Saturday, October 10, 2009

Varicella - Namamu Indah Tetapi Kamu Membunuh Hidup Aku Secara Perlahan Penuh Kesengsaraan Duniawi!

Nama seperti seorang wanita yang anggun dan bisa membuat sesiapa sahaja tertawan dengan kelembutan namanya. Ah, ada apa dengan nama? Tinggalkan dia untuk membentuk satu kafarah atas perbuatan makhluk lain yang berjalan di atas bumi yang semakin tua? Kehadiran kamu lebih mengerikan dari si penghisap roh yang aku baca dalam siri kegemaran aku. Sekurang-kurangnya Dementor itu hanya mencium sekali sahaja.

http://pe.elmstreet-online.com/shop1/catalog/images/NC49100_Dementor.jpg
(Gambar penghargaan di SINI)

Acapkali aku gemar menikmati hujan yang membasahi bumi tetapi dek kerana kau Varicella, kamu buat aku mengurung niat, memasungkan diri dalam bilik kotak empat persegi - meredhakan diri berbaring dijilat kesejukkan pagi. Demi apa Varicella? Demi ketahanan tubuh yang dimamah oleh kamu yang durjana! Ah, kamu datang tanpa diundang, tetapi kehadiranmu mengulit setiap inci organ terbesar manusia.

http://www.nih.gov/news/research_matters/october2006/images/shingles_l.jpg
(Gambar penghargaan di SINI)

Aku lihat seorang demi seorang saudara sedarah dagingku kau mamah dengan kejam dan mereka menderita berminggu lamanya. Menahan kesakitan sehingga tidur malam yang seharusnya lena telah kamu renggut dengan pembiakan kamu yang tidak terkawal gilanya. Selama berminggu aku melakukan yang terbaik untuk mengelakkan diri bertemu kamu, tetapi akhirnya kamu lekat juga di tubuh aku!

Kali pertama aku lihat diri yang selalu gagah dalam apa jua keadaan yang menimpa tewas menyungkur Bumi. Bumi yang semakin kehilangan tanda pengenalan diri. Tubuh yang dahagakan tidur yang lena sudah mula diganggu mimpi ngeri, selalu yang tiada siapa mahu dihiasi! Lupakan tentang selera menjamah juadah kerana apa yang terhidang sudah bukan sesuatu yang bisa diletakkan di tunas rasa lagi! Terlalu banyak yang kamu renggut dari aku durjana!

Kalau sepasang kekasih melaungkan "Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena", itu yang aku hadapi setelah dilewati kamu. Jangan kata mandi tidak basah, hatta menyentuh air mahu membasahi tubuh juga dikatakan satu larangan kerana engkau yang hidup menggila dalam salur darah aku ketika ini! Sakit tidak terperi! Bila engkau mula membiak, tiada apa yang dapat menahan kamu lagi. Berikan aku dadah terbaik juga tidak dapat mengurangkan kesakitan ini.


Bintik-bintik merah jambu yang kamu hasilkan demi menunjukkan kamu menguasai wilayah tubuh aku sudah mula bertambah. Habiskan hidangan terbaik dari aku yang sudah hidup selama dua puluh dua tahun di atas Bumi ini. Hinggapi aku sekali ini tetapi sila pergi tanpa meninggalkan kesan yang bisa merobekkan hati dan jantung aku selepas dua minggu dari sekarang.

Jika semalam aku masih bisa duduk, tetapi malam tadi sudah kamu renggut dari aku.
Jika semalam aku masih boleh bersandar, tetapi itu sudah kamu rampas dari aku.
Jika semalam aku masih boleh berbaring selesa, malam tadi kamu memaksa aku terjaga.
Kini pilihan terakhir aku hanya meniarap dan jika itu pun kamu kuasai, aku hanya mampu berdiri.



Zara dan Aiden : Terima kasih atas doa yang kalian utuskan buat aku. Maaf, keadaan diri bertambah lemah, minda  bertambah kusut, emosi semakin terganggu. Aku cuba menceriakan diri dengan melewati rumah-rumah kalian yang sentiasa memberangsangkan nyawa aku menghirup nikmat Tuhan Yang Maha Esa. Moga aku tabah, moga ini menjadikan aku lebih kenal diri aku sebagai seorang manusia biasa.


::Tanda pengenalan terbaru aku di dunia maya ini::

53 comments:

denaihati said...

kesusuhan hidup itu ertinya ujian Allah. Ujian itu maknanya Allah sayang kepada kita. Apa lagi yang paling kita harapkan hidup di dunia ini selain daripada kasih sayang dari Allah.

Farah Ain said...

sabar ye menghadapi dugaan nie..

kak zara sakit ey..
jgn lupe mkn ubt...
supaya cept sembuh..

tp kak zara skit ape nie?

Unknown said...

oit, sihat selalu~

to varicella, jangan kacau geng aku!

Anonymous said...

salam. moga akak tabah jua.

