Monday, July 09, 2012

Maaf #02.


Bagi sesetengah manusia, ada terlampau banyak perkara yang mahu mereka katakan dalam usaha untuk meminta maaf. Memohon kemaafan daripada manusia sebenarnya sangat sukar - sebab manusia, seperti yang kita ketahui mempunyai hati yang sangat pelbagai. Dan uniknya, manusia itu tidak pernah sama antara satu sama lain walaupun mereka mungkin dilahirkan daripada rahim yang sama.

Maaf.
Seorang kekasih yang tidak dapat menyediakan diri pada pasangannya. Mungkin ada kesilapan mana-mana di dalam perhubungan yang menyebabkan apa yang dirancangkan tidak terlaksana. Aku percaya dalam mana-mana hubungan sekalipun, kedua-dua pihak mesti memberikan kerjasama. Kalau hanya satu pihak berusaha, dan satu pihak lagi merosakkan usaha tersebut (sudahlah tak berusaha memperbaiki) - memang tak akan pergi ke mana.

Maaf.
Dari seorang hamba kepada PenciptaNya. Moga kita bukan manusia sombong yang tidak pernah mengangkat tangan, memohon keampunan atas segala kesilapan yang kita lakukan. Bohonglah jika kita manusia yang suci dari segala kesilapan. Sedikit sebanyak - kecil atau besar, pasti kita ada terbuat kan?

Maaf.
Seorang rakan pada rakan yang lain. Ah, dalam bergurau kita tak terlepas dalam membuatkan kawan-kawan terasa dengan apa yang kita perkatakan. Mungkin ada yang terguris dan kita tidak pernah tahu, dan apa salahnya minta maaf bukan?

[Sumber gambar]

Maaf.
Seorang anak mungkin akan kata begitu pada ibu bapa yang membesarkan jika ada kesilapan yang dilakukan. Maaf tentang banyak benda - bukankah manusia yang paling rapat dengan kita itulah yang banyak kita lakukan kesalahan?

Maaf Puan Mulia.
Maaf Ketua Keluarga Hebat.

Anakmu ini hanya mampu jadi seorang guru.
Seperti kalian berdua juga nampaknya.
 

3 comments:

Adziim said...

Maaf kerana dah jarang komen blog ini.

muhsin.aminudin said...

maaf kepada alam sekitar dan masyarakat akan kerosakan yang disengajakan mahupun dibawah sedar

4feet8 said...

bila boss suruh kita minta maaf pada pelanggan untuk perkara yg bukan kesalahan kita, tiba-tiba rasa, ehh..?