Ada hati yang mahu luahkan.
Tapi dibiarkan bagai tiada apa yang berlaku.
Hati dibentak dan permainan dimulakan.
Perasaan disembunyikan - entah ego atau apa, tiada siapa tahu.
Kenapa mahu sembunyikan perasaan?
Hati meronta rindu, tapi luarannya - kasar sahaja perlakuan.
Mulut mahu nyatakan rindu - tapi tidak selari perbuatan.
Nah, timbul ketidaksefahaman.
Muncul pertikaian.
Pujukan demi pujukan.
Rayuan demi rayuan.
Tapi hati tetap mahu dikeraskan.
Mahu kekal sembunyikan perasaan.
Kenapa tidak mahu mengaku?
Bukankah lebih baik tidak jadi manusia beku?
Sekurang-kurangnya dia tahu.
Bahawa itu rindu.
[Sumber gambar] |
Sebab rindu itu sesuatu yang tidak dijangka.
Kadangkala depan mata makin membuak rasa.
Kadangkala berjauhan hanya mengundang lebih sengsara.
Kenapa tidak luahkan sahaja?
Supaya masing-masing tahu rasa.
Bukan dengan bersikap kasar demi sembunyikan jiwa.
Kalau rindu beritahu sahaja.
Boleh dinikmati kopi itu bersama.
Berdua.
6 comments:
hurm.. aku faham situasi ini. Haha. Rasa macam nak mati je pendam rindu pada orang yang langsung tidak tahu. =.=
Rindu...kekadang rindu itu mengundang sendu di hati.
kita punya dunia yg sama
masih menjadi manusia beku demi memendam rasa
rindu itu blh sj diluahkn. hingga ianya menjd dosa kerana org yg dirindui tlh menjadi tunangan org. :(
suka...! hanya itu mampu kata...susunan ayt yg bersahaja tp ckup bermakna dan ....sukalah!hehe..
rindu itu kadang2 buant mulut diam tanpa kata..huhuhu
Post a Comment