Separuh hari aku semalam dihabiskan di sebuah hospital swasta di Melaka.
Menemankan Emak yang membawa nenek aku menjalani rawatan di situ. Oh, itu adalah demi pengesahan sakit yang dikatakan dialami di mana akhirnya kami mengetahui kebenarannya.
Kadangkala pemeriksaan yang sambil lewa di tempat-tempat yang seharusnya memberikan perkhidmatan terbaik pada masyarakat, membuatkan terpaksa mencari alternatif di tempat yang berbayar.
Oh, aku menolak untuk bercerita tentang apa yang aku buat disana selama hampir lima jam. Mutu perkhidmatan yang baik dan banyak juga yang mengalir keluar dari kantung. Itu cerita lain. Yang penting, kesihatan adalah antara benda terbaik yang harus dijaga manusia.
Sewaktu Emak di ruangan bayaran untuk kali pertama (ya, ada tiga kali proses bayaran semalam), aku duduk di kerusi yang disediakan dan menunggu sahaja. Bila aku menoleh dan terpandang sesiapa yang merenung aku, aku hanya akan tersenyum. Tidak menyangka senyuman akan dibalas oleh seorang wanita yang agak berumur. Layak dipanggil Makcik H.
Makcik H : Datang tengok siapa?
Aku : Datang dengan Emak - hantar Atuk saya. (sambil jari menunjuk ke arah mereka)
Makcik H : Sekolah tingkatan berapa ni?
Aku : (ketawa kecil) Saya dah tak sekolah lagi makcik. Dah nak mula kerja dah minggu depan.
Makcik H : Eh, muka macam budak sekolah. Kerja apa?
Aku : (ketawa kecil - muka merah) Saya cikgu.
Makcik H : Cikgu sekolah apa? Di mana?
Aku : Sekolah menengah makcik. Dalam negeri Johor. Belum tahu sekolah mana lagi.
Makcik H : Bagusnya nak jadi cikgu. Anak lelaki makcik pun ada jadi cikgu. Umur berapa ni?
Aku : Baru dua puluh dua tahun makcik. (senyum)
Makcik H : Sekarang kan pencen umur lima puluh lapan tahun kan?
Aku : Ya makcik. Kenapa?
Makcik H : (Terdiam sebentar) Tiga puluh enam tahun nanti mengajar. Sanggup tak?
Aku : InsyaALLAH makcik. Harap-harap diri ini tabah. Macam ibu bapa saya, dah lebih dua puluh tahun mengajar. Mahu jadi macam mereka juga.
Aku nampak Emak menggamit aku. Aku meminta diri dari Makcik H.
Makcik H : InsyaALLAH. Makcik rasa kamu boleh. Selamat berjaya ya? Jadi cikgu yang baik.
Aku : Terima kasih makcik. Saya jalan dulu ya?
Tangan dihulur, salam bersambut dan aku mengekori Emak. Menolak kerusi roda di mana Atuk sedang duduk di atasnya ke Jabatan Patologi untuk ujian darah. Duduk di kerusi menunggu membuatkan aku terfikir adakah aku cukup tabah untuk bertahan selama tiga puluh enam tahun dengan pekerjaan yang sama?
Aku tahu yang ini jalan yang aku pilih, ini jalan yang bakal aku harungi. Cabaran dan dugaan dalam hidup itu perlu. Ia akan sentiasa mematangkan diri dan membuat aku bakal berusaha dengan lebih gigih lagi. Kerana apa? Jika kamu tolak aku ke bawah, aku tetap akan berusaha untuk naik. Kalau mungkin aku tetap akan jatuh, aku akan berpaut agar aku tidak jatuh terlalu jauh.
Aku gembira dengan jalan yang aku bakal tempuhi ini.
Aku sudah disogokkan dengan sesuatu yang membentuk jatidiri walaupun ketika itu kaki belum melangkah masuk dan pergi.
Aku tahu yang ini jalan yang aku pilih, ini jalan yang bakal aku harungi. Cabaran dan dugaan dalam hidup itu perlu. Ia akan sentiasa mematangkan diri dan membuat aku bakal berusaha dengan lebih gigih lagi. Kerana apa? Jika kamu tolak aku ke bawah, aku tetap akan berusaha untuk naik. Kalau mungkin aku tetap akan jatuh, aku akan berpaut agar aku tidak jatuh terlalu jauh.
(Gambar penghargaan di SINI)
Aku gembira dengan jalan yang aku bakal tempuhi ini.
