Salam semua.
Salam sejahtera.
Salam 1Malaysia.
Usai menyambut Hari Ibu yang dicanang semua golongan minggu lepas, Hari Guru pula bakal menjelma pada 16 Mei 2010. Nah, ada di antara kita yang mungkin terlupa, masih ada satu lagi hari yang perlu diraikan, iaitu Hari Belia Negara.
Definisi.
Bila memperkatakan tentang belia, adakah kita tergolong sebagai salah seorang daripada mereka? Menurut Kamus Dewan, definisi yang dapat ditakrifkan mengenai belia adalah muda belia, sangat muda, golongan muda secara keseluruhannya yang terdiri daripada pemuda dan pemudi. Dalam takrifan ini, ternyata belia adalah merujuk kepada mereka yang muda dan Kementerian Belia dan Sukan menakrifkan belia sebagai mereka yang berusia 15 hingga 25 tahun. Terdapat juga yang menyatakan belia adalah dari lingkungan umur 15 hingga 40 tahun.
Apa yang penting, aku seorang belia. (29 Ogos 1987)
ITYM
Harapan
Bila membincangkan harapan sebagai salah seorang belia di Malaysia umumnya, aku mahu memperkatakan khusus dalam bidang yang menjadi tugasan hakiki aku saat ini iaitu seorang guru. Tidak, bukan berfikiran jumud tapi aku yakin, masih banyak lagi yang boleh diperbaiki di dalam sistem pendidikan kita di Malaysia.Teras ketiga dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.Di dalam ini terdapat 4 lagi bidang yang diberikan pendekatan dan aku cukup suka dengan salah satunya iaitu Literasi dan Numerasi. Harapan yang disandarkan dalam bahagian ini cukup baik dalam menjana tiada pelajar yang ketinggalan dan yang paling penting dalam menjana perkembangan kanak-kanak supaya tidak mempunyai masalah pembelajaran. Bukankah dalam melahirkan belia yang berkualiti kita perlu memupuk generasi muda itu sendiri?
Aset negara
Belia adalah tonggak kepada kemajuan negara seiring dengan pemupukan generasi muda. Mengapa? Ada sesiapa yang pernah mendengar cogan kata warga emas aset negara? Belia umumnya dilihat sebagai golongan yang mampu menyumbangkan tenaga dan juga idea dalam memacu sektor ilmu, ekonomi dan juga sosial negara ke tahap yang lebih tinggi. Bukan menidakkan peranan golongan emas dan veteran, tetapi pusingan dan putaran hidup manusia adalah begitu. Kita menyediakan belia terbaik yang insyaALLAH, akan menjadi pemimpin yang baik pada masa akan datang.
Peribadi.
Selain dari memantapkan aspek pendidikan negara, secara peribadi aku mengharapkan agar nilai budaya dan sastera di Malaysia dimartabatkan ke tahap yang lebih tinggi serta tidak tertumpu kepada sekelompok manusia sahaja. Ada nilai estetika yang boleh dilihat secara lebih mendalam dan menyeluruh dalam bangsa Malaysia itu sendiri. Jangan sampai terlepas pandang sehingga boleh menyebabkan kesal di dalam diri.Ada banyak lagi yang mahu aku nyatakan, tapi mungkin sampai di sini sahaja buat coretan kali ini.
Desiran angin bertiup menuju utara,
Hempasan ombak mencuit marga.
Selamat Hari Belia Negara 2010 di Putrajaya,
Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara.
"Jangan menangis, kekasihku. Janganlah menangis dan berbahagialah, karena kita diikat bersama dalam cinta. Hanya dengan cinta yang indah, kita dapat bertahan terhadap derita kemiskinan, pahitnya kesedihan dan duka perpisahan"
(Kahlil Gibran)
1. Terpisah dengan kuasa Internet selama lebih daripada setengah hari membuatkan penulisan ini terperuk begitu sahaja.
2. Tahniah buat mereka yang berjaya melangkah ke peringkat seterusnya dan dipanggil temuduga.
3. Masih membuat kertas soalan peperiksaan sekolah.
Zara : Teringatkan wajah kesayangan aku yang sedang kuat berjuang. Merindui Empunya Marga sambil membaca bacaan ringan sastera. Ah, tersenyum riang sambil menterjemah soalan dwibahasa.
[Pertandingan] Tekan sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat penyertaan.
7 comments:
hoho
ada lagi NKRA tu
heheee
saya jugak belia!
selamat hari belia.
cik zara cinta semakin dalam nampak.
wakakaka~
;)
nasib baik gua muda lagi.
selamat maju jaya cikgu Zara!
nampak sangat aku kurang info..NKRA segala tu, aku mana tauuu..hahaa
eh sudah tukar header ka..comel!
comelnye header blog ni
gerammmm
zara join gak ke event tu?
alert by ITYM
deputy 2
de zul
Post a Comment