Monday, July 16, 2012

Belajar.


Tidak semua benda kita ketahui begitu sahaja. Ada benda yang kita perlu belajar. Ada benda yang kita perlu lakukan penyelidikan untuk mengetahui apa yang berlaku ataupun hanya mahu menyedari sebaris nama manusia yang kita habiskan masa bersama. Kita boleh buat dalam diam, kita boleh canang satu dunia - itu semua hanya terpulang kepada kita.

[Sumber gambar]

Mungkin ada benda yang perlu kau belajar bila kau berhadapan dengan manusia aneh yang beku. Depan orang lain dia manusia ceria yang petah berkata-kata. Depan kau, habiskan waktu bersama, tapi apa yang ditanya, dijawab sepatah demi sepatah. Kekurangan yang melata hingga dia tidak nampak kelebihan diri buatkan dia enggan buka diri pada sesiapa akibat takut dikhianati. Mungkin kau akan dapat peluang berada dalam hati bila dia mula mahu belajar mengenal diri.

Sekurang-kurangnya, kau tahu dia mahu belajar kan?
Dan, kau juga perlu belajar barangkali.

4 comments:

shandye. said...

tapi bagaimana dengan golongan bebal dan malas mahu belajar?

apakah mereka wajar disebat di punggung oleh kerana kejahilan mereka?

ok, sambung tdo.

reenapple said...

kehidupan itu suatu pembelajaran.. =)

munaweera said...

setiap detik adalah proses pembelajaran..

Suhana Shuib said...

pheww..xtau nak hurai macamana..tapi selagi bernyawa hidup sentiasa bermula dengan belajar..