Salam semua.
Apa khabar kalian di petang yang mendamaikan ini?
Maaf atas penulisan pagi tadi yang mungkin mengelirukan.
Ah, kadangkala meluahkan itu perlu.
Sekurang-kurangnya itu yang aku fikir.
Oh, tadi aku bertukar menjadi pemandu. Membawa dan menemani Bonda ke hospital, melawat nenda yang masih di dalam CCU. Sebelum ke hospital, aku teringat bahawa tahun ini aku belum menderma darah lagi. Sengaja aku letakkan buku derma darah aku di dalam tas tangan. Senang.
Tiba di hospital, masuk bertemu nenda sebentar dan disebabkan hanya 2 orang sahaja yang boleh masuk dalam satu masa, aku tunggu di luar sementara seorang lagi ibu saudara masuk ke dalam. Ternampak ada beberapa orang yang melalui jalan di hadapan aku sambil membawa beg yang kebiasaannya menjadi cenderahati selepas menderma darah.
Tinggalkan makcik aku sebentar dan menyelinap ke bank darah berdekatan. Nah, memang rezeki hari ini. Ada kempen menderma darah sempena hari Derma Darah Sedunia. Oh, memang sangat menggembirakan. Aku isi borang dan menunggu pemeriksaan seperti biasa. Lupa mahu menyatakan, ramai doktor-doktor yang kacak dan muda yang lalu lalang. Kebanyakkannya sedang menjalani praktikal (eh, apa istilahnya, aku lupa). Nah, itu tidak penting, yang penting menjamu mata sementara menunggu giliran untuk diperiksa. Ketawa.
Baru sembilan kali. Sedih.
Paling sedikit aku pernah menderma adalah 300 cc atau mL. Itu sewaktu aku kehilangan berat badan selepas menjalani latihan mengajar dan putus cinta pertama. Ketawa. Baiklah, walaupun itu bukan sesuatu yang kelakar, itu hakikatnya. Senyum.
Ya, seperti yang aku pernah nyatakan, salah satu impian aku terlaksa bila aku mencapai usia 18 tahun. Aku akan menderma darah bila aku tidak memerlukan tandangan ibu bapa sebagai jaminan usia aku. Dan sejak itu, aku tidak pernah jemu menderma. Ini sahaja bakti yang boleh diberikan buat masyarakat kerana aku tidak punya apa. Ah, lagipun, Bonda tidak boleh menghalang aku disebabkan aku telah memberikan kata dua pada dia. Sama ada memberikan aku kebenaran menderma organ atau menderma darah. Nah, Bonda benarkan aku menderma darah kerana tidak mahu melunaskan impian aku menderma organ.
Sudah hampir setahun tidak menderma, hari ini dapat juga. Alahai, bagaimana dengan impian untuk menderma darah sebanyak empat kali setahun kalau begini? Teringat perbualan aku dengan teman wanita suatu ketika dulu, usai aku menderma darah buat kali ke-lapan.
B : Lain kali jangan kemas kini status di Mukabuku dengan ayat begitu.
Aku : Ayat apa?
B : Sedang beraya di hospital. Kamu buat aku takut kalau ada benda kurang elok menimpa kamu.
Aku : Alahai, jangan risau sayang. Tapi B, tahun ini aku dapat derma tiga kali sahaja, tak dapat derma empat kali macam yang aku mahu...
B : Tiga pun dah cukup banyak!
Aku : Tapi impian aku mahu menderma empat kali setahun.
B : Zara, dengar sini. Alahai, derma dara itu bukan impian semua orang. Hanya kamu yang begitu. Oh, aku sudah derma sayang *ketawa*
Aku : Aku derma DARAH, bukan DARA!
B : Aku tahu. Kamu memang selalu derma yang pertama tetapi belum pernah yang kedua. *ketawa*
Aku : Jadi?
B : Aku sudah merasai kedua-duanya. *ketawa*
Aku : Keji gila kamu. Salam buat Si Jejaka, aku mahu berehat.