Aku sudah disogokkan dengan sesuatu yang membentuk jatidiri walaupun ketika itu kaki belum melangkah masuk dan pergi.
"Kerana Tuhan Untuk Manusia"
(2003 : SPM, 2005-2009 : Mahasiswa, 2009 dan seterusnya)
Zara : Malam tadi aku bermimpi mengenai sesuatu. Semua seluar yang aku ingin beli sudah habis diambil orang. Akhirnya, tiada lagi seluar untuk aku.
92 comments:
ha,ah lah zara..
hanya yang benar-benar sejati jiwa ke'guru'an sahaja yang senang menjalani usia berpuluh-puluh tahun dengan kerjaya itu..
aku.. walau baru 3 bulan..
kurasa menyampah..
hehehe ..~_~..
peh... awat xmintk no tepon anak die yg jd cikgu tue... he..23x gurau je
mmg susah nk setia dalam satu bidang untuk tempoh yg lama... xsemestinye selama 36tahun nie kerje mengajar je... tetap ade task2 tambahan untuk memastikan anda tidak jemu menjadi cikgu
"katakan cita2 ku ingin menjadi pendidik anak bangsa ku"
GTF = Great Teacher Framestone
p/s- pe kan daya, bro xminat nk jd cikgu... ade bnde yg bro ingin kejar dalam kehidupan ini
www.broframestone.com
apa-apa kerja pun kena bertahan juga kan zara. kalau cikgu ni mengadap muka lain2 saban tahun. semakin lama berkhidmat semakin matang..
semoga kamu mencapai jawatan pengarah pelajaran negeri johor sebelum bersara.
eh makcik tu nak cari calon menantu gak kot hehe..
wahh..terharu jika makcik tu menegur sebegitu.muka zara seswai jd cikgu tau.lalala..~
Zara,
Jika kita sentiasa mengingati amanah yang telah diberikan kepada kita,
insya Allah...
kerana jalan ini jalan yang kita pilih, maka..
setiap tugas akan kita laksanakan dengan penuh kecintaan.
Selamat menjadi pedidik yang berdedikasi...
banyak juga duit KWSP kan..36 tahun tu..
Kerja mana2 pon sama Zara, asalkan kau tahu apa yang kau buat dan sentiasa bersemangat serta ikhlas menjalankan tugas.
You know it better laling~~
bersyukur berbanding insan yang 100kali cari kerja masih menggangur..KWSP rendah..
adik sayang...
sekurang2nya ada sedikit sinar di situ sebab anda tahu 30 tahun akan datang boleh dicongak dengan satu jenis pekerjaan.
cuba bayangkan org di sektor swasta yang nasibnya belum tentu. apa agaknya dalam fikiran bila memikirkan 30 tahun akan dtg?
haaa...sanggup tak utk terus berbakti tanpa rasa jemu cikgu??
jangan bakar diri utuk terangi jalan..
guna lampu limpah adalah jalan terbaik..
selamat bertugas ya.
Samada sesuatu kerja itu membosankan atau tidak, ia terletak pada apa yang kita fikirkan. Jika kita fikir jadi cikgu boring, tak seronok, maka tak seronok la yang kita dapat, begitu juga sebaliknya.
huhu~
lame nye jadi cikgu..
bebudak sekarang da lain kan..
tapi xpe..kite tau akak boleh!
chaiyokk!!
eh ingtkan makcik tu nak jodohkan akak dgn anak die..
;p
.bestnye da nk masuk alam pekerjaan :)
.good luck syg~
.kite bru je nk cont blajar
.x tau bile kerja T___T
hek3..sye plak kne bg khidmat selagi terdaye..xde had..ntah brp puluh tahun pun xtau..wuwuwuu~ tapew2..kalu da nekad, niat da oke+suci+murni..mesti bole..kan2? ^^
out of topic--> alhamdulillah kerna penipuan anda mampu mengembirakan mereka dan diri anda sendiri he...23x
cam bro mmg xsuke org len tentukan hidup bro... xtau knpe...dari kecik sampai la besar
www.broframestone.com
36 tahun itu akan berlalu tanpa zara sedar
percayalah
walau serumit mana kehidupan
ia harus terus dilalui juga kan
semoga zara bahagia dgn kerjaya pilihan zara
'kerana tuhan untuk manusia:' mungkin sempat terpandang hubby akak di sana dulu...
insyaAllah, kamu akan bertahan zara dan akan menjadi seorang guru yang terbaik! *walaupun sedikit garang...ngeee =D
i have faith in you dear..hugs..
