Pagi aku bangun dan termenung di hujung birai katil.
Di mana janji kamu Zara?
Aku terfikir, mengingati kelemahan dan kelalaian diri.
Hari ini aku meneman teman wanita istimewa ke Lembaga Hasil Dalam Negeri. Khabarnya ada jawatan kosong yang dibuka dan kami bergegas ke sana. Berita baik buat dia (dan mungkin aku juga kalau ingin turut serta), kelulusan yang diperlukan hanya SPM atau Diploma.
Usai ke sana, aku memujuk dia menghantar aku ke hospital.
Masih ada peluang walaupun ia berkurang daripada yang aku impikan. Tidak mengapa, aku bertekad dan bergegas mahu menunaikan hasrat yang satu itu.
Ketibaan kami disusuli dengan raungan bunyi kereta yang keluar masuk. Ah, hospital tidak pernah akan sunyi daripada manusia bukan? Manusia bergerak bertali arus dan aku berhenti di kedai hospital bagi membasahkan tekak yang kering. Hati melonjak bila melihat papan tanda yang menunjukkan tempat yang dituju semakin hampir.
Teman wanita hanya mengikut aku ke sana.
Senyuman terukir di bibir bila aku lihat tempat yang aku tuju dibuka. Tangan menolak pintu dan menarik teman wanita masuk. Dia pada mulanya enggan tetapi akhirnya akur dengan permintaan aku. Sedikit waktu diperlukan untuk menyelesaikan urusan. Melihat mesin merah yang menunjukkan angka 13.5, aku menarik nafas lega.
...dan akhirnya...
Sila abaikan lengan aku yang tidak menyerupai lengan perempuan lain yang kecil. Oh Zara, terima kenyataan yang kamu memang besar dan gemuk sayang. Berat badan naik mendadak selepas Raya membuatkan aku hampir pitam melihat angka yang tertera di atas mesin penimbang. (Tipikal wanita)
Ini penulis blog yang enak menderma darah sebagai salah satu hobi sampingan. Ya, seperti yang aku pernah nyatakan, salah satu impian aku terlaksa bila aku mencapai usia 18 tahun. Aku akan menderma darah bila aku tidak memerlukan tandangan ibu bapa sebagai jaminan usia aku. Dan sejak itu, aku tidak pernah jemu menderma. Ini sahaja bakti yang boleh diberikan buat masyarakat kerana aku tidak punya apa.
Ini adalah kantung darah aku yang ke-lapan sepanjang aku menceburkan diri dalam bidang ini.
Darah aku O positif ya?
Disebabkan kekurangan beg darah O, aku redha darah dimasukkan ke dalam kantung darah ini.Memang kegemaran aku ke hospital bagi menderma darah.
Usai terima di rumah, aku menerima panggilan dari B, teman wanita yang kini bergelar isteri orang.
B : Lain kali jangan kemas kini status di Mukabuku dengan ayat begitu.
Aku : Ayat apa?
B : Sedang beraya di hospital. Kamu buat aku takut kalau ada benda kurang elok menimpa kamu.
Aku : Alahai, jangan risau sayang. Tapi B, tahun ini aku dapat derma tiga kali sahaja, tak dapat derma empat kali macam yang aku mahu...
B : Tiga pun dah cukup banyak!
Aku : Tapi impian aku mahu menderma empat kali setahun.
B : Zara, dengar sini. Alahai, derma dara itu bukan impian semua orang. Hanya kamu yang begitu. Oh, aku sudah derma sayang *ketawa*
Aku : Aku derma DARAH, bukan DARA!
B : Aku tahu. Kamu memang selalu derma yang pertama tetapi belum pernah yang kedua. *ketawa*
Aku : Jadi?
B : Aku sudah merasai kedua-duanya. *ketawa*
Aku : Keji gila kamu. Salam buat Si Jejaka, aku mahu berehat.
Zara : Sekarang isu penempatan mengajar sedang hangat diperkatakan. Ramai kawan-kawan sudah menerima surat penempatan ke Sabah dan Sarawak. Entah bila tiba saat aku? Doakan aku ya semua?
