Wednesday, July 04, 2012

Buku.


Tutup buku lama.
Buka buku baru.

Habiskan ayat di muka surat terakhir.
Mulakan tulisan baru dengan penuh zikir.

Habiskan catatan lama dengan perasaan ragu.
Mulakan catatan baru dengan perasaan malu.

Mungkin catatan amalan dalam buku itu banyak ditulis oleh penjaga sebelah kiri berbanding sebelah kanan. Terlampau banyak kelemahan, kesilapan dan kemungkaran yang telah dilakukan sepanjang setahun ini. Tetapi dalam diam, moga di sebelah kanan juga menulis tentang apa yang dibuat tanpa perlukan hebahan. Bukankah sifat manusia (sesetengah) - yang buruk dibongkar hebat tetapi yang kebaikan ditutup bagaikan tidak bermakna apa-apa? 

Ah, yang baik itu kita simpan sendiri sahaja. Yang buruk kita jangan ulangi semula.

[Sumber gambar]

Salam Nisfu Sya'aban.
Semoga buku baru yang bakal bermula akan membawa kepada kehidupan lebih sempurna.

2 comments:

reenapple said...

yaaa... salam Nifsu' Syaaban. Moga3 hari3 mendatang diberkati.. =)

zainatul abu bakar said...

salam nisfu sya'aban untuk akak jugak..marilah perbanyakkan amalan malam ni