Wednesday, September 05, 2012

Beza #01.


Ada banyak beza antara kita.
Beza yang terlampau nyata.

Awak kopi putih yang simpan butir bicara.
Dia kopi hitam yang suhu tidak mampu diteka.

Awak suka terjemah dalam tulisan pendek kira suku kata.
Dia kalau boleh mahu hambur segala ayat dalam bentuk aksara.

Awak suka perhati diam - renung lembut muka.
Tapi dia jelir-jelir lidah bagaikan anak kecil hilang gula.

Awak tidak gemar pakai kemeja.
Tapi dia setiap kali nampak akan buat muka teruja.

Ah, awak dan dia aneh-aneh sahaja.
Mungkin orang akan kata bagai bumi dan angkasa raya.

Tapi dia peduli apa?
Dia harap awak begitu juga.

http://farm8.staticflickr.com/7021/6687939923_123f2a9b4b.jpg
[Sumber gambar]

Hirup kopi diam-diam.
Dia tunggu awak datang walaupun tengah malam.

3 comments:

reenapple said...

kadang-kadang perbezaan itu melengkapoi satu sama lain. =)

ima said...

sweet. :)
tak semestinya berbeza itu tak boleh bersama kan kak zara?

AINA said...

Perbezaan saling melengkapi