74 comments:
mulianya cik zara, rajin menderma darah. bagus..bagus...besok2 boleh pakai utk macam2 tuh (yelah, anda kan o...bukan AB seperti ku yang menjadi penerima universal nieh...ehehe)
arghhhhhhhhh
xsanggup nk tgk....
serius akak tak penah derma dara.. eh salah!!! darah.. heheh..
sakit tak zara..
tergeraj juga dihati ingin menderma..
tapi ketakutan lebih mendahului segala perasaan lain dear..
bagusnya ko ni. anak sapa la ni. aku mmg tak bleh menderma darah apatah lagi menderma dara(dlm kes ni aku penerima.haha..). masa check darah (medical chekup masa mula² keje dulu) pun aku bleh pitam.huhu..
drma darah dulu xsampai 5 minit da siap
sebab darah bnyak
hoho
wah..bagus kamu.bernakti untuk masyarakat.bangsa dan negara. paekah?
uwaa... isu derma darah itu menarik. isu kecil yang terakhir.lebey menarik. semoga kita mndapat penempatan yer.xkesah la.sabah sarawak pun layan.
thumb-up !
'O' sama dengan emak & angah.
simpan dara itu selepas x-boyfren menjadi hubby.
tak pernah derma sebab tak cukup syarat..hehe...
oh yg nombor dua jugak belum hahaha
p/s : baru perasan kat profile kak zara xxy chromosome...klinefelter's syndrome..then i should call you abang zara.. :D
SALAM.
HEHE BAGUSLAH TOLONG ORG YG MEMERLUKAN.
TAHNIAH :)
PUCATNYA MUKA. TAPI COMEL :D
cayalah.. aku tahun ni baru sekali je walaupun aku rasa darah aku dah berlebih2 ni. ekekeekke
Haha :D Saya telah pun derma lebih daripada 10 kali! Nak tunggu dermaan hadapan! :p
"Cik Zara dah derma darah, anda bila lagi??" hehe.. eh saya?
teringat satu iklan kat radio sedikit masa dulu dengan jawapan2nya
"saya takut jarum"
"saya dah terma dah"
"saya tak ada masa"
jawapan abang.."......"
wah.. aku tak pernah lagi menderma darah mahupun dara sayang..
aku pernah cuba menderma darah tapi hampir pitam..hakhakhak..
apa-apapun, sangat kagum dengan sahabatmu sayang.. aku juga mahu menderma kedua-duanyalah!! hahaha~
p/s: oh mama, saya mahu kawen
.sep bek underweight
.klu lebey pun, tanak derma
.takott T____T
duta blogger kempen derma darah ni asalkan bukan disilent H itu...hikhikhik...kidding =)
contohilah zara =D
aku belum perna derma dara?
bagaimana nak derma dara?
seronok ke derma dara?
maaf,butang keypad huruf selepas g aku rosak.maaf ya! ;P
derma lah
ape2 yg baik syg...
waaa...x sanggup..sakett wuuu...
smoga bejaya dpt posting semenanjung hehe
ermmmmmm.......zara.....hanie lum pernah berkesempatan nk derma drh nie...
hb low la..bwh 13....mana bisa derma..pengsan kang nnt..hihi..
tahniah krn zara suke menderma >",<
takut nk derma.. hoho
Aku x penah derma darah apatah lagi derma dara.. Mgkin kamu layak dikategori sbg spesis manusia yg hampir pupus..hahaha
sunnguh murni niat zara tu...
untungnya kalau berdarah AB mcm ayah sy...
huhu..
aku dah lama xderma. dulu masa belajar rajin jugak. bley kata setiap semester derma darah..
darah O ye? teka aku punya darah apa? haha~
terlalu takut untuk menerima suntikan namun begitu kepingin menderma....i wonder if it gonna be hurt?
ya aku juge blom pernah menderma dara lagi ekekek
bagus!! bagus!!
pocket pun cuba jgak nak menjadikan satu even yg dinantikan every 3 month..
tp somehow skip la plak..
akan diusahakan jgak nantih..
so dapat milo n kek sepotong tak?
