Sunday, September 30, 2012

Tiada Nama.


Q : Kenapa kau suka beli buku/zine/cerpen/novel penulis yang tiada nama ataupun bukan dari penerbit yang terkenal?

Aku : Sebab aku suka membaca & siapa tahu sekarang mereka tiada nama terkenal - suatu hari nanti mereka berada di puncak, aku sebagai salah seorang daripada pembaca mereka yang terawal. Buku/zine/cerpen/novel mereka sekarang adalah RARE.

Q : Tapi mereka tiada nama.

Aku : Kau salah. Mereka ada nama. Nama yang diberi oleh ibu bapa mereka, nama yang mereka beri untuk diri mereka sendiri dan mereka bakal punya nama yang peminat mereka bakal berikan.


[Sumber gambar]


Aku bahkan menganggap diri aku sebagai penulis walaupun hanya sekadar penulis di blog. Ya, aku penulis tanpa nama besar yang kalau menghasilkan buku sekalipun tiada siapa yang peduli (setakat ini aku ada Kitab Terfaktab #1, Hero, Kitab Terfaktab #2, KOPI dan BOLA - termasuk satu zine - Jiwa). Siapa sahaja yang mahu peduli beli sebab aku - tiada!

Jadi, apabila ada kawan-kawan yang disukai menghasilkan buku, mengapa tidak menyokong mereka dengan mengambil latar kira hasil penulisan mereka sebelum ini dan heh! Aku suka baca semua benda. Apa aku peduli dengan benda lain? :D

2 comments:

didie noxious said...

saya pembeli buku/zine/cerpen/novel yg tiada nama hebat.tapi bagi saya cukup hebat karyanya.hasil karya yg hebat bkn atas nama..percayalahh~

dan.awak lupa yg saya pembaca atau lbh tepat peminat setia kak zara.membeli karya akak adalah atas dasar kerana nama 'ZARA' =D

shandye. said...

aku rasa ada sebilangan besar kelompok pembaca lokal hanya menurut, daripada membentuk jalan. faham?

maksud aku, ada sebilangan pembaca lokal yang hanya (aku ulang, hanya) akan baca material yang:
a) sudah ada nama
b) disebut-sebut orang
c) dia kenal secara peribadi
d) terpaksa
e) suka yang santai/mudah/ringkas/pantas

makanya korpus penulis yang 'tiada nama' ini makin sukar untuk tembusi hati demografik pembaca arus perdana yang rata-rata hanya baca material yg bercirikan apa yg aku sebut di atas.

cuba kau lihat, sebelum drama berantai Adam & Hawa itu meledak di tv, berapa sahaja pembacanya (walaupun ada hemat aku novel itu sudah ada pengikutnya yang tersediri). namun selepas ia dijadikan drama berantai, dan aaron aziz pula heronya, ia seakan menjadi material 'wajib baca kalau tidak kau tidak cool' di kalangan pembaca lokal. nampak tak?

sama juga seperti novel faizal tehrani 'perempuan nan bercinta' yg kononnya bakal di'ban' gara-gara tematik laungan syiah di dlmnya. berapa ramai yg terpekik-lolong di belog tapi kalau kau tanya secara satu-satu, hanya sejemput sahaja yg telah baca novel itu dari kulit ke kulit. makanya apa yg aku ingin jelaskan adalah pd hemat aku pembaca lokal masih lg terikat pada apa yg 'in' daripada apa yg dia benar-benar ingin baca.

just saying.