Tuesday, July 03, 2012

Peluk #02


Sesetengah benda yang kita lalui - tidak akan berulang kembali dan kalaupun ia berulang semula, perasaan untuk kali pertama semestinya tidak akan sama seperti yang dialami sebelumnya. Kalau mendengarkan lagu yang berputar di radio sahaja sudah mampu mengalirkan air mata, mungkin barangkali bukan disebabkan lagu itu yang menyentuh jiwa, tetapi manusia pertama yang terlintas dalam fikiran kamu yang menyebabkan hal sedemikian rupa berlaku. 

[Sumber gambar]

"Itulah kali pertama kami bertemu"
"Jadi bagaimana?"

"Mungkin ada manis, ada pahitnya"
"Kesal?"

"Kenapalah sebelum dia melangkah keluar, pertemuan itu tidak diakhiri dengan baik?"
"Maksudnya?"

"Mungkin dengan satu pelukan selamat tinggal"
"Terlalu mendesak barangkali jiwa kau"

"Kalaupun dengan pelukan, pastinya ia kenangan baik persahabatan"
"Sebab tanpa rasa?"

"Kadangkala ada sebab kukuh kenapa aku suka keluar dengan orang yang sedemikian rupa"
"Rasa selamat"

"Ya, kerana selera cinta manusia itu tidak sama"

4 comments:

noie said...

so sweet dear

a n said...

ya.citarasa cinta itu punyai kelainan.

H A N said...

pernah dengar tak saying macam ni : gubahan kedua tak mungkin seindah gubahan pertama...

pernah dengar?...

reenapple said...

hurm.. kali pertama berbbeza dgn kali kedua... dan rasa kali kedua akan kosong sebab segala rasa sudah diletakkan pada rasa yg pertama.. =)