Siapa sangka disebalik kepenatan ke sana ke mari - dengan pekerjaan yang menuntut lebih daripada dua puluh empat jam, hujung minggu pertama dan kedua dapat diluang bagi menikmati sedikit hidup seperti manusia biasa. Kepenatan hilang sekelip mata apabila melihat senyuman bahagia dan wajah yang menenangkan atma. Ah, kalau mahu marah sekalipun, itu tanda mahu bermanja. Heh!
Itu menjadikan sesuatu itu lebih istimewa. Dihidangkan dengan kegembiraan yang sendiri sahaja rasa serta syukur sahaja - teknologi mampu memudahkan urusan yang sukar dicapai sekelip mata. Sekurang-kurangnya, aku tahu bahawa segalanya berjalan dengan baik tanpa perlu campur tangan orang lain yang hanya pandai menilai dan meneka tetapi tidak tahu apa yang berlaku disebalik cerita. Lebih gembira demikian aku rasa.
Menjalani kehidupan yang lebih baik dengan senyuman tanpa perlu mengetapkan bibir menahan sebak ataupun kecewa - jujurnya aku rasa bahawa apa yang aku lalui kali ini janggal tanpa terima kasih buat mereka yang meninggalkan kesan yang bukan sedikit sepanjang aku melalui apa sahaja. Ya, teman baik - teman rapat atau sesiapa sahaja (ternyata orang macam aku pun ada orang benci sehingga sanggup menulis beberapa tulisan untuk menghentam) aku. Nah! Senyum sahaja, bukankah hidup sudah baik-baik sahaja?
[Sumber gambar] - Untuk awak, selamat tinggal dan selamat memilih jalan hidup sendiri. Saya hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk awak kerana awak adalah salah seorang teman akrab yang saya ada selama beberapa tahun ini. |
Sudah tiba masa untuk awak berhenti dari paksa diri.
Berhenti daripada berusaha untuk belajar sesuatu yang bukan penting bagi awak.
Terima kasih atas usaha.
No comments:
Post a Comment