Tuesday, June 29, 2010

Awak Datang Hantar Abang Awak Daftar Ke? | Awak Sekolah Tingkatan Berapa Ni? | Muda Atau Pendek?


Salam semua.
Ah, seharian aku tidak menulis.
Bertolak ke Johor Bahru seawal jam 5 pagi tadi untuk menghantar adik lelaki ketiga aku mendaftar di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. InsyaALLAH, bakal guru keempat dalam keluarga kami. Abah, Bonda, aku dan jika semuanya berjalan lancar dalam lima tahun setengah ini, dia bakal mengikut jejak langkah kami, cuma mungkin alirannya berbeza. Abah, Bonda dan aku mengajar di sekolah menengah, sementelahan dia bakal berkhidmat di sekolah rendah.

Awak datang hantar abang awak daftar ke?
Kami tiba awal dari waktu yang ditetapkan dan menunggu itu adalah sesuatu yang membosankan lebih-lebih lagi wi-fi umum disekat dari mengakses Mukabuku dan laman-laman sosial yang lain. Jalan terakhir selain membaca setiap halaman surat khabar adalah berbual dengan orang sebelah tanpa mengira siapakah mereka. Oh, memang aku akan menjadi gila peramah kalau sudah dilanda kebosanan.

Wanita : Dari mana adik ni?
Aku : Oh, saya dari Muar. Makcik dari mana?
Wanita : Dari Kota Bharu. Datang dengan siapa ni?
Aku : Datang dengan keluarga. Hantar siapa makcik?
Wanita : Hantar anak. Yang duduk hujung tu. 
Aku : Oh, saya hantar yang barisan belakang dia tu, yang pakai songkok.
Wanita : Awak datang hantar abang awak daftar ke?
Aku : Eh, itu adik saya nombor tiga. 

Awak sekolah tingkatan berapa ya?
Sementara Abah dan Bonda menghadiri taklimat untuk ibubapa, aku dan Abang serta Ayim memunggah barang-barang Nano di asrama dia. Oh, jauh yang amat dari pusat pentadbiran tetapi khabarnya berdekatan dengan dewan kuliah. Itu lebih baik sekurang-kurangnya. Apa pun, mungkin disebabkan aku sudah empat tahun menghabiskan masa di UTM, maka, aku tetap merasakan UTM tempat terbaik dan sentiasa membandingbeza mana-mana institusi pendidikan lain dengan persekitaran UTM. Oh, bukan diskriminasi, cuma sudah terlalu sayang. Senyum. Ya, itu ikhlas kerana aku sentiasa merasakan itu adalah rumah aku yang lain.

Sementara Abang mencari tempat meletak kenderaan, aku menunggu barang di bawah dan Nano mengangkut barangnya ke atas, sempat bertanya beberapa soalan kepada petugas-petugas di bawah blok asrama tersebut.

Aku : Awak, nak tanya sedikit ya? Pergi ke kelas memang kena jalan kaki ke?
Petugas : Biasanya begitu.
Aku : Boleh bawa kenderaan tak untuk pelajar baru?
Petugas : Lepasan SPM ke? Boleh bawa motosikal. Kalau nak bawa kereta, lepas semester 2 atau 3 baru boleh.
Aku : Oh, terima kasih. Tahun berapa ni?
Petugas : Belum habis tahun asas (baca : foundation) lagi. Awak sekolah tingkatan berapa ni?
Aku : Eh? Saya dah kerja. Datang hantar adik saya.
Petugas : Oh, maaf kak.
Aku : Tak mengapa.


28 Jun 2010 - Hasil gambar oleh seorang budak yang berumur 10 tahun yang bosan.
Kelihatan muda atau dilabel muda kerana pendek? Ketawa.

Esok bakal kembali bertugas seperti biasa. Hari ini aku mengambil Cuti Rehat Khas (CRK) demi menghantar adik aku ini. Oh, sebagai tanda terima kasih dia pernah menghantar aku mendaftar di matrikulasi, universiti dan menghadiri konvokesyen aku. Ketawa.

Nota Kaki :
1. Sedang menaip Legasi Cinta Alisia Bab 27 yang ditulis menggunakan tangan di dalam kereta siang tadi.
2. Tiba di rumah agak lewat disebabkan banyak singgah di beberapa rumah saudara mara.
3. Makan malam berat hari ini, oh, disebabkan perubahan hormon kah?
4. Gembira untuk kembali ke sekolah esok.
5. Abah tidak sempat untuk membawa aku ke UTM siang tadi. Sedih!