Aku : Ayat apa?
B : Sedang beraya di hospital. Kamu buat aku takut kalau ada benda kurang elok menimpa kamu.
Aku : Alahai, jangan risau sayang. Tapi B, tahun ini aku dapat derma tiga kali sahaja, tak dapat derma empat kali macam yang aku mahu...
B : Tiga pun dah cukup banyak!
Aku : Tapi impian aku mahu menderma empat kali setahun.
B : Zara, dengar sini. Alahai, derma dara itu bukan impian semua orang. Hanya kamu yang begitu. Oh, aku sudah derma sayang *ketawa*
Aku : Aku derma DARAH, bukan DARA!
B : Aku tahu. Kamu memang selalu derma yang pertama tetapi belum pernah yang kedua. *ketawa*
Aku : Jadi?
B : Aku sudah merasai kedua-duanya. *ketawa*
Aku : Keji gila kamu. Salam buat Si Jejaka, aku mahu berehat.
Oh, sudah tiba saatnya dia melahirkan kandungan pertama rasanya. Nanti mahu hubungi dia. Senyum. Ah, kenangan mencuit hati yang sedang merangka penulisan legasi. Ketawa. Ada yang masih berbaki dan maaf buat yang menunggu. Disebabkan hari ini tiada siapa yang menemani aku ke bank darah (serta segan dengan doktor-doktor kacak berjubah putih), aku tidak mengambil gambar di dalam sana. Oh, rugi yang amat. Maka, aku tinggalkan kalian dengan gambar beg darah aku yang dahulu.
Hari ini masih seperti gambar di atas.
Hemoglobin aku hari ini adalah 15.0
Nota Kaki :
1. Nenda mungkin dihantar ke Johor Bahru.
2. Bonda agak marah dengan aku disebabkan pakcik menyindir aku yang pergi ke bank darah walaupun tujuan aku ke hospital sebenarnya adalah bertemu nenda. Eh, salah ke? Maaf Bonda.
3. Sedang merangka bab baru untuk Legasi Cinta Alisia. Ah, tiada nafsu aku.
4. Cuaca mendung dan aku rasa aku perlukan tidur. Eh, mengada yang amat.
Zara : Tidak, itu bukan satu kebodohan. Tidak, itu bukan satu ketawa sambil kenang kebangangan. Tidak, itu bukan meludah dan jilat kembali macam aiskrim perasa mint bersadur jelly. Itu hanya satu ekspresi meluahkan kemarahan dengan cara sihat disulami gelak ketawa sebagai pengajaran pada diri.
13 comments:
seumur hidup baru sekali. tu pon masa zaman sekolah.
btw, doakan kesejahteraan nenek kamu. aku dah tak ada nenek da zara
bagusnye kak zara derman darah..;)
kite nk derma tp takut.huhu
eh2, jangan jeleskan daku
dengan emnyebut nama doc kacak...
yang penting bukan doc 'SADURAN'
har har har~
aku tak penah langsung..ahahaha
apa rasanya derma darah? sakit tak..?
takut tapi nak cuba.. hee~
teringin nk derma darah tp blom tercapai.. pernah pegi hospital utk derma tp mase tu batuk2 n mkn antibiotik so xleh derma.. skrg nk pegi hospital jrg skli.. huhu.. dl mase kt u malu nk pegi derma sbb ramai org.. haha.. ketawakn diriku sendiri~~
guess what,
zami tak pernah derma darah lagi.
haha.
;)
dang!!!
pengsan tgk darah!
byk sgt derma..cube derma duit lak..hehe
i tak pernah derma haha takut kot
da derma darah tu sila makan lebey sket okay..ganti balek darah yg kluar tu.. ;)
sorry to hear about ur grandma..abes tu ko nk g jb jugak ke?
pernah derma darah 1 kali je.. hehe. then x berkesempatan dah.. sbb busy.
aku baru sekali.
Bila la nk derma darah juga ni. Padahal kerja di hospital.
:p
Post a Comment