Sejuk yang teramat sangat kesan daripada hujan semalaman masih dirasai.
Enaknya kalau dapat terus bergulung dan berguling di atas ranjang.
Tetapi mengenangkan Bonda yang pasti menjeling tajam, diri ini digagahkan juga bangun.
Oh, matahari dunia sudah memancar gagah.
Mentari milik sendiri belum menunjukkan wajah.
Nah, pasti akan tunggu dia dengan tabah.
Senyum.
Malam tadi, tatkala enak menikmati ranjang biru disamping senyuman terukir walaupun kesakitan terhempap tangan kiri (buat yang mendengar suara menahan kesakitan itu semalam, sila jangan beritahu orang ya?), aku menerima satu panggilan telefon.
Sila teka, muka apakah ini?
Mengantuk, bengang, jiwa kacau?
Pemanggil : Assalamualaikum.
Aku : Waalaikummussalam. Siapa ni?
Pemanggil : Cikgu Zara ke? Saya ni T.
Aku : Oh, awak. Kenapa ya?
T : Cikgu, nak tanya, soalan nombor enam macam mana nak buat?
Aku : Awak ada tengok jam tak?
T : Ada, kenapa cikgu? Cikgu dah tidur ke?
Aku : Tak, cikgu tengah main teng-teng kat laman rumah.
T : Lawaklah cikgu ni. Macam mana nak buat cikgu?
Aku : Awak boleh cakap dengan saya soalan apa tak? Sebab saya tak hafal buku teks.
T : Oh, baik cikgu.
Agak sarkastik jawapan aku kan?
Maaflah ya anak muridku. Aku memang boleh jawab panggilan, tolong selesaikan jawapan dan sebagainya tetapi jam tiga pagi? Sila fikirkan yang cikgu kamu ini perlukan rehat seperti manusia lain juga ya? Walaupun jawapan yang dikehendaki sudah aku beri malam tadi, kesannya otak aku berdengung pagi ini akibat kekurangan tidur. Pitam.
Nota Kaki :
1. Mengantuk.
2. Kesejukkan.
3. Bengang dengan sesuatu.
4. Marah dengan diri sendiri.
5. Rindukan seseorang.
6. Terkejut dengan satu pesanan ringkas malam tadi. Kamu masih wujud?
Zara : Dan lalu tertidur dengan doa bagi kekasih di dalam hatimu dan sebuah gita puji pada bibirmu. (Kahlil Gibran)
[Pertandingan] Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat penyertaan.(Tarikh Tutup : 31 Mei)
17 comments:
hehe... sian cikgu.. tdo pon kena mengajar... budak2 memang cemtu .. :)
PENGSKODENGAN YANG TIDAK SENONOH DI TEMPAT AWAM
hahaha malam ni saya mahu kacau cikgu zara pula
seb baik xkena maki ngan cikgu..rajin tul die..=)
jam 3 pagi? rajinnya anak murid kak zara. ha~
tapi, kita yang merana.
ada award untuk kak zara. ;)
Hebat pelajar itu. Pukul 3 pagi study lagi.
sungguh2 dia...
Apa pasal dia tak tanya ikut FB saja?
ahakss
nasib baiklaa cikgu nie sempoi jer layan anak murid
kalau sy jadi cikgu,maunya tak dilayan soalan tu tgh syok2 tidur
hihihihihi
budak nie kdg2 mmg buta perut, call/sms kita anytime...dah tu x introduce diri. i pernah perli my students "u jgn ingat u tu glamer sgt smpi i save semua ur hp numbers!"
budak nie kdg2 mmg buta perut, call/sms kita anytime...dah tu x introduce diri. i pernah perli my students "u jgn ingat u tu glamer sgt smpi i save semua ur hp numbers!"
moral of the story:
jgan angkat tepon jam 3 pagi...
sila buat-buat tido mati.. hehehe.. :D
3 pagi???? biar betol budak ni..
ahha.
cikgu zara,
pelajar tu bertungkus lumus betul nak siapkan homework tu.
takut kena zapin lagi kot.
haha.
;)
Wah..rajin betul budak tu..
Tapi tu la,tak reti nak hormat privasi orang lain kan..
3 pagi call?
buat homework??
hahahahaa..rajin betul budak tu..
kerepek 8 kilo pls! haahaa
hehehe bagus adik tu.. bertungkus lumus nak wat assignment.. rasenye de dah rapat sgt ngan kak zara.. tu y jdik camtu.. mungkin dah terdesak.. takut kena berdansa pulak :)
Mulianya keje cekgu nie.....Baik cekgu ni...Mesti pelajar sangat suka sampai pukul 3 pagi budak study soklan dia bagi.....
blogwalking = komen anda menggembirakan saya
Post a Comment