Zara : Layangan beku masa yang meniup puing rasa tidak bersulam bahagia.Tidak punya waktu untuk berduka dan memikirkan lara kerana aku lebih gemar sendirian dan mendidik diri menjadi lebih dewasa dari yang sepatutnya.

30 comments:

naomiashikin said...

wewitttt. adik. adik umur brape tahun? :P

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Cik Senah :

Umur 12 tahun~
Boleh?

=p

naomiashikin said...

ekhhh FIRST!!!

naomiashikin said...

haha boleh boleh. adik dah nak upsr neh. good luck adik! :P

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

cik senah :

ha ha ha~
tahniah~

^^

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

cik senah :

ha ha ha~
sudah 22 tahun itu budak dalam gambar~
budak ke daku?

LOL!

Pang sedas pada diri sendiri~
kih3~

eliana said...

pheewit!
awet muda neh..
bole laa wat entry rahsia awet muda plak nt..hee~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

eliana_adnand:

*pitam*

ku tak muda dear~

ha ha ha~

petua : senyum selalu~ kih3~

Hanisah Safian said...

hahahahha.untungla..

awet mude oke! :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

I*K*T*I*R*A*F :

ha ha ha~
kalau muda takpe~
kalau sebab kemetot ni?

*pitam*

naomiashikin said...

ehem umur bukan apa sangat pun. comel tetap comel. awet muda u. hehe ok bai. bola dah start :)

Hami Asraff said...

Wah best. Kamu kelihatan mudalah begitu. Aku nak jugaklah. Hehe ~

En iLHAM said...

haha
kak zara,
kamu memang macam nampak seperti baru sekolah menengah dengan gaya seperti itu
seronok apa jadi awet muda
haha

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Cik Senah :

he he he~
selamat menonton~

^^

Bang Hami :
cest~
kamu memang dah awet muda ok?
dush3~


Ilham :
ha ha ha~
kena buat gaya comel sentiasa~
LOL!

Unknown said...

ahahaha ternyata muda

Dyla Dahlan said...

awet muda!!bgus ar..x riso sgt bile umo da meningkat..ngee

nadz ruslan said...

lol well kekecilan tu mengawet mudakan

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

izzad :

kamu lagi comel~
weee~

Fara :
aakah zara terpaksa sengih sentiasa?
LOL!

Lilac :

hahaha~
thanks dear~
kemetot aku ni~

Sharinginfoz said...

he he he hantar abang ingatkan hantar ayah pi belajar

Ayako A. said...

hahah..saya pon nak tolak umur sepuluh tahun..boleh? eh kena tidur ni..esok sekolah. hehe

suzzsuzie said...

awet muda makan tempe banyak ke? memang muda remaja la nampak..

TheBentPencil said...

*ketika ku bekerja kilang dulu*

umurku: 22.
Umur dia: 17 (lepasan SPM)

dia: kak Izzie, boleh tak tak nak panggil Izzie jer?

aku: Ok, panggil je la. kenapa?

Dia: sebab akak tak macam 22.

aku: habis tu akak macam apa?

dia: macam 16.

*fakta: ini dialog salah satu dari dua lelaki lepasan SPM yg crush dengan Izzie ketika itu. Fakta 2: Izzie adalah 5 kaki sifar inci. hahahaha*

NAZ said...

ececece cikgu ke murid kamu ni? haha

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Sharinginfoz :

ha ha ha~
itu tak muda sangat~
he he he~

Kasih :

hahaha~
jom2~

suzzsuzie :

tempe?
LOL!
tak, saya makan semua~
weee~

The Poyo Me :

Woot2!
zara 155 cm~
berapa incikah daku?

Naz :
haip!!
hahaha~

Duniakuabstrak said...

dunia mmg kejam -tetiba

Rara said...

hehe..kak,same la kak. ^_^ hantar adik,dikabonye hantar abang.

Cik Lily said...

erk, saya 145.

Unknown said...

pendek sgt ke kamu? tidak rasanya...

acap2405 said...

haha..
lama dah tak masuk sini..
wee..
tinggi saya 186..
dalam famili saye..
saya paling tinggi..
hohoho..
tak sesia waktu kecik makan sayur kangkung..

syaril said...

mest comel je kan kak zara ni.ihikk :p