Tuesday, May 25, 2010

Hebat Sangatkah Seorang Penulis Blog Yang Sedang Menikmati Sepotong Kek Coklat?


Sepotong kek coklat.
Sebiji buah strawberi.
Reben putih ikat di pergelangan tangan kanan.
Baju putih berbintik hitam.
Rambut perang beralun lembut dan bersinar.
Bibir mungil dicalit pewarna merah jambu.
Mata bercahaya merenung ke setiap wajah dan entah membuat hati teruja.
Tidak lengkap tanpa tiara indah di atas kepala.



Nah.
Itu bukan aku.
Itu hanya dia.
Dia yang di dalam sebuah gambar.

Senyum.
Aku ditebak dengan persoalan hebatkah menjadi seorang penulis blog berbentuk picisan seperti ini.
Aku senyum, jeling manja sambil mengatur bicara.
Tiada yang istimewa, ringkas jawapan aku memulakan kata.
Jika tidak istimewa mengapa aku masih terus menulis, itu aku sandarkan pada hati dan jari yang mahu mengetuk papan kekunci. Nah, jangan kamu salahkan pada minda yang masih mahu melancarkan senyuman seikhlas hati.

Adakah penulisan aku menunjukkan minda aku bergerak sekata, soalan itu aku sambut dengan gelak gempita.
Serba tidak kena si penyoal yang mula kesat muka dengan tuala biru tua.
Mengapa, itu soalan seterusnya, bila ketawa aku mula reda.
Aku tidak mengawal minda, aku tuan punya diri yang suka ketawa.
Sekali lagi jawapan aku buat dia garu kepala.
Syukur dia masih punya rambut yang hitam warnanya.

Seorang yang menyatakan dirinya diulit dengan bahan kimia, mengapa aku menulis seperti orang yang punya latar belakang sastera - makin gempita dan bergegar alam dengan ketawa.
Ah, tidak sopan pula untuk anak dara.
Aku senyum, kelip-kelip mata, mahu serapkan rasa mesra.
Kimia itu jiwa aku sejak dari mula.
Sastera itu kegilaan aku sejak aku pandai membaca.
Maka, apakah salah aku gabungkan keduanya dalam satu dunia?
Dunia Sebelah Zara.
Angguk kepala.
Senyum sambil pamerkan sebaris gigi yang agak rata.

Entah sejak bila aku benci akan makna dewasa.
Dewasa dari pengertian manusia yang sering alpa.
Ah, ini bukan sketsa.
Ini hanya satu wacana.
Dari seorang gadis mahukan dirinya sentiasa ceria.
Kekal bahagia.

Nota Kaki :
1. Ini penulisan yang diterbitkan semula.
2. Dia sudah muncul tadi. Bahagia.
3. Kepenatan usai pulang dari majlis ramah mesra bersama TPM.

Zara : Senyum melihat kesungguhan seseorang yang cuba memakai topeng dan mahu lari meninggalkan kisah lama yang dicemari kata dusta dan nista. Kawan, hidup ini sementara. Bebaskan diri kamu dari kelajuan dunia yang hanya akan buat kamu menempah keranda.


19 comments:

fq said...

uishhhh....
hebat2...
sedap nye kek...

ape2 jer said...

aku pun nak ceria je walau cerita aku tak la sentiasa ceria :)

oranglidi said...

waawwww!!!!

dunia sebelah zara memang best!

avid said...

orang chemical mmg power sastera pun..keh2..

Unknown said...

chemical+literature =A++

Unknown said...

chemical+literature =A++
satu kelebihan..

Unknown said...

chemical+literature =A++
satu kelebihan..

mamai said...

cari dimana letaknya dewasa....

Gieyana said...

betui tue dik...x kisah ar camna pun minat kita kan..namun bahasa kamu mmg indah..akak suka!

^^ mcm akak gak..kerja in accountancy but love photography..hiks!

HEMY said...

nk jadi bayi lg best kannnn~~~

haaa..byk la ko..dulu mase kecik ngade2 nk jadi besar...ahahaha

i'msosupernotcool said...

kau hebat di mata aku..

ciK LyndaWawa said...

ayat zra memenga hebat sesedap kek coklat....

Ken Wooi said...

i want a piece of cake too!
and i duwan to be old =(

kenwooi.com

hans said...

betul
menjadi dewasa sangat sukar

Aidy Shahiezad said...

sastera kimia...
erm... gabungan unik yg menjanjikan hasil unik... keep it up girl... ;)

Anonymous said...

cake choc...sedap!

Hami Asraff said...

Kamu masih mengekalkan kehebatan menulis itu. Aku kagum! Paling suka bahan kimia yang kamu wacanakan. Tapi subjek palingku tak suka ialah kimia. Sekian. *harap ada kena mengena di antaranya*

lORiNCE LH SYAh said...

I'm thinking, U should try Strawberry Cake 'stead~

kechixx said...

cikgu memang hebat..sy suka cikgu..hehe:)