Salam semua.
Aku sedang menelaah untuk temuduga pengesahan jawatan yang akan berlangsung Rabu ini. Terlampau banyak yang perlu diulangkaji dan dibaca hingga aku sudah mahu pitam. Ah, macam tidak biasa membaca nota yang banyak Zara, macam mana mahu sambung pengajian peringkat Sarjana? Ah, aku sudah tolak tawaran itu, jangan tanya kenapa lagi.
Bila aku bosan, perkara yang paling aku suka buat adalah membaca atau mencari kata carian orang masuk ke blog aku. Dan yang paling aku gemar bila ada musim tertentu, contohnya temuduga, ramai yang mencari karangan 'mengapa memilih bidang perguruan'. Ini antara kata carian yang popular sepanjang tahun bagi blog aku. Senyum.
Secara jujurnya, aku merasakan kerjaya ini membuatkan aku dekat dengan keluarga, masyarakat dan manusia secara amnya. Kerjaya ini membuatkan aku menyelami dan mempelajari erti kehidupan manusia secara hakiki dan harfi. Manusia memang lemah, tetapi manusia sentiasa mencari jalan dan berusaha untuk menjadi kuat. Ya, itu hakikat manusia.
Minat yang mendalam adalah pati paling penting dalam menjadi seorang guru. Mengapa aku menyatakan demikian? Aku menjadi seorang guru tatkala berusia dua puluh dua tahun. InsyaALLAH, kalau umur aku panjang, aku akan menjawat jawatan ini sehingga berusia 58 tahun. Tiga puluh enam tahun dalam perkhidmatan, dan sudah tentunya minat, kesabaran yang tinggi menjadi kayu ukur untuk terus bertahan dan meningkatkan diri.
Mempunyai ibubapa yang menjadi guru menyebabkan aku lihat betapa kerjaya ini sesuatu yang menarik. Berpeluang mendidik manusia untuk menjadi manusia bukanlah sesuatu yang mudah. Mengajar suatu ilmu dan memastikan ilmu itu terus bermanfaat tidak seenteng seperti sesetengah orang fikirkan.
Alhamdulillah, aku bangga menjadi salah seorang daripada hasil keluaran Kampus Selatan. Kami dididik bukan sahaja menjadi seorang pendidik, tetapi juga insan yang sentiasa bersedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan yang menghampiri kami dalam menerjah kabus dunia. Kerana Tuhan Untuk Manusia - itu yang tersimpan di benak aku semenjak aku jatuh cinta dengan Kampus Selatan.
Mengapa memilih bidang perguruan?
Bagi calon yang bakal ditemuduga, soalan ini pasti akan ditanya oleh penemuduga. Ada pelbagai jawapan bergantung kepada calon itu sendiri. Pastikan anda tidak menipu ataupun menggoreng sesuka hati tanpa memikirkan sebab dan akibat.Secara jujurnya, aku merasakan kerjaya ini membuatkan aku dekat dengan keluarga, masyarakat dan manusia secara amnya. Kerjaya ini membuatkan aku menyelami dan mempelajari erti kehidupan manusia secara hakiki dan harfi. Manusia memang lemah, tetapi manusia sentiasa mencari jalan dan berusaha untuk menjadi kuat. Ya, itu hakikat manusia.
Minat yang mendalam adalah pati paling penting dalam menjadi seorang guru. Mengapa aku menyatakan demikian? Aku menjadi seorang guru tatkala berusia dua puluh dua tahun. InsyaALLAH, kalau umur aku panjang, aku akan menjawat jawatan ini sehingga berusia 58 tahun. Tiga puluh enam tahun dalam perkhidmatan, dan sudah tentunya minat, kesabaran yang tinggi menjadi kayu ukur untuk terus bertahan dan meningkatkan diri.
Mempunyai ibubapa yang menjadi guru menyebabkan aku lihat betapa kerjaya ini sesuatu yang menarik. Berpeluang mendidik manusia untuk menjadi manusia bukanlah sesuatu yang mudah. Mengajar suatu ilmu dan memastikan ilmu itu terus bermanfaat tidak seenteng seperti sesetengah orang fikirkan.
Alhamdulillah, aku bangga menjadi salah seorang daripada hasil keluaran Kampus Selatan. Kami dididik bukan sahaja menjadi seorang pendidik, tetapi juga insan yang sentiasa bersedia untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan yang menghampiri kami dalam menerjah kabus dunia. Kerana Tuhan Untuk Manusia - itu yang tersimpan di benak aku semenjak aku jatuh cinta dengan Kampus Selatan.
*******
Mungkinkah aku memerlukan ini untuk terus tersenyum?
Terima kasih buat kamu-kamu yang sangat mengambil berat tentang keadaan diri aku yang kurang stabil dari segi emosi tatkala ini. Alhamdulillah, di sekolah aku punya pelajar-pelajar yang membuatkan aku gembira di awal pagi. Tidak sia-sia meraikan ulang tahun pelajar-pelajar yang biasanya nakal itu. Oh, mungkin akan menulis mengenai mereka nanti. *ukir senyum nipis*
Nota kaki :
1. Menyambut ulang tahun pelajar di dalam kelas. Dapat lihat senyuman mereka, rasa gembira.
2. Masih gigih mengulangkaji untuk temuduga esok pagi.
3. Mendengarkan lagu indah dalam mencari senyuman yang hilang.
Zara : Menyusun kesakitan bertingkat-tingkat yang dipenuhi percikan warna gila. Otak dikeluarkan dari tempurung, hati dihumban ke dalam lohong gelap gelita, cubaan untuk ukir senyuman masih tidak berjaya. Pintal benang hitam untuk jahit dan tarik senyuman di bibir merah. Hampa.
10 comments:
All the best sis...
Aiskrim satu!!!!!!
All the best darling..
*jgn lupa adamaya ptg ni*
mak emooooo!!!!!
kerana saya berdendam denga guru saya sebelumnya haha boleh?
selamat hari guru...
gud luck!!
:)
nanti boleh bg tips2 pengalaman intebiu.. lin boleh pakai untuk sah jawatan nanti. hehe~
:p
all the best sis..:)
gud luck zara...all the best to you!
salaam kak zara! gud luck! saye pon ade interview maktab 12 mei ni.. & u know wat kak zara? ur post ni adalah tajuk untuk karangan esei yang kitorang kene buat.. ;D hahaha jangan riso saye tak copy paste.. ;D cume tengookkkk je.. hahaha jokes! ;D
You are among the best students I ever taught. I remember you for various reasons and one of them is for your aspiration to be a teacher. I can tell from the first time I met you and others. Miss Narina also has the same thought about you and others like Ramesh and Jenny (respresentatives for 1Malaysia, right? :)....
You will be fine. No worries. The interviewers can tell that you are the best catch. We need someone like you to teach our future generation. About doing Masters, wait for me to come back and I am more than honoured to be your supervisor.
Yours truly,
Hadijah Jaffri
terima kasih, sangat membantu :)
Post a Comment