Monday, June 21, 2010

Oh, Kalau Graduan Nak Pakai Kereta Tempatan, Tiada Kelas Ya? Boleh Aku Ludah Tepat Ke Muka Kamu?


Salam semua.
Hari ini hari pertama naik sekolah. Gembira dan bertenaga seperti biasa. Cuma hari ini tidak dapat memakai kasut yang agak tinggi disebabkan kaki aku masih belum pulih sepenuhnya. Harap esok boleh disebabkan aku perlu menghadiri Karnival Sains, maka penampilan harus mengikut etika rasmi.

Tahniah pada kawan-kawan aku yang sudah selamat melangsungkan perkahwinan pada cuti sekolah yang lepas. Di sekolah aku sahaja, ada 4 orang pengantin baru. Tiga perempuan dan seorang lelaki. Oh, bertukar menjadi Puan, dan aku masih kekal sebagai Cik. Senyum. InsyaALLAH, masanya akan tiba, aku harap begitu. Biarlah walaupun belum punya calon sekalipun. Ketawa.

Oh, aku cuma teringat perbualan yang berlangsung di antara aku dan seorang wanita yang sudah menjangkaui separuh abad usianya. Ah, macam biasa, kalau tidak menanya tentang perkara peribadi aku setiap kali bersua muka, pasti ada yang tidak kena dengan harinya. Aku jujurnya mahu mengelak bertemunya hari itu, tetapi sudah terperangkap dengan kesakitan diri, maka aku tidak dapat ke mana-mana.

Dia : Kawan-kawan semua dah kahwin, bila kau pula?
Aku : Muda lagi, baru 22 tahun. Banyak masa lagi.
Dia : Nanti membujang sampai ke tua, tak takut ke?
Aku : Eh, nak takut apakah?
Dia : Anak kita dah ada teman dah.
Aku : Oh, bagusnya. Biar cepat dia kahwin, boleh tolong-tolong apa yang patut sementara masih bujang ni.
Dia : Nak tolong kahwin orang lain pula, kau tu patut cari orang.
Aku : Nanti saya iklankan di surat khabar muka saya ni. Boleh?
Dia : Menjawab pandai. Bila nak beli kereta?
Aku : Nantilah, tengah kumpul duit muka lagi.
Dia : Nak beli kereta apa?
Aku : Biasa-biasa punya sudah. Macam Myvi ke.
Dia : Nak beli Myvi ke? Apa kelas graduan macam kau pakai macam tu?
Aku : Kalau itu sahaja yang mampu, apa salahnya?
Dia : Sekurang-kurangnya, pakailah Vios ke, Civic ke, City ke, baru nampak graduan.
Aku : Bulan-bulan nak bayar nanti sakit, lagipun banyak lagi nak guna duit.
Dia : Beli lainlah. Alangkah kerani pun boleh pakai Myvi, kau pakai lain. CRV ke.
Aku : (mula nak mencarut dalam hati) Kalau pakai CRV, lepas tu saya nak makan apa?
Dia : Ala, gaji cikgu kan banyak?
Aku : (sudah menyumpah di dalam hati) Baru lebih kurang 7 bulan kerja, nak angkut kereta begitu nak buat apa? Beli mahal-mahal nanti tersadai di rumah sahaja. Baik tak payah.
Dia : Eleh.

Agak-agak, perlukah aku mencarut di hadapan muka manusia begini? Perlu rasanya kalau ikut hati yang rawan dan terbakar dengan ayat bersahaja seorang wanita tua. Oh, kalau gaji aku banyak tu, aku perlu habiskan duit aku hanya membayar wang kereta? Bagaimana dengan pinjaman PTPTN? Insurans? Duit untuk keluarga? Benci sungguh dengan manusia yang bercakap ikut suka hati tanpa mahu berfikir.


Bukanlah aku mahu kencing ke muka orang itu, cuma tadi aku menggunakan tandas guru lelaki lagi. Sebab kaki aku sakit mahu menuruni tangga, aku main redah sahaja masuk ke tandas lelaki. Tiada aktiviti mencurigakan berlaku.

Kadangkala, aku pelik. Kenapa benda material begini masih dijadikan sandaran dalam masyarakat? Anak berjaya, dengan gaji beribu masih tunduk memandang Bumi, tetapi ibu bapa (maaf, khususnya ibu) sering mencanang kelebihan anaknya pada orang luar tanpa menyedari betapa dia telah megguris hati manusia lain yang mendengar. Aku kalau ikutkan darah muda dan kepala angin aku, pasti manusia begini sudah aku sembur. Muka Bonda aku renung tatkala manusia itu sibuk bercerita, ada garis wajah duka yang Bonda sembunyikan dari pandangan, dan aku memang benci orang yang mengecoh begitu di hadapannya. 

Ya, Bonda ketawa bila aku luahkan rasa tidak berpuas hati aku dengan manusia begini. Bonda nasihatkan aku supaya bersabar malahan Bonda mahu hulurkan bantuan kewangan kepada aku kalau aku mahu mendapatkan kenderaan sendiri secepat mungkin. Tetapi aku menolak. Masih banyak perlunya wang itu, dan aku tidak akan sesekali membebankan orang tua aku lagi. Cukup sudah mereka menanggung aku sepanjang zaman aku belajar dahulu.