36 years or even 100 years..you'll be the best teacher your students can get ;)
Harap atuk bertambah sihat :)
smeoga menjadi cikgu yg baik!
menyentuh perasaan dgn kata mak cik tu..
semoga Zara tabah dan sukses dlm menjalani kehidupan sebagai seorang guru nanti.
lama gak ek kita kena berkhidmat..ak pn x pernah terfikir nak jadi cikgu lama2 ni..kalau diri semakin improve xpe..klu dari mula smpi pencen duk jadi cikgu skolah rendah ja..cam bosan..
huhuhuhu..
kuatkn semangat mesti bley bertahan k hehe
klu suar yg kamu nak semua dah abis
mgkn kamu ble mencari skirt atau ape2 yg lain yg kamu inginkn sbg ganti ehe
Gudlak dlm menempuh alam pekerjaan.
:)
Anak lelaki makcik tu umur berapa?
single lagi tak?
hehehhe
ari ni pakai seluar ehem ehem tak?
hehhehehe larikkkkkkkkkkkkkkkkk
abis,tak pakai seluar laa ni?? ;P
lame jugak nak kerja tu.tapi takkan bosan lah.kan tiap2 tahun student bertukar ganti.1 kelas pulak ade dlm 30+ org.kalau mengajar lebih 1.bermacam2 perangai nanti kau jumpa.
sure tak bosan.
ingat,msia BOLEH! :P
psst,nanti aku terjah sekolah kau buat school attack.mau?2 kali attack singgit.
guru tu pekerjaan yang mulia...
Cikgu itu pemegang amanah, baik betul profesyen ko Zara. Tapi 36 tahun, baru nak mula minggu depan... sabar je lah ye. Jangan duduk satu tempat je, minta2 lah u jadi cikgu di Sarawak ke. :-)
makcik H ..i love u..hehe
(iklan cap sabun jap)
walau ape keje skali pong zara, cabaran tetap ader..yg penting diri kite ni, samaada kita rajin atau malas....aku yakin kamu boleh buat yang terbaik...semoga berjaya ..
hai cikgu zara...aku rasa ler..makcik tue tengah mengayat kamu hehehehe...berkenan nak jadikan menantu kot...
huhu.
kuatkan smgat msti sampai bila2 zara akan mengajar. amin.
“The mediocre teacher tells. The good teacher explains. The superior teacher demonstrates. The great teacher inspire and all of that the best teachers teach from the heart, not from the book"
hopefully u have all of that quality.. ^^
~duniatanpahenti~
akak boley punye..
InsyaALLAH..
j0j0_bdiN@ :
hahaha~
tabahlah wahai hati~
tabahlah~
kih kih~
Framestone :
hehehe~
zara rasa bro ada something yang memang sesuai dengan bro~
sebab sekarang ni pon bro dah cukup hebat~
=)
zan-xray :
hehehe~
insyaALLAH bang~
doakan Zara ya?
itafukada :
hahaha~
ye ke kak?
alahai~
Kak Long Mawar Merah :
Salam.
Terima kasih Kak Long~
Zara sangat2 hargai~
=)
zeqzeq:
hahaha~
duit KWSP~
Anike MK:
Thanks sayang~
I know it and I know u'll always support me~
zeqzeq :
alhamdulillah~
Zara memang betul2 bersyukur~
cHeRyNa PiReS :
Thats what make me scared anyway~
Alhamdulilah kerja kerajaan~
=)
HEMY :
insyaALLAH bang!
sanggup!
faqhrule :
terima kasih cikgu!
menunggu kamu masuk ke alam kerjaya juga~
Tirana:
betul katamu kak!
zara setuju~
miSs siv :
hahaha~
tak nak~
nanti ada org makan hati~
cik intan (◡‿◡✿) :
Thanks sayang~
alahai~
kamu dah nak belajar lagi~
lagi best~
et :
betul sayang~
eh, cepat2~
akak nak check gigi~
Framestone:
bertuah bro~
Zara ditentukan, dan nasib baik ia membawa bahagia~
intan izani:
hehehe~
sudah tentu akak ada menemui seseorang di sana kak~
=)
Blog Anuar Kamaruddin™ :
hehehe~
Nuar suka mengusik~
=)
Terima kasih Nuar~
diya :
Thanks a lot hun!
U make me shy~
sI tEDI :
Thanks Tedi sayang~
wewiit~
a.z.r.i.n.a.03.07 :
Terima kasih Kak Rina~
=)
[z@ck]:
dan Zack, aku percaya, kalau jadi cikgu~
kita akan sentiasa dapat improve diri kita~
=)
Samaira:
hahaha~
skirt?
aww~
hahaha~
Ms.Independant :
Thanks syg~
=)
Bukan senang nak jadi guru kan! :) Tapi saya rasa Zara boleh! :)
♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ :
hahaha~
tak tanya pula kak~
kih3~
pakai kak~
nak tau kaler tak?
