Friday, June 25, 2010

Gambar Kucupan Dan Aksi Ranjang Sebagai Bukti | Legasi Cinta Alisia Bab 26 Sudah Kembali.


Salam semua.
Akhirnya diri kembali.


[Legasi Cinta Alisia Bab 26]

    “Alisia”
    “Ada apa Dzal Aidi?”
    “Termenung sahaja?”
    “Cuma teringat kenangan suatu ketika dahulu. Betapa untuk punya pertemuan dengan kau sekalipun bakal mengundang risiko antara kita berdua.”
    “Dan itu yang membuatkan kita utuh bersama. Aku masih ingat, bangun seawal pagi untuk menaiki bas bertemu dengan kau. Lima jam perjalanan bukanlah mudah, tetapi dapat kita atasi. Masih ingat lagi Bang Khairul yang menumpangkan aku di asrama dia disebabkan terlepas bas untuk pulang semula ke rumah selepas berjumpa kau”
    “Benar. Itu cuma kenangan.”
    “Bukan sesuatu yang mati.”
    “Sudah mati dan tidak wajar dihidupkan.”
    “Jadi, kenapa kau setuju untuk bertemu hari ini Alisia?”
    “Sebagai ucapan terima kasih disebabkan kau menyelamatkan aku dari Johaina tempoh hari.”
    “Sudahlah, jangan sebut nama dia.”
    “Kenapa Dzal Aidi? Diburu dosa silam?”
    “Sudah Alisia. Aku dan dia tidak akan pernah bersama lagi. Lagipun, hanya kami adalah satu kesilapan.”
    “Ini juga satu kesilapan?”
    Dzal Aidi mengangkat muka dan memandang telefon genggam yang dipegang oleh Alisia Rayyan. Terbuntang mata lelaki itu melihatkan gambar yang masih disimpan oleh Alisia. Pandangan mata dibuang ke tepi. Bibir diketap, kejap.
    “Kenapa mesti simpan gambar ini lagi?”
    “Sebagai penguat semangat agar kasih tidak bertaut kembali”
    “Alisia!”
    “Itu yang pasti antara kita Dzal Aidi”
    “Setakat gambar berkucupan dengan Johaina satu ketika dulu, itu cuma kenakalan zaman remaja yang tidak matang Alisia.”
    “Bagaimana dengan kejadian berkongsi ranjang? Kenakalan yang tidak matang juga?”
    “Kau cuba buat aku bersalah lagi bukan?”
    “Tidak.”
    Tangan Alisia cuba diraih tetapi pantas gadis itu menolak. Dzal Aidi merengus perlahan. Gadis ini cinta pertamanya, walaupun sebelum itu ramai yang cuba untuk mendampingi. Dia sendiri tahu kekacakan yang dia miliki bukan untuk dibuat begini, tetapi entah mengapa, dia acapkali mencari yang lain setelah bosan dengan wanita yang disampingnya.
    “Sejak bila kau panggil aku Dzal Aidi?”
    “Sejak Zahrin sudah mati dalam hidup aku”
    “Masih orang yang sama”
    “Tetapi tidak serupa.”

Nota Kaki :
1. Sudah lama aku culas menulis, maaf.
2. Cuba untu menyiapkan Bab 27 secepat mungkin.

Zara : Ada sesuatu yang menganggu fikiran aku tatkala menulis ini.

1 comment:

intanurulfateha said...

sape yg ganggu fikiran kamu syg?