Sunday, June 27, 2010

Kaca Mata : Aku Tidak Rabun Sebenarnya. Cuma Dipakai Oleh Gadis Muda Untuk Kekal Fokus Sentiasa.


Sahabat.
Tempat yang dibajai penuh kasih sayang dan cintakan ukhuwah.
Dia yang kita kasihi dan bergantung kukuh ibarat dahan naungan.
Dia yang dihampiri saat diri alpa dan perlukan.
Dia yang memaut erat tangan tatkala terjatuh kehilangan.
Tegar memberi dan memeluk bila mendambakan kedamaian.


Yang hitam itu bukan kepunyaan aku. Belum pernah seumur hidup aku memiliki itu.
Yang putih itu cermin mata pertama aku. Gila kan?

Selalu anak murid aku akan bertanya mana cermin mata aku. Ditebak menggunakan lensa untuk mata adalah bukan aku disebabkan aku tidak rabun. Ada orang kata aku koya disebabkan aku memakai cermin mata. Mereka sangka aku pakai cermin mata untuk bergaya sahaja. Anda silap wahai kawan.

Aku pakai cermin mata untuk kekal fokus apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Contohnya menggunakan komputer atau membaca. Mula memakai cermin mata sewaktu di dalam tahun tiga semester dua (senang kata semester enam) selepas aku menjalani pemeriksaan mata yang dibuat oleh seorang optometri. Ya, tidak boleh ke kedai cermin mata yang biasa-biasa.


Ini gambar pelik yang masih dalam simpanan. Gila aku hias gambar begini dulu.


Muka sewaktu di makmal dahulu. Oh, sangat naif dan pucat. Jam tangan ODM yang dirindui.
Sudah tidak boleh berfungsi kini. Rindu pada makmal kimia juga. *ketagih*

Dan seingat aku, aku menggunakan cermin mata itu untuk suatu tempoh masa yang agak lama sebab aku hanya menukar bingkai cermin mata aku tahun lepas beberapa hari sebelum konvokesyen. Ramai orang menyatakan aku sangat garang dengan bingkai cermin mata putih. Oh, bukankah muka garang itu adalah antara penyebab mengapa aku masih sendiri sehingga kini? Ketawa.


Eh, ada tanda nama sekali? Ketawa.
Sewaktu bertugas sebagai urusetia pendaftaran acara merentas desa peringkat daerah.


Adakah serupa dengan gambar di atas?

Oh ya, sewaktu menaip penulisan ini, aku memakai cermin mata disebabkan kepala aku akan berpinar dan imej yang aku lihat akan bertimpa antara satu sama lain selepas membaca lebih daripada dua atau tiga jam. Mulanya aku sangka mata aku cepat penat tetapi rupanya ada cerita lain disebalik itu. Alahai.

Nota Kaki :
1. Esok akan ke Institut Pendidikan Guru Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Maka, esok aku cuti.
2. Terharu dengan seorang 'sahabat-pijak-kepala' yang sangat mengambil berat tentang aku petang tadi.
3. Kering ilham untuk menulis novel saat ini, tetapi akan berusaha sebaik mungkin.
4. Sedang terfikir apabila ada orang menyatakan avatar aku seakan diri aku yang sebenar. Benarkah?
5. Malam ini perlawanan antara England dan Jerman. Alahai.

Zara : Belum pernah aku mendengar seorang Pak Imam menitiskan air mata apabila salah seorang jemaahnya mahu melanjutkan pelajaran dan meninggalkan kampung. Nano, Along pun terkejut bila kamu cerita perkara begitu. Memang Pak Imam akan kehilangan jemaahnya yang paling setia.

8 comments:

Hami Asraff said...

Ku pakai spek since tingkatan 2. Mula2 pakai yang bingkai besar tu :)

Khairunnisa' said...

Saya juga. Mula pakai glasses pada usia yang muda. Bukan disebabkan sakit mata, tapi atas sebab pengaruh kawan. Dulu, saya fikir yang glasses ni adalah something yang 'cool', but not really. Oleh disebabkan pakai selalu, - waktu kelas dan out door - mata mula jadi kabur.

It's getting worser -.-

(http://ohmonstar.blogspot.com)

Anna R. said...

comel spek kaler putih tu! hee.

oh oh saya pakai spek since darjah 5. tapi pakai bukak je. start pakai sentiasa form 3 lepas pmr. form 4 pulak start pakai lens je.ehee :)

MOFASAD said...

nanti cikgu jadi buta... anak murid jadi dukacita~

Hidayah Ismawi said...

Kita pakai spek waktu kat luar rumah jer.. kat dlm rumah tak pakai ..hehe..

Hizami Li said...

zami pakai cermin mata almost all the time.
;)

Unknown said...

nana mula pakai masa F2.rabun tuh x sgt tapi silau 100++ sekarang nih gara-gara asyik duk depan laptop je =_="

hanis aleeya aka gadis sepi said...

sama la kak zara. apa prob dia ek?