Sekadar gambar hiasan.

Dari tadi aku memerhatikan seorang teman itu mengemaskini statusnya di Twitter dengan menulis tentang manusia yang dia suka. Betapa kerisauan dia yang menggunung pada manusia itu. Betapa dia mengharap manusia itu cepat kembali seperti sedia kala. Sejak aku terpandang benda yang berkaitan dengan itu malam tadi, aku memutuskan untuk senyum sahaja. Biar masa yang membuka mata dia tentang siapa yang mampu bertahan dalam apa jua cara bersamanya.

Nota Kaki :
1. Mahu berehat sebentar.
2. Menulis Legasi Cinta Alisia dengan perlahan dalam usaha mencari momentum semula.
3. Geram dengan manusia yang membuat onar dan dia anggap itu suatu gurauan.
4. Kertas peperiksaan sudah habis ditanda.
5. Senyum sepanjang masa.

Zara : Menikmati matahari yang menyembunyikan diri sebentar tadi. Ah, mentari bakal muncul semula, tetapi bagaimana aku, seorang hamba yang mendambakan cahaya? Entahlah.

19 comments:

Hazzy Ishak said...

harta berlambak pun, kalau hutang keliling pinggang nak buat apa

betul tak?

En iLHAM said...

huhu
betul2
xde salahnya pakai kereta tempatan
kadang2 memang sakit hati dengan pandanga skeptikal macam ni
kalau kite yang tak beli kereta tempatan
sapa lagi kan

lagipun buat apa beli yang mahal, kalau dapat yang baik juga dengan harga yang murah.huhu

PuanPepel said...

hahaha..
ntah..
pe barang weyh kete mesia.. *smbil menjeling ke arah KV 9240 C aku...haha...

oit2..aku pun bajet beli myvi dlu... tp sbb dok langkwi..mcm sgt alang2 klu xbeli kete cni.. hrga sma myvi je if bli kt pulau...
klu tak jangan harap la aku nak beli kete suzuki tu...

Fay said...

kereta kita suka hati kita. kau sibuk apasal?

haha...org mcm ni mmg patut kene sebiji. :P

AkuBukanLelaki said...

aku pun xsuka org mcm DIA...suke semak dlm kain aku jer

Saffa said...

Daripada membazir duit beli kereta import atau kereta mewah, baik beli rumah..

Harga kereta / Nilai kereta akan jatuh, tapi.. rumah tidak.

Orang yang bercakap tanpa guna otak ni patut kena cili jer. Biar terus diam!

myQza said...

belanja lah dia kete vios satu! kesian dia!

Unknown said...

eksyennya makcik tu...

dia dh lm idup xkn xtau asam garam khidupan. BYk bnd lgi nk settle gna duit tu...

watpe blagak pakai keta mahal2..huhu

Blog Eazy Izzuddin said...

oh ikut kemampuan lah pki kete..
hik3..
;)

tujuhhariseminggu said...

idop keta msia...

<--- sambil lap2 dashboard kelisa ai... :)

AishaAminudin said...

ala dik, opis akak engineer pon pakai kenari jer.. okay ape.. kete gak kan.. suka hati kita la nk pakai kete ape?..menci org yg mulut kepoh ni..

Hanys Najib said...

kalau semua org berpikirn mcm DIA tuh,
abes,mcm maneee la hidop keta buatan m'sia~? *sigh*
kalau beli keta mahal2 pon,
esk2 duit maintenance nak kena keluar lg,
baik beli rumah!
=.='

Unknown said...

nak kata tak sekolah sudah tentu makcik tu pernah bersekolah. tapi kenapa cakap macam orang yang tak berakal. tak tahu ke aset aset seperti kereta akan kurang nilainya tahun demi tahun. adoy, kesianlah makcik tu.

Secret Drifter said...

sama berlagak dgn minah di Sepang tu..

cakap dia kaya aku miskin...

btw suh beli CRV ???

PLZ LA !!! CRV lebih byk masalah compare to Proton Saga k !!!

i suka kereta Malaysia sbb dah ada potensi !!

n si bodoh yg ejek u tu tak baca berita ke??

Proton show off model mereka di Geneva Autoshow.. bukan senang nak promote di sana k !!!

nurayunni said...

xpe...jgn pedulikan ckp org..
sy jgk slalu kene cam tue...

nadz ruslan said...

baling kasut ja lain kali. hehe

Miss FZ said...

saya pun graduan dik..pakai kete msia..second hand pulak.so, double takde kelas ke saya? hehe. p/s:big boss saya yg bergelar prof pon guna kete msia..takde salahnya..:)

Brilliant Marjan said...

sekarang ni org lebih suka tgk ank ada kapel dari kwen terus..dah tu suka menunjuk-nunjuk..sy pun penah rasa situasi cm awk tu..tp umor awk muda lagi..jgn risau..Allah lebih tahu apa yg terbaik buat kita...

~pernah terdetik dihati, mungkin buat masa ini, aku kena berbakti kepada org tua dulu..penuhi apa yg mereka nk tgk dari kita..bila dah kwen, byk yg bakal kita terlepas pandang...erm, sy pun pki viva je..ikut kemampuan..

GadisKasutConverse said...

cissssssssss..bedebah itu orang!!