Monday, September 17, 2012

Awak, Itu Kita Panggil Kebiasaan.


Awak.
Apa khabar awak di sana?
Saya harap awak sihat sejahtera.
Bersama dia yang awak suka.

Awak.
Banyak benda yang berlaku tanpa diduga.
Siapa sangka persahabatan bertukar cerita.
Siapa sangka perhubungan terlerai juga.
Siapa sangka kemusnahan akan tiba bila bahagia mula.

Awak.
Dalam persahabatan ada hubungan.
Dalam hubungan ada perkongsian.
Dalam perkongsian ada persamaan.
Dalam persamaan ada kebiasaan.
Yang akhirnya sudah jadi rutin harian.

Awak.
Kekalnya benda begitu bukan masalah.
Bahkan kadangkala boleh bikin hari jadi indah.
Siapa yang tidak gemar jadi perhatian kasih sayang tumpah.
Siapa yang tidak gembira bila hati tidak lagi gundah.

Awak.
Kebiasaan itu benda yang manis.
Kenapa mahu abaikan benda yang hidupkan suasana bagai magis.
Kebiasaan itu tidak mengundang tragis.
Mengapa kebiasaan mahu dilihat sebagai pengundang tangis?
Ah, sadis.

Awak.
Ada benda yang bila dikongsi kita akan iri.
Ada benda yang bila dikongsi kita akan sakit hati.
Ada benda yang bila dikongsi kita akan dilukai.
Ada benda yang bila dikongsi kita akan rasa dikhianati.
Ada benda yang bila dikongsi kita akan rasa dicurangi.

Awak.
Ada sejarah yang sepatutnya disimpan.
Ada kisah yang sepatutnya sudah jadi bahan pameran.
Ada cerita yang tidak lagi jadi bahan pendengaran.
Ada tulisan yang tidak perlu lagi jadi coretan.
Itu juga kebiasaan.

Awak.
Sebagaimana segalanya bermula dengan baik.
Pastinya semuanya mahu diakhiri tanpa rasa jelik.
Kerana kita semua tahu bagaimana rasa dipandang pelik.

Awak.
Mungkin ada benda yang akan mengekori ke mana sahaja.
Mungkin ada benda yang tidak dapat dibuang sekelip mata.
Mungkin ada benda yang akan kekal selamanya.
Mungkin ada benda yang bakal hilang dalam perjalanan masa.

Awak.
Teruskan sahaja kalau benda itu suntik bahagia.
Sebab itu akan buat awak gembira.
Walaupun hakikatnya itu benda yang pernah dikongsi bersama.
Kebiasaan awak dan saya.
Kini diberi kepada dia.

Awak.
Selamat menjalani hidup ceria.
Memulakan perjalanan hidup baru yang bahagia.
Terima kasih atas kenangan beku masa.

http://farm7.staticflickr.com/6195/6073057411_530a2ca592.jpg
[Sumber gambar]

Nota Kaki :
Mengapa mesti cemburu pada kenangan yang sudah lama mati dan dibiarkan sepi? Bukankah boleh mulakan ceritera baru dengan kisah yang lebih enak untuk masa hadapan? Gerak sahaja ke hadapan kerana itu lebih baik untuk kesihatan.

Zara : Bila sesat tapi awak masih mampu tersenyum dan tenangkan saya yang menggelabah - saya tahu saya bersama dengan orang yang betul. Terima kasih untuk hujung minggu yang mendamaikan serta memberikan kenangan indah. (Shafaza Zara, 17 September 2012)

8 comments:

Airin Y said...

Sangat sodeyyy.

Maya Nadirah said...

nice ! pinjam ya..

cik.KyN ツ said...

mohon share kt blog sy ye kak zara :)

kay_are said...

salam 1st time kot aku kat sini, neway bagi aku sendiri.. bende2 macam ni our hepi moment with him/her leh je kenang tapi jangan selalu sangat r ye.. yang pnting kne sentiase move on =)

Lelaki said...

kamu jarang gagal bila meluahkan ...

+FarMoch+ said...

its totally happening around us lol=(

+FarMoch+ said...

its totally happening around us lol=(

Unknown said...

Awak.
Bila kita tidak boleh melupakan
Tapi kita berusaha untuk melupakan
Kerana ego mengatasi segalanya
Awak
Akhirnya kita tewas
Apabila semakin banyak kenangan menghantui
Dan jodoh tersurat untuk kita
Awak
Bagai mimpi dan mimpi selamanya
Bila saya dan awak kembali menyinta
Bila cinta kembali bertaut