Aku masih manusia biasa.
Sekeras mana aku pun, masih ada bahagian yang lemah.
Kepercayaan aku letakkan di tangga pertama pembinaan ukhuwah.
Dan bila kepercayaan itu telah musnah, walaupun kesilapan itu hanya sebesar zarah.
Aku percaya, yang aku harus mengalah.
Tidak, bukan beerti aku kalah.
Tidak pula sebab bersalah.
Cuma aku gagal menjaga amanah.
Dalam mempertahankan ukhuwah.
Selamat tinggal teman.
Aku lebih rela mengundur diri dalam melihat kamu ukir senyuman.
Terpuruk jauh agar kau temui kebahagiaan.
Menjauh agar kau sentiasa diulit kegembiraan.
Sebagai tanda kamu akan kekal jadi kawan.
Walaupun tiada lagi butir bicara berlawan.
Zara : Sedang berusaha menyiapkan Bab 26 walaupun sungguh, tiada nafsu untuk berkarya.
7 comments:
teman seia sekata...wujud di mana-mana...selak semua permata...cari paling berkilau...
wah princeduyong bermadah
tak reti ah
harap zara okay sentiasa
smile always zara.. kawan kawan ada je sekeliling anda.. :D tk good care ok dear
life must go on..
HI!! sila layari laman blog saya untuk barangan pakaian wanita.TQ^^
cikgu zara,
zami pun pernah je gaduh2 dgn kawan.
hurm.
it takes time.
sabar ye.
;)
sian zara..
Post a Comment