Sunday, May 30, 2010

Mogok Lapar Daniel-Hanna. Bila Berlaku Perselisihan, Lelaki Atau Perempuan Yang Perlu Memujuk?


"Awak, saya merajuk!"
"Jadi?"
"Kalau saya merajuk, awak pujuklah saya."
"Eh, awak layanlah merajuk awak sendiri"

Salam semua.
Pernahkah anda terjebak dalam situasi begini?
Aku pernah nampak peristiwa ini berlaku di hadapan khalayak ramai sewaktu aku menunggu bas. Senyum simpul juga bila mengenangkan betapa keadaan manjanya wanita itu tetapi tidak dihiraukan oleh sang lelaki yang mungkin malas mahu melayan di hadapan semua orang.

Dalam percintaan, perlu ada sikap tolak ansur bukan? Aku banyak belajar dari dua orang rakan yang pada mulanya manusia ego yang tidak akan melihat perasaan orang lain dan bertindak mengikut perasaan sendiri. Ah, kalau tulis nama sebenar nanti orang kenal pula, mari guna nama tengah mereka yang jarang digunakan. Kalau kamu baca dan tahu siapa kamu, ini kamu sudah beri kebenaran tadi ya?

Daniel : Aku geram dengan Hanna. Kalau aku merajuk, nanti dia merajuk juga.
Hanna : Habis, kalau dia merajuk dengan aku, dia tak beli barang rumah. Aku pun ikut merajuk.
Daniel : Tapi Zara, dia kalau merajuk, dia tak mahu masak.
Hanna : Kata orang, kalau merajuk, kita kena buat mogok lapar kan?
Aku : Eh, ye ke?
Hanna : Dulu di universiti, kalau kau merajuk dengan teman lelaki, bukan buat mogok lapar ke?
Aku : Itu zaman remaja aku, janganlah kau yang kahwin ni tiru.
Hanna : Tak kira, aku buat juga macam tu. Jadi bila aku tak masak, Daniel pun tak makan.
Daniel : Kau tengok? Aku merajuk, dia tak masak.
Aku : Kenapa kau tak masak Hanna?
Hanna : Biar Daniel takde tenaga nak marah, jadi dia akan pujuk aku masak.
Daniel : Aku merajuk, aku yang kena pujuk dia?
Aku : Jangan main-main, anak dah tiga dah.
Hanna : Daniel takkan pujuk aku punya.
Daniel : Kadang-kadang pujuk kan?
Hanna : Itu pun sebab dah lapar kan?
Daniel : Kalau tak, siapa lagi nak masak?
Hanna : Kau tengok, berkesan tak taktik aku?
Daniel : Aku salahkan kau Zara.
Aku : Apa salah aku?
Daniel : Hanna terpengaruh dengan kaedah kau dulu.
Aku : Amboi, ini yang aku marah ni.
Daniel : Kau merajuk sana.

Lelaki dan perempuan sama-sama merajuk.
Aku ketawa sahaja dengan dua rakan ini yang sudah terikat bersama. Kadangkala terfikir juga, adakah yang merajuk itu selalunya perempuan sahaja? Aku ada juga kawan-kawan lelaki yang merajuk dengan kekasih masing-masing. Selalunya disebabkan terasa hati bila diketepikan bila si gadis keluar bersama teman-teman lain dan rasa diabaikan. Atau si gadis membandingkan mereka dengan kekasih lama. Ah, begitu juga dengan wanita, itu juga antara penyebabnya.

Memerlukan perhatian.
Ada orang kata, orang merajuk mendambakan perhatian daripada yang tersayang. Ini mungkin juga kan? Tetapi, sesekali boleh agaknya, jangan selalu dan tidak tentu pasal. Tiba-tiba merajuk.

"Awak, hari ini saya merajuk dengan awak."
"Kenapa?"
"Saja, sebab bosan."

Oh, kalau aku, memang tidak akan memujuk orang yang buat alasan tidak bermakna sebegitu. Sebab bosan maka pura-pura merajuk. Adakah mahu menguji kemahiran pasangan untuk memujuk atau apa? Ah, mahu ketawa pun ada juga begini.

Kemahiran memujuk.
Selalunya salah seorang daripada pasangan biasanya akan memberikan alasan, tidak pandai mahu memujuk sebelah pihak yang merajuk. Tetapi pada aku, ini boleh dipelajari mengikut kesukaan dan kegemaran pasangan. Kalau kita memahami pasangan, tahu apa yang disukai atau tidak disukai, pasti boleh menyelesaikan perkara ini secara berperingkat. Ada sesuatu yang aku mahu kongsikan dengan kalian, cara kawan aku memujuk pasangannya.

"Awak, jangan merajuk lagi"
"Tak mahu cakap dengan awak!"
"Tengok, saya belikan awak bunga."
"Saya alahan dengan bunga, kenapa awak beli?"
"Tak nak bunga tak mengapa, saya berikan awak coklat pula"
"Saya tak nak coklat. Saya diet"
"Tak mengapa, saya makan coklat ni"
"Awak ni kenapa, belikan saya bunga dan coklat, tapi awak ambil semula?"
"Kelemahan awak, saya tampung dengan diri saya. Apa lagi yang awak tak suka ya?"
"Kalau saya tak suka diri sendiri"
"Maka, berikan pada saya"

Hebat kawan itu.
Aku yang mendengarkan apa yang dituturkan oleh mereka jadi ketawa. Ah, dari seseorang yang boleh dikatakan kayu, dia berubah sedemikian rupa dalam usaha memahami seseorang yang menjadi pasangannya. Lelaki atau wanita masing-masing boleh memujuk kalau kena dengan gaya dan usahanya. Benar bukan?

Pendapat kamu.
Siapa yang lebih hebat memujuk?
Siapa yang perlu memujuk?

Nota Kaki :
1. Sedikit makanan sudah mampu dijamah.
2. Menunggu mentari diri muncul.
3. Kesejukkan akibat kesakitan dan perubahan cuaca.
4. Rindukan Empunya Marga. Ah, siapa yang menyamar sebagai dia di borang spring aku?!

Zara : Terima kasih kerana buat aku tersenyum manisan merah jambu. Aku mahu buang pil biru kerana wujudmu lebih bermakna dari serpihan pilu. Menggigit halus benang dan ikat kalbu. Ukhuwah kita tidak perlu kotor dengan debu.

[Pertandingan] Tarikh Tutup : 31 Mei
Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24]

5 comments:

cheryna zamrinor said...

kak sha pernah tgk seorang yang kuat merajuk akhirnya tak reti nak merajuk kerana dapat seorang bf yang tak suka nak memujuk.

jadi...

merajuk itu satu habit.
boleh diubah sebenarnye.

lagipon merajuk tak setel masalah.
percayalah.

izuddinrahim said...

gelak sudah..hahahaa

Aidi-Safuan said...

sape yang lebih hebat memujuk? lelaki la kot. pompuan ada ker yang memujuk? cam xde jer...

siapa yang perlu memujuk? ada kaitan ngan jawapan no 1. pernah ke pompuan memujuk? so, obvious kan? :)

joegrimjow said...

ku nye marajuk bleh tahan juga
tgah ubah mahu kureng skit
bahaya laki majok2
bleh yg xsuka pujuk
mmg... haiishhh

Adziim said...

Lelaki perempuan dalam hebat memujuk tiada yang lebih hebat tiada yang kurang dan tiada yang sama kerana setiap individu itu ada bezanya.

Dua-dua perlu memujuk kerana biasanya apabila si pemujuk berjaya memujuk yang merajuk...si pemujuk pula main peranan jadi orang yang merajuk.
Main tarik tali.