Friday, July 27, 2012

#07 Ramadhan : Terima Seadanya.


Semua orang mengharapkan pasangan masing-masing menerima mereka seadanya, walaupun tidak dapat dinafikan bahawa ada yang memilih antara satu sama lain atas sebab tertentu seperti kekayaan, kecantikkan, kemewahan, kepandaian - tetapi jarang kita mendengar orang memilih disebabkan agama semata-mata sejak dewasa ini. Mungkin ada, tapi pandangan fizikal dan materialistik telah mengaburi pemilihan.

Dan, aku percaya bahawa - apa juga pilihan kita atas dunia ini, semestinya pandangan peribadi sendiri sudah diambil kira dan tidak tertakluk dengan alasan mengambil hati orang ataupun menurut semata-mata sahaja. Bukankah setiap dari kita mempunyai akal fikiran sendiri dan boleh memahami apa yang dimahukan dalam hidup?

  Dalam diri setiap manusia ada rasaksa mereka sendiri. Tolong jangan kejutkan kalau tak mahu menempah bahaya :) 
(Shafaza Zara, 26 Julai 2012)

[Sumber gambar]

Secawan Kopi O dimulakan dengan biji kopi.
Betapa enaknya, bukan lagi satu misteri.
Cuma, adakah ia untuk hiasan ataupun minuman peribadi?
Biarkan tangan yang memilih nanti.

Harganya mungkin sedikit mahal si Frappucino.
Ada yang menunggu sambil melongo.
Mata meliar dan terpandang tembakan espresso.
Hati terdetik - adakah sama dengan Kopi O?

Kopi O dan Frappucino kini.
Adakah mereka boleh semeja berkongsi?

2 comments:

norinaomar said...

Ya..Insya Allah saya terima dia seadanya dan Insya Allah dia pun begitu..Agama saya letak nombor 1 dan pada masa yang sama saya cuba baiki diri saya ke tahap yang lebih baik..

Anonymous said...

Lelaki kasanova ialah lelaki power. .
Power? minum nescafe panas dulu beroo, bru bleh bicara dgn gadis..