..tiada yg menyakitkan,tiada pula yg menakutkan jika hati ini terikat cinta kepada Allah dan Rasul-NYA..~:)

Schubert Serenade said...

erm..susahnye bila berada dalam situasi macam ni...susah sebenarnya nak melupakan sesuatu atau seseorang..sebab kita hidup dalam bayangan masal silam dan kenangan..tapi, macam xpercaya je lelaki pon facing problem xboleh nak keluar dari kepompong macam ni..selalunye perempuan yang akn facing situasi mcm ni kn..:)

Guru said...

Kadang merasa pedih itu membuatkan seseorang merasakan yang dia sedang hidup.... Masing2, kan...zara

APi said...

topeng itu tak dapat dibuat sehari dua..
keutuhan itu bukan daripada jenis patri yang diguna sahaja malah bahan untuk membuat topeng itu jua.. =)

Anis Azalea said...

manusia kalau tak ditegur memang selalu ketinggalan. dan hakikatnya dia sentiasa perasan dialah yang paling depan.

zara pedulikan manusia yang terasa dengan penulisan sinikal. aku suka macam tu. cik anon tu kriteria dirinya telah didedahkan. komen pun sentap semacam. hahaha.

jhnrdzi said...

Bukan melayu sarkastik begitu. Ah, melayu itu sendiri indah. Misalan kita lihat perkataan budaya.

Budi + daya = budaya

Tapi sebab mentaliti masyarakat kita sekarang, kita lupa semua itu mungkin.

samanosuke_04 said...

haha, masalah tul kapel2 nie.. pada pendapat aku jangan dok layan sangat pompuan tue.. nampak sangat tak setia.. dah ader boyfren baru, dok call lagi boyfren lama.. pastue kalo kembali kat boyfren lama, mesti dia call org lain plak kan?

lynna said...

memang susah nak lupakan kisah cinta, tapi kenapa nak teruskan juga kalau itu cuma bayang2 saja..
rasanya teman tu kena ambik langkah drastik, kalau xnak lagi terus dlm dunia kisah cinta dulu. tukar no fon, jgn jwb telefon, jarakkan hubungan supaya benda itu tidak jadi kebiasaan.. tapi masing2 punya rasa tersendiri kan..

cujern said...

sometimes aku pelik dengan sesetangah manusia yang kononya mengaku mereka tak peduli org lain cakap ape pun pasal mereka..kononya 'ALA AKU PEDULI APA ORANG NAK CAKAP APA PUN PASAL AKU. YANG PENTING AKU TAU SIAPA DIRI AKU'. tapi kalau terkena kat diri sendiri, nak melenting... kalau dah tak peduli tak payah nak amek pusing la ..wat bodoh je... ni tak, sket2 nak melenting..pastu balas balik dengan komen tah hape2..

Cik Bambam said...

saya juga sukar untuk melupakan... perlu tunggu saya nyanyuk mungkin??
--'

Fyqa said...

cinta dgn mnusia is too much complicated

freewriting said...

Tumpang bagi pendapat ye cik Zara.....Bagusnye kawan kamu tu..begitu setia dgn cinta...tapi jgn buang masa terlalu lama jika cinta dunia tak kesampaian,banyak lagi cinta yg lain..Sebaik2 penyerahan cinta adalah utk yg Maha Agong..disana cinta yg maha hebat dapat dirasai sebagai mana kisah zulaikha yg menjumpai cinta sejati dan maha Agong dalam pencarian cintanya terhadap Yusoff..