Shahira said...

sakit ke ko ni?
tp still bole ngadap lappie?
hustle ni.
huhu.

imHepPie said...

cepat2la sehat balek eh...sapekah itu varicella..meh aku bunuh beliau...

cheryna zamrinor said...

Chickenpox or chicken pox, also known as varicella, is a highly contagious illness caused by primary infection with varicella zoster virus (VZV). It usually starts with vesicular skin rash appearing in two or three waves, mainly on the body and head rather than the hands and becoming itchy raw pockmarks, small open sores which heal without scarring for the most part.

---> sila mandi air beras, air bambu dan minum air banyak, ok sis?!
=
take care...get well soon:)

Unknown said...

semoga tabah menghadapi dugaan dari Allah S.W.T...

Anonymous said...

emm kamu sakit ker? emm harap cpt sembuh ea..=p

Puan Ninie said...

kamu demam campak ye syg??
cari daun bambu ok..ilang sket gatal2 tu nanti...

Pocket said...

...'menunjukkan kamu menguasai wilayah tubuh aku sudah mula ...'

dah otak potographic pocket nih mula mem'vdo'kan ayat tu. hoh!!

jangan makan kicap n kulit ayam n udang n tulur n ketam n nasi yer..

kang tak baik :)

kirim salam kat ella,

PuanPepel said...

haish....cik varicella...sila pegi main jauh2..jgn kaco zara aku...

saffa said...

Zara, kamu selalu buat Saffa pening kepala dengan "bahasa dunia sebelah zara"
Aiden, Varicella.. dan juga kata-kata 'puitis' Zara =.="
Tapi Saffa tetap enjoy. XD

faRha said...

VZV infection
baru je lepas kna herpes labialis
sakit gak...

[z@ck] said...

ko sakit pe?
moga cepat sembuh ye..
makan ubat..jgn tinggal!

Samaira said...

hehe zara x pelah
at least dosa2 kecil mu telah pun terhapus insya Allah
get well soon dear

DeeN said...

Semoga cepat sembuh. Jangan main hujan kalo tak mo lekat parut yer, dik. Banyaklah berpantangan. Jangan bimbang, takkan lama sgt varicella tuh menyinggah. Insya Allah. :|

zan xray said...

huhu sabar je lah kena demam campak ni.
sy pernah dengar di klinik sekarang ada suntikan untuk demam campak.. tak perlu risau dia akan pulih cepat bila disuntik.
kalau dah dewasa ni kena demam campak kesannya lain sikit. aduhai simpati padamu

et said...

cpt2 sehat blk..mkn obat yep..^^

Anonymous said...

wah.. byk sggh petua yg diberi.. mampukah siempunya diri mengamalkan apa yg diberi atau ubat doktor menjadi pilihan hati??

en_me said...

ahaha.. me tersalah komen kat bawah fulakkk.. ohoho

en_me said...

"Chickenpox also known as varicella, is a highly contagious illness " - wikipedia

siannyerr, jangan malas makan obat k cek za ittewww

Beruwang said...

semoga cepat sembuh ye

wanita mutalib said...

kakak doa kampp cepat sembuh ye sayang....

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

semoga cepat semboh dari penyakit campak tu....semua org akan kena...takyah down ok =) face it

Tekkaus said...

War...akhirnya tertewas juga ya Zara? LOL :p Takpe...cubaan!

Moga-moga Zara cepat sembuh ya.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

denaihati:

ya, mungkin juga bang~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Cik RaRa :

sila tekan link untuk tahu~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

olin :

dia dah kacau aku ni~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Ftyyhahh :

huhuhuhu~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Shahira :

sakit woot~

hidup harus ganas~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

imHepPie :

tolong bubuh dia please~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

cHeRyNa PiReS:

Uhuks~

Thanks sis!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

ashie023 ;

insyaALLAH~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Uruchimaru @ kf:

baik KF!

doakan aku tau?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

mEiZ SHA :

ya kak!

baiks!

akan ku laksanakan~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Pocket:

baik bang!
akan ku pantangkan diri~Uhuks~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

miera a.k.a merr :

halau dia jauh2 please~
huhuhu~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

IMCurtain :

malaysia Boleh!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

saffa :

hehehe~
ku sakit~
terus mereng~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

faRha:

huhuhu~
sama2 sakit kita ni~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

[z@ck]:

zack, sila tekan link wei~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Samaira :

Thanks Samaira sayang!

mau peluk bleh?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

DeeN :

Terima kasih Kak Deen!
Uhuks~
Ku harap juga cepat baik~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

zan-xray :

tu la apsal bang~
trauma daku ni~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

et :

baik sayang!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Airland :

semua ku gunakan demi mencariyang terbaik buat diri~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

en_me:

hehehe~

takpe en me~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

en_me:

hehehe~
baiks en me@

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

ber_uwang :

TQ!!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Wanita Itu :

maceh kak~

uhuks~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Blog Anuar Kamaruddin™:

hehehe~
baik Nuar cayang~
ku kena tabah~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Tekkaus :

hehhe~
malangnya tewas dan tersungkur jua~
uhuks~