=)
arque :
hahaha~
buat school attack?
boleh gak sayang~
aku gila glamer~
hahaha~
mOhd irWAn:
Betul tu!
=)
Coffee Girl... :
hehehe~
aku mau Sabah!
hehehe~
ashie:
mak aii~
ada iklan pula~
hahaha~
rizputra7:
hahha~
gamaknya ler~
aduyai~
hidayah:
amin~
doakan aku ye yayang?
=)
NUai :
Thanks a lot beb!
I do hope I have all of it~
keSENGALan teserlah..:
doakan akak ya sayang?
*hugs*
Tekkaus:
Terima kasih bang!
=)
makcik tu educated...
bab pencen dalam kepala dia.. hhee boleh timba ilmu..
zeqzeq :
hehehe~
nasib baik dia tak tolong kira gaji sekali~
=)
mungkin perjalananya nampak panjang..tapi percayalah kisah sepanjang perjalanan itu tidak akan sama..
p/s : Selamat Menjadi Seorang Pendidik..
aku bangga punya adik virtual mcm ko ni.. teruskan usaha mu dik.. ternyata..hidup mu penuh dikelilingi ilmu dan emo.. ekekeke..
lariiiiiiiiiiiiiiiiiiikkkkk!
ops ade something yang sesuai dgn bro...??? apakah iteww... bgtau la bro ek...nk gak tahu please .v,(",)
eh mne de hebat pun... masih besa2 je..
- jd macai cemerlang
- jd anak yg baik
- penoreh getah di hujung minggu
- jd lelaki yg terbaik untuk si dia
- jd blogger tegar (eh perlu masukan ke x nie ek)
www.broframestone.com
gudlak syg...
insyaAllah.. kita akan kuat dan trus bertahan bila mengingatkan diri kita itu adalah amanah Allah yang dah disandarkan buat kita......
kita xkan diduga dgn sesuatu yg x mmpu kita tanggung... :)
baru tau pencen umo 58 sekarang
lamanya kena keja
malasnya
tp keja sy tak la semulia sorg guru
sy xberbakti pd masyarakat
:)
anak makcik tuh bujang ke da kawen ihiks..
yeahh.. cikgu zara bole!! idup cikgu zara!!
Puan Nina (DINina):
Terima kasih Puan Dina~
insyaALLAH, akan berusaha dengan lebih gigih dan tabah lagi~
GiGGLe GaL :
aku pon bangga dengan akak seperti kamu kak~
tak pernah gagal buat aku tersenyum~
Framestone :
Bro buat semua orang gembira~
at least daku gembira sebab selama ni kalau nampak bro komen di blog en me, ku curi2 baca~
hahaha~
miera a.k.a merr:
mari sayang~
kita doa sama2~
Noorlaila Mohamed Nor:
alahai sayang~
kamu pon menyumbang sesuatu kepada masyarakat~
imHepPie:
hahaha~
itu tak sempat mau tanya~
Cik Mie :
hehehe~
hidup cik mie comel!
keh3... hahaha bese la tuh muka nmpk muda...huhuhu
kamo wat cm ne pesanan kt atas tu?? contoh:Luahkan Cinta Dan Kasih Sayang Anda Di Sini. Mungkin Aku Bukan Yang Terbaik Buatmu, Tapi Aku Sayang Kamu Kerana Sudi Membaca Di Sini. Oh, Dan Kalau Kamu Memilih Untuk Jadi Orang Yang Tidak Dikenali Sekalipun, Sila Tinggalkan Nama.??
ajar aku yer...
falcon :
hehehe~
sudah diajar di sana sayang~
=)
cikgu -
mungkin anakku panggil mu begitu:P
errr
aku pun berpuluh tahun gak... tp lain profesion ler
arnamee :
hehehe~
mungkin juga~
insyaALLAH~
=)
Fatt Chin Choy:
err..apakah dia?
pelakon?
hehehe~
eh awat bace2 komen bro kat blog en_me.. pelik2 he..23x baik bagitau huhuhu
Framestone :
hahaha~
silap2~
bukan baca komen bro~
tapi dari komen bro~
ku masuk ke blog bro~
baru betul~
hehehe~
sebab tertarik dengan gambar profil pakai jubah konvo~
Post a Comment