Tuesday, June 22, 2010

Emosi Rapuh Dan Ranap | Jangan Cuba Perbaiki Aku


Diam.
Tunduk.
Baca satu demi satu apa yang menerpa.
Tutup mata.
Tarik nafas.
Entah kenapa, setiap bait perkataan yang muncul hanya buat aku rasa sakit secara tiba-tiba.
Kenapa mesti ada seperti belati yang menghiris segumpal darah bernama hati setiap kali membacanya?
Sedar Zara.
Kamu tiada kelebihan langsung di matanya.
Gulung perkataan.
Aku kalah teman.

Tidak mengapa.
Aku masih ukir senyuman.
Sebab ini yang kita panggil persahabatan.
Kamu gembira, bahagia, aku perlu sama suka.
Kamu sedih, murung, aku mesti juga berduka.
Diam.


Dongak ke atas, tahan rembesan air jernih dari mengalir jatuh dari tubir mata.
Biarkan takungan jernih itu musnah di situ.

Kau kata kau mungkin nampak aku sakit, tetapi hakikatnya aku seorang yang menanggung kesakitan ini. Aku tolak ke tepi semua natijah yang bakal aku hadapi dalam melayari sebuah kehidupan hakiki yang aku sukai. Kegembiraan aku tidak sepenting senyuman yang aku dapat dalam sulaman indahnya persahabatan bersama kau. Tidak. Kegembiraan kau lebih utama dan aku pasti akan mendoakan kau dalam diam.

Faham.
Aku cuba untuk memahami hakikat diri.
Menyelami kehidupan insani.
Menggali seberapa dalam kehidupan realiti.
Membongkar apa yang tersirat di sebalik maknawi.

Nota Kaki :
1. Sukar untuk meyakinkan hati sendiri bahawa ini keputusan terbaik.
2. Kesakitan yang ditanggung lahiriah tidak seberat beban yang cuba dibuang batiniah.
3. Kehidupan seperti musnah dengan tangan dan perbuatan sendiri.

Zara : Kau tidak akan dapat memahami apa yang ditanggung oleh kawan kau ini. Aku lebih rela membunuh perasaan ini sehingga tahap yang aku sendiri tidak pasti. Biar aku menanggung keperitan ini disebabkan aku tidak mampu meluahkan apa yang perlu pada kau.

5 comments:

Hizami Li said...

hurm.
cikgu zara,
zami pun sedang down ni.
;(

joegrimjow said...

mgkin hadiah bakal membuatmu gembire
;)

PuanPepel said...

ala..jom hepi ngn aku yang..

Anem Arnamee said...

sabar dan senyum syg, cuba:))

Melz said...

sabar jer cik zara oit ;)