mulianya hatimu~
tak penah try lg
takott!
eh sedapnya nama dia
sy ada buaya sekor
nama Burhan
hahaha
dinda sorang penderma universal tetapi penerima dr jenis O sahaja... mulia sungguh hati mu... :)
tahniahnyerr zara tewww..
wah!!syabas zara..
mulia sungguh kamu..
semoga kamu dipermudahkan segala..
daku takut untuk menderma..
xpernah derma lagi..isk.
teringin jugak.
cHeRyNa PiReS :
hehehe~
AB paling nakal~
=)
sharamli :
sila tutup mata~
hahaha~
atiQah adNan :
hehehe~
tak sakit kak~
sangat menggembirakan~
Mr PenyuBiru :
amboih~
penerima ya?
=)
joegrimjow:
best gila kamu~
=)
miera a.k.a merr :
kalau pengiraan derma darah boleh dapat posting awal, aku nak derma banyak2~
a.z.r.i.n.a.03.07:
hehehe~
baik kak~
=)
~Cinta Cukulet~ :
oh, sila panggil abang untuk kesan yang lebih kacak~
hahhaa~
AbcdeFtyyhahh;
comel ke akakni?
adui~
segan~
sI tEDI:
sila derma lagi~
err, nanti dak utih cakar kamu~
hehehe~
Tekkaus :
Huwaa~
Cemburunya saya~
Mahu juga~
zan-xray :
Bang!
Jawab bang~
Jawab~
Mie:
nak derma dua2 sayang?
boleh2~
ikut~
hahha~
~♥ cik intan® :
hehehe~
tak bleh derma takpe, nanti kalau memudaratkan kesihatan lebih bahaya~
Blog Anuar Kamaruddin™:
hehehe~
terima kasih Nuar comel~
arque :
serta merta rosak eks?
hahaha~
cik ian@aH Lian~ :
jom sekali sis~
imHepPie :
hehehe~
harap2 nya~
=)
N0r HAn!z@ NoR H@L!m :
takpe Hanie~
boleh mencuba di lain kali~
=)
Jard The Great:
woot~
tak mau takut2~
Airland :
hahaha~
mungkin juga~
Ries Lee :
betul2~
tak susah bila ada keadaan mencengkam~
olin:
aku fikir ko darah pahlawan~
hahaha~
ms ct:
Tak kak~
tak sakit~
sangat nikmat~
Samaira :
hahaha~
aku juga~
Pocket:
kalau di hospital, dapat kupon RM 5 bang~
=)
Noorlaila Mohamed Nor :
err~
Burhan?
hahaha~
Naz :
terima kasih kanda~
alahai~
en_me :
maceh en me iteww~
{lumut}:
darah orang yang aktif macam kamu mesti cepat keluar sayang~
=)
owh zara..how shuweettt..
ita da pnh try nak derma darah sbyk 2 kali tp dua2 xleh sbb darahku ini tidak cukup berzat.huhu..
teringat kata2 samy vellu,dermalah dara anda.hahaha..aduyaii..salam 1malaysia..
itafukada :
hahahha~
memang tak boleh blah statement dia dulu tu~
ngee~
tak bley blah aku ngan ayat derma darA ko tu dik..ekekeke..
aku tak pernah derma darah.. slalu kene rejek balik sbb darah yang cair macam neskepe cair..wakakak..
nnt aku nak g derma lah..
Kak GG:
muahahaha~
sila derma~
woot~
kamu comel ketika menderma darah sayang...hehe
Kak Life :
First time orang kata aku comel tatkala menderma darah kak~
hermmm.... aku tak pernah derma darah.... hailaa.... something that i really should do...
Adry:
silakan bang~
memang sangat best~
takot ah nak derma
nnt pengsan camne ?
jarum iye tebal kan ?
+ panjang
huhu
mulia zara...derma darah..
hidayah:
jarum besar dan panjang~
tapi tak sakit woo~
atty's :
ku nak derma lain takde duit kak~
hehhee~
skema gila ayat xigt
Anonymous:
hahaha~
aku memang beb~
Post a Comment