Wednesday, July 18, 2012

Intuisi.


Tanpa perlukan penerangan lanjut tidak perlukan hasil kerja secara saintifik - ada sesetengah manusia di sekeliling kita yang mampu meneka dengan tepat apa yang berlaku dalam hidup kita sampai rasa macam diimbas dengan mesin otak. Hatta mesin itu hanya mampu membaca sesetengah perkara, dan secara rasionalnya - pemikiran kita tidak boleh dibaca, tetapi, ada manusia yang hanya daripada pemerhatian dalam diam-diam mampu membaca kita. Ia mungkin aneh bagi sesetengah orang, tetapi bagi orang yang di dalam hidup mereka wujud manusia begini, ianya bukan sesuatu yang pelik.

Berbual (menaip sebenarnya) dengan seorang yang bergelar sahabat itu - buatkan dia lebih banyak ada sebab untuk menjadi lebih manusia. Apa yang kacau dan gulau dalam jiwa ditanyakan pada sahabat itu - dengan harapan segalanya lebih mudah apabila dia punya seseorang untuk bertukar cerita. Dan, sahabat itu tidak pernah gagal dalam meminjamkan sedikit sel otak untuk membantu dia dalam apa sahaja.

Dan bila intuisi kau menyentuh terus ke jawapan yang mahu disimpan kemas, kau memang sebahagian daripada manusia yang aku tidak ingin hilang atas dunia ini.

http://farm5.staticflickr.com/4145/4971787383_a9b54d9f27.jpg
[Sumber gambar]

"Cinta sejati bukanlah hanyalah dari sebelah pihak - bahkan ia adalah kerja keras dua pihak yang belajar tentang antara satu sama lain dan tidak pernah berputus asa"
(Shafaza Zara, 18 Julai 2012)

1 comment:

Mrs. Hanani said...

dengan tulisan, kita boleh baca minda seseorang tu, fikiran dia, cerita dia..dan dari situ kadangkala..teman itu memahami. Dan kadangkala orang asing itulah yang amat mengenali kita. :)
@nannbiol