Salam semua.
Apa khabar kalian yang dirindui?
Entah ada orang rindu pada aku atau tidak, tetapi yang pastinya aku rindu pada kalian.
Rindu mahu menulis seperti biasa.
Empat hari tidak menyentuh papan kekunci bayi Sean aku ini, buat jiwa nanar.
Ketagihan aku hingga membuatkan bil telefon melambung hingga terpaksa dilunaskan pembayarannya di Jerteh kerana mencari ruang untuk menggunakan Internet.
Eh, walaupun menggunakan telefon genggam yang biasa-biasa sahaja, aku tetap khayal membaca komentar yang kalian tinggalkan.
Senyum.
8 Jun 2010
Pantai Rantau Abang.
Maaf aku tidak dapat menyambung penulisan buat hari ini.
Baru mendapat perkhabaran nenda dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung.
Berita yang disampaikan sebentar tadi oleh Mak Ngah buat Bonda kelam kabut.
Tinggal dahulu semua.
InsyaAllah bakal menulis semula apabila semuanya telah diuruskan.
Doakan yang terbaik buat nenda ya?
Oh, ini serius, bukan main-main.
Zara : Telefon genggam sentiasa di sisi, kalau ada apa-apa, cuma hubungi aku di sana ya?
12 comments:
eh,
kenapa namanya nenda?
nenek la...
semoga nenek sihat dan cepat sembuh.
Amin! tc, miss u n luv u!
Semoga nenda zara tak ape2 yer..
kita doa same2...
poie makan satar ngan otak-otak kat kuala kemaman tak?? kampong aku gak tuu..heeee :D
Semoga nenda pulih kesihatannya segera... J akan selalu tunggu sambungan cerita ceriti Zara. :)
moga nenda baik2 sj yer..
Zara yang Hebat! Moga nenek akan pulih...insyallah.
semoga nenek zara cepat sehat .amin
semoga cepat pulih..~~~ kamu tu pn..jaga diri...
semoga ur grandma cepat sembuh...
nice holiday n ada tak?? penyu di rantau abang tu ?
bak meh number telefon
Latest Entri : Remy Ishak sebuah gitar akustiki
kakak!!!!
hye hye hye..
owh sentiasa doa kan untuk nenek kakak!
=]
kongsi la pengalaman2 di negeri2 pantai timur. :D
